Monday 13 December 2010

Mana Janji Pindah Kuil - Petikan : ShahAlamKini.com

Mana Janji Pindah Kuil 
Posted by oren on Nov 26th, 2010

Photo terkini 25 11 2010
Bila belum memerintah nampak kelemahan-kelamahan yang dibuat oleh orang lain.
Bila memerintah sibuklah pula nak jaga tepi kain sendiri yang koyak.
Masalah kain rakyat yang koyak dan sentiasa berharap di bantu oleh pemimpin nampaknya harap tiarap. Kata sebelum Hari Raya Korban kuil Seksyen 19 akan dipindahkan

MANA JANJI?

Cerita dalam akhbar bukan main meletup lagi, billion sana billion sini peruntukkan kononya untuk rakyat. Permasalahan kuil belum lagi dapat dilangsaikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Petikan Shahalamkini.com


28 Oktober 2010.

KUIL BARU SEKSYEN 23 SIAP NOVEMBER INI KATA YB RODZIAH ISMAIL

Beberapakali kenyataan YB Rodziah Ismail yang juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Hal Ehwal Wanita ,Sains Teknologi dan Inovasi membuat kenyataan didada akhbar mengikut selera lidanya mengenai permasalahan kuil yang menjadi isu hangat pada tahun 2009.
Tahap kemuncak perarakan kepala lembu di SUK negeri Selangor dan kekecohan yang berlaku semasa siri dialog bersama penduduk didewan MBSA menjadi buah mulut rakyat Negara ini. Kuil yang di katakan oleh Rodziah akan selesai ,’ tidak pun selesai walaupun tapak kuil telah berpindah
Terbaru,; YB Rodziah juga mengatakan Kuil baru seksyen 23 siap November ini,buat pengetahuan umum,rumah ibadah Islam atau Hindu bukan semudah membuat Kuih taik Itik yang bunyinya jijik tetapi senang di buat
Semalam ketika pulang dari pekan Sri Muda ,penulis sempat menoleh kearah tapak kuil baru yang bersebelahan dengan NITTO DENKO,tapak Kuil yang baru itu bersemak tampa ada penjagaan atau pembersihan,Bila lah pula Kuil Baru itu nak siap seperti yang dikatan oleh YB Rodziah,sedangkan struktur pun belum di dirikan,agaknya YB ini membina kuil ini diatas kertas yang mana bahan binaan pula hanya ink pen.
YB Rodziah juga masih mengheret politik dalam masalah ini dengan mengatakan pada tahun 2007 BN bertindak tampa meminta pandangan daripada mereka,kaum India tidak mengetahui keputusan dan hanya menanti jawapan yang tidak pasti,YB Rodziah nampaknya tidak tahu status sebenar ,sedangkan semasa Dato` Salamon yang ketika itu sebagai Adun Batu Tiga , telah membuat mesyuarat beberapa kali dengan wakil kuil dan telah dipersetujui oleh wakil Kuil untuk berpindah ketapak baru yang disediakan diSeksyen 22 Shah Alam.
YB Rodziah juga berharap pembinaan Kuil Baru ini berjalan dengan lancar seperti yang dijangka tanpa ada ganguan daripada pihak luar, untuk pengetahuan YB Rodziah, pihak luar tidak akan menggangu.’ yang menggangu adalah pembinaan Kuil seksyen 23 di tapak baru adalah janji-jani yang di buat sendiri.
Kuil di Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke tempat baru di Seksyen 23 makin besar, jika dilihat dari ubahsuai seperti tidak mahu dipindah atau akan kekal disitu walaupun Kuil baru siap. Sama-samalah penduduk Seksyen 19 tunggu dan lihat..
Gambar yang dimuat turun adalah tapak kuil baru