Sunday 30 October 2011

Penduduk bantah roboh gerai dekat Surau Hamideen Seksyen 19 Shah Alam

http://akhbar-sharian.blogspot.com/2011/09/sh_287.html


SHAH ALAM - Sebahagian penduduk serta kariah Surau Hamiddean di Seksyen 19, di sini membantah tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan arahan roboh gerai makanan yang diusahakan mereka untuk menampung kos selenggara surau tersebut. Pengerusi surau, Ismail Ahmad menyifatkan arahan itu tidak ambil kira kepentingan awam terhadap pembangunan surau berkenaan. 

Katanya, pihaknya menerima notis memaklumkan sehingga hari ini untuk kosongkan premis kerana dibina tanpa kebenaran di atas laluan pejalan kaki. "Gerai ini sudah lama dibina oleh penduduk setempat dan hasil daripada jualan gerai disalurkan kepada surau untuk tampung kos selenggara, bil api dan air serta program dianjurkan surau ini kerana kita tidak mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri serta pihak berkaitan untuk tampung kos-kos tersebut. 

"Malah, sebelum ini pun pihak MBSA tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk merobohkan gerai ini. tetapi kenapa sekarang mereka sanggup bertindak sedemikian," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin. "Mereka kata premis yang kita bina ini ganggu laluan pejalan kaki sedangkan kita pernah berbincang dengan penduduk sebelum bina gerai dan mereka bersetuju dengan pembinaan ini kerana ia adalah usaha kita mendapatkan dana untuk surau ini. 

"Malah, tindakan MBSA mengenakan caj ganti rugi sebanyak RM15,665.50 ke atas kami adalah tindakan tidak masuk akal dan kita terkilan dengan tindakan ini," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sering menerima aduan daripada orang awam mengenai kedudukan gerai tersebut yang didakwa mengancam keselamatan mereka. 

Katanya, tindakan itu juga dibuat kerana pembinaan struktur gerai tersebut dibina di atas laluan pejalan kaki dan tanpa kebenaran. "Sudah banyak kali kita terima aduan daripada orang awam kerana menurut mereka struktur gerai tersebut menghalang pemandangan serta laluan kenderaan di kawasan tersebut. 

"Kita sudah keluarkan notis kepada mereka untuk kosongkan gerai dan kita berharap mereka faham dengan keadaan ini," katanya. Mengulas mengenai caj yang dikenakan untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan, Shahrin berkata, kos tersebut adalah caj ganti rugi seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu bagi kuasa menuntut ganti rugi dalam kerja-kerja perobohan jika pemilik tidak melaksanakan notis tersebut. "Memang tempoh notis itu hingga esok (hari ini) tetapi kita tidak akan terus robohkan gerai itu. Sebarang keputusan akan kita bincang dalam mesyuarat dalaman nanti," katanya


KHAMIS, 15 SEPTEMBER 2011

KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI DI SURAU HARI INI


Masyarakat Seksyen 19 akan berdemonstrasi untuk menghalang MBSA roboh gerai diSurau Hamiddean pada pukul 8:30 pagi hari ini 15/9/2011. Cerita mengatakan kebanyakan ahli kariah surau Hamiddean bukan pro Pakatan Rakyat Selangor dan di fahamkan juga hasil perniagaan digerai tersebut disumbang juga pada tabung surau.

Oleh itu penduduk sekitar surau Hamiddean membantah tindakkan MBSA yang berkehandak merobohkan gerai tersebut,sedangkan gerai-gerai tersebut sudah beroperasi begitu lama malah hasil jualan digerai yang mahu dirobohkan banyak membantu langsaikan masalah disurau,namun tindakkan kerajaan Pakatan Rakyat yang melaung merakyatkan ekonomi negeri bertukar melanyakkan rakyat negeri.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat yang sedang mengalami zaman malap yang sangat gelap,sedangkan kuil haram di Jalan Ladung Seksyen 19 dipertahankan dengan berbagai cara oleh Khalid Samad dan Rodziah Ismail begitu juga dengan rumah-rumah urut di selangor yang semakin bercambah seperti cendawan lepas hujan, Ada PAS dalam Pakatan Rakyat hanya jadi pak angguk dan lebai malang.

Friday 10 June 2011

Surat YB Ahli Parlimen Shah Alam kepada penduduk Seksyen 23


http://www.khalidsamad.com/2009/09/
FRIDAY, SEPTEMBER 4, 2009
Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M
13 Ramadan 1430 H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati,Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud;

“Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.”

Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud,

“dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…”

Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.
Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu. Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua. Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan keTaqwaan dan keAdilan seperti di atas.
Islam adalah agama yang adil. Keadilannya mampu menawan hati semua manusia. Yang paling saya takuti adalah tindakan yang memberikan gambaran bahawa Islam adalah sebaliknya. Allah murka terhadap mereka yang bertindak dengan cara yang merosakkan imej Islam sehingga menyebabkan manusia terhalang untuk mengenali keadilannya. Allah berfirman ayat 94 Surah An-Nahl yang bermaksud:-

“Dan kamu ditimpa kehinaan kerana menjadi penghalang kepada jalan Allah (disebabkan tindakan buruk kamu) dan untuk kamu azab yang amat dahsyat (pada hari akhirat kelak)”

Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu.

Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskanIslam sebagai sebuah pemerintahan yang adil.
Semoga Allah memberkati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diRedhaiNya.
وسلام عليكم و السلام على من التبع الهدى

YB KHALID BIN ABDUL SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Labels: Islam, Isu semasa, Shah Alam

Sidang Media Penduduk Seksyen 19 desak pindahkan kuil.


Dokumen MTEN Selangor - laporan pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23










Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor - Isu pemindahan Kuil Seksyen 19:
Dokumen MTEN itu ditandakan "Rahsia" tetapi ia telah tersebar di dalam blog-blog. Dokumen itu di tandatangani oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Nor pada 01/07/2009 dan dua Pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang MBSA. Dokumen MTEN diatas telah ditandakan "lulus", walaupun dalam laporan itu ada menulis mengenai bantahan penduduk Islam Seksyen 23.

Ulasan mengenai laporan MTEN digariskan seperti berikut:

1. Bantahan Penduduk Seksyen 19 Shah Alam - Pihak Majlis menerima aduan dan bantahan daripada penduduk berhubung struktur kuil. Penduduk mendakwa mereka mengalami tekanan emosi dalam tempuh yang panjang dan mohon kuil itu dipindahkan.

Ulasan: Datuk Bandar Shah Alam, Pegawai-pegawai Penguat Kuasa MBSA dan Pegawai-pegawai Jabatan Perancang MBSA sudah banyak menerima aduan-aduan masalah penduduk Islam Seksyen 19 dari masa kesamasa. Selepas aduan penguat kuasa datang buat rondaan, ubahsuai diberhentikan, tetapi selepas penguat kuasa beredar dari situ kerja ubahsuai kuil disambung lagi. Gangguan bising sering mengganggu penduduk hampir setiap hari dan bertambah bising apabila mereka mengadakan upacara dan keramaian. Selepas aduan gangguan bising berhenti untuk sementara waktu tetapi berulang semula selepas itu. Penduduk berterima kasih kepada pihak Majlis yang banyak memberi kerjasama kepada penduduk Islam Seksyen 19.

2. Pihak Majlis telah menerima memorandum bantahan daripada pertubuhan NGO berhubung struktur kuil Hindu tersebut. Pihak NGO telah mendirikan gelanggang bersebelahan bangunan kuil sediada dan ini telah menimbulkan ketegangan antara pihak kuil dan penduduk.
Ulasan : Penduduk berterima kasih kepada Pertubuhan NGO yang segera datang membantu selepas menerima aduan penduduk. Penduduk terpaksa mohon bantuan NGO kerana gangguan dan pelbagai masalah mejadi kronik pada Disember 2008. Pihak NGO telah menghantar memorandum bantahan kepada pihak berkuasa minta kuil itu segera dipindahkan. Tindakan drastik pihak NGO dirikan gelanggang bersebelahan kuil dapat mengurangkan sebahagian masalah penduduk sekitar.

3. Pihak Polis juga telah menasihatkan pihak Majlis agar memindahkan kuil tersebut ke tapak yang lebih bersesuaian bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini terus berlaku.
Ulasan : Terima kasih kepada pihak Polis yang telah berusaha membantu penduduk Seksyen 19 dan menasihatkan pihak majlis memindahkan kuil itu ketapak lain. Pihak polis sering menerima aduan penduduk dari masa kesemasa terutama semasa keramaian bergendang yang berlarutan hingga ketengah malam. Pelbagai gangguan dan ugutan telah berlaku kepada penduduk yang tinggal sekitar kawasan kuil. Aktiviti kuil yang biasanya bising telah mengganggu ketenteraman hidup penduduk sekitar kuil itu bertahun-tahun lamanya. Pihak kuil tahu dan sedar penduduk Islam berterusan buat bantahan kepada pihak berkuasa. Mereka melihat polis datang buat rondaan tetapi mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk tempatan.

4. Kuil Seksyen 19 dibenarkan terus beroperasi ditapak asal sehingga akhir tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap untuk digunakan (dokumen t/t Adun dan AP Shah Alam dan Wakil Kuil).

Ulasan: Dalam surat itu tiga syarat yang telah dipersetujui oleh pihak kuil, YB Adun Batu 3 dan YB AP Shah Alam. Antara syarat nya: Kuil Seksyen 19 dibenarkan beroperasi sehingga akhir tahun 2010. Penduduk berharap pemindahan ketapak baru di Seksyen 23 berhampiran kilang Nitto Denko tidak akan ditangguhkan lagi.

5. Perenggan akhir ditulis “Pihak AJK Kuil hendaklah merobohkkan struktur bangunan kuil Seksyen 19 setelah pembinaan kuil baru disiapkan. Pihak PKNS hendaklah segera membina 16 unit rumah teres yang telah diluluskan oleh Majlis melalui pelan MBSA/PRG/PSA 19-16-01
Ulasan : Dalam dokumen diatas secara terang menulis selepas "kuil baru" di Seksyen 23 siap, kuil di Seksyen 19 hendaklah "dirobohkan". Pihak PKNS hendaklah segera membina rumah 16 unit yang tergendala selama 23 tahun.

Tuesday 10 May 2011

Penduduk Seksyen 19 mohon PKNS tunaikan janji pada tahun 1987 untuk pindahkan kuil.




PENDUDUK MOHON PKNS TUNAIKAN JANJI UNTUK PINDAHKAN KUIL SEKYSEN 19

Tahun 1987 - Berdasarkan pelan induk Seksyen 19, ramai memilih kawasan ini kerana terletak berdekatan dengan tapak masjid. Namun begitu penduduk tidak mengetahui dari awal ada kuil lama dikawasan berhampiran. Ramai yang hendak memulangkan semula kunci kepada PKNS apabila menyedari ada kuil disitu. Tetapi pegawai PKNS yang bertugas pada masa itu telah meyakinkan penduduk bahawa kuil itu akan dipindahkan ketapak lain kerana rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit akan dibina ditapak itu.

Tahun 1988 - Penduduk berpindah kekawasan perumahan ini melihat kuil masih ada ditapak itu. Ketika itu kuil itu kecil dan usang hanya ada satu bilik sahaja. Diatas bilik kuil itu ada kubah kecil. Ia terletak dikawasan rendah yang semak dan terbiar. Pada masa itu tidak ada bekalan air dan elektrik dikuil itu. Penduduk India datang dari kawasan setinggan berhampiran jalan kereta api menggunakan kuil itu. Semua penduduk kawasan setinggan telah dipindahkan pada tahun 2005. Selepas 22 tahun kuil itu masih belum dipindahkan, rumah teres sebanyak 16 unit masih belum dibina di kawasan itu.


Gambar Julai 2008 - Tapak asal kuil kecil dan usang adalah dibahagian belakang yang ada kubah diatas bilik itu. Kubah yang asal penduduk melihat lebih kecil. Kuil mula diubahsuai sedikit demi sedikit selepas tahun 2000. Biasanya ubahsuai dibuat sebelum mereka mengadakan keramaian dikuil itu. Pada bulan Jun 2006 ubahsuai dikuil jadi rancak selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Gambar diatas diambil pada Julai 2008. Pada masa itu pihak kuil membuat ubahsuai membesarkan jalan masuk kekuil. Atas longkang dahulunya dilapik papan telah diganti dengan simen. Bahagian tangga kuil juga telah dibesarkan.


Gambar Januari 2009 – Pada tahun 1988 kuil itu hanya satu bilik. Pada tahun 2006 kuil besar sudah diubahsuai jadi 3 bilik. Kuil kecil ditepijalan raya dibuat pada Ogos 2006. Tandas bawah pokok dibuat pada November tahun 2006. Pada tahun 2007 kuil dibesarkan jadi 5 bilik. Gambar pada Januari 2009, bilik kuil sudah siap di ubahsuai pada 14/12/2008 dan 21/12/2008.

Gambar September 2009 - Gambar diatas petikan daripada blog diambil dari bahagian hadapan kuil. Ketika itu kuil sudah dicat semula sebelum keramaian besar diadakan pada Ogos 2009. Kuil tidak mengadakan keramaian selama 7 bulan selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam. Tetapi, keramaian bergendang diadakan semula selepas itu. Kebanyakan pengunjung kuil yang meramaikan dan mengaktifkan kuil itu datang dari kawasan lain.

Gambar pada Julai 2010 - Kedudukan kuil diubahsuai dan dibesarkan menghampiri kediaman penduduk majoritinya beragama Islam. Aktiviti kuil biasanya bising semasa diadakan upacara dan keramaian mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal dikawasan sekitar kuil itu.

Petikan Flem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah:

Ulasan oleh penduduk Islam Seksyen 19


Ulasan yang baik oleh pengunjung kuil
Ulasan oleh pengunjung kuil yang mahu kuil dikekalkan ditapak itu.

Thursday 6 January 2011

Mendalami kemelut Seksyen 19 - Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah




(Petikan berita daripada Metro Online)


Mendalami kemelut Seksyen 19

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

2010/10/10


JUDUL dipilih cukup mengusik hati untuk mengetahui lebih mendalam kisah dipaparkan. Melihat posternya menampilkan orang lidi dengan latar belakang hitam pekat serta jalinan ceritanya, ternyata filem pendek itu mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri.


Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah’ garapan wartawan Online New Straits Times (NST), Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Sheridan Mahavera Shakir, iaitu wartawan NST dan kini memilih menjadi penulis bebas, menyelongkar kisah sebenar di sebalik protes cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam yang menjadi pertikaian dan perpecahan dalam masyarakat.


Meninjau kemelut yang melanda, Nurbaiyah dan Sheridan bertemu banyak pihak untuk mendapatkan penjelasan. Antara yang ditemubual ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; penduduk Seksyen 23 dan Seksyen 19, Shah Alam; persatuan kuil dan penganut Hindu di kuil terbabit.

Menurut Nurbaiyah, menulis berita dan membikin filem pada asasnya adalah sama iaitu menghasilkan satu cerita, cuma medium berbeza.

Biarpun memiliki latar belakang dalam penulisan teater, cereka, televisyen dan radio, Nurbaiyah yang sebelum ini pernah menulis skrip telemovie dan drama TV tidak pernah mengarah filem. ‘Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah’ dengan durasi 28 minit itu adalah karya sulungnya.


Katanya, filem itu menerangkan situasi dihadapi penduduk Seksyen 19 yang terpaksa berdepan masalah selama 20 tahun tetapi masih mampu bersabar. Kuil yang dibina 100 tahun lalu dicadang dialihkan ke tempat lain kerana ia tidak lagi sesuai di situ berikutan timbul masalah parkir, manakala acara keagamaan di kuil itu berlarutan hingga malam.


“Dalam tempoh 20 tahun, penganut dan persatuan kuil itu setuju jika rumah ibadat dipindahkan kerana ia tidak lagi sesuai di situ.

“Beberapa permohonan untuk memindahkan kuil dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi proses berkenaan tidak berlaku.



“Dokumentari ini membentangkan mengenai perbezaan atau cara masyarakat berdepan masalah. Keadaan menjadi kecoh sehingga penunjuk perasaan yang terbabit dalam insiden itu memijak kepala lembu di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Ada sesi dialog antara kerajaan negeri dengan penduduk Seksyen 23, tapi medan yang sepatutnya menjadi tempat perbincangan bertukar huru hara. Nampak jelas perpecahan masyarakat.


“Pada mata awam, penduduk memprotes pemindahan kuil dan terjadi kekecohan, tapi peristiwa sebenar orang awam tidak tahu. Jadi filem ini mendalami isu sebenar di sebalik pemindahan kuil,” katanya.


“Filem bebas ini mencakupi pelbagai segi iaitu aspek kejuruteraan sosial dan kependudukan. Shah Alam sebuah bandar baru dan terancang yang asalnya daripada ladang. Sayangnya banyak perkara tidak diambil kira ketika pembangunannya.


“Filem bebas ini mencakupi pelbagai segi iaitu aspek kejuruteraan sosial dan kependudukan. Shah Alam sebuah bandar baru dan terancang yang asalnya daripada ladang. Sayangnya banyak perkara tidak diambil kira ketika pembangunannya.

“Ia berpunca daripada kepincangan perancangan dan ketandusan dasar apabila perubahan dalam masyarakat tidak diambil kira. Perancangan dibuat hanya melihat untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, tetapi tidak memikirkan tempoh lebih jauh ke depan,” katanya.


Menurutnya, mereka bersama memikirkan tajuk sesuai bagi filem itu dan dalam keadaan terdesak mencari tajuk, akhirnya timbul idea memilih perkataan menarik kira-kira 20 minit sebelum berbuka puasa.

“Kami berjaya merakam situasi sebenar di Seksyen 19 selain babak menarik seperti di bazar Ramadan dan orang menunaikan solat Tarawih,” katanya.




Pembuat filem bebas itu berkata, latar belakang sebagai wartawan banyak membantu mereka dalam menghasilkan filem indie itu.

“Sebagai wartawan, kami sudah biasa tebalkan muka berjumpa orang. Kami redah Shah Alam dan bertanya orang awam sama ada mereka pernah mendengar mengenai kejadian itu.




“Kami menemubual ramai penduduk untuk mendapatkan maklumat lebih jelas. Ada juga orang yang kita jumpa tidak mahu ditemubual.

“Bagaimanapun, kami terima dengan hati terbuka dan tidak terasa hati kerana itu menjadi sebahagian daripada tugas kami sebagai wartawan.


“Ada individu membatalkan temujanji untuk diwawancara di saat akhir. Alhamdulillah, ada hikmahnya kerana kami dapat menemubual orang lebih baik dan lebih ikhlas. Ada juga yang minta duit untuk penampilan dalam filem itu,” katanya.

Nurbaiyah berkata, ada individu yang bercakap lancar apabila ditemubual tetapi menjadi kaku sebaik berada di depan kamera, menyebabkan hasil penggambaran kurang menarik.


“Skil sebagai wartawan sangat membantu dalam penggambaran ini iaitu cara mengambil hati orang, membuat orang itu selesa bercakap dengan kita dan tidak nampak gementar ketika penggambaran dibuat.

“Kami memang mengharap filem itu menang, tetapi tidak menjangka akan menang,” katanya.

Filem itu akan ditayangkan pada jam 8 malam, 16 Oktober ini di Auditorium Menara PKNS, Petaling Jaya manakala di Johor Bahru pada 23 Oktober, Miri (31 Oktober), Pulau Pinang (13 November) dan Singapura (14 November).
_____________________________________________________________________________

Gambar-gambar Petikan dari filem "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah:

Gambar Julai 2010 - Pada tahun 1987 pihak PKNS berjanji kepada penduduk kuil itu akan dipindahkan. Pada tahun 1988 penduduk yang berpindah kesini melihat kuil kecil dan usang masih ada disitu. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan lain bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil itu. Kuil dibuat ubahsuai sebelum keramaian diadakan. Pada tahun 1988 kuil itu ada satu bilik sahaja, kini bilik kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik. Pelbagai pihak mendakwa kuil itu sudah berusia 100 tahun.

Logikkah kuil itu sudah didaftrkan pada tahun 1903? Benarkah kuil itu berusia 107 tahun? Sudah ujudkah Pejabat Pendaftar Pertubuhan ketika itu? Pada awal tahun 2006 penduduk tempatan menerima maklumat daripada rakan yang bertugas di Pejabat Pendaftar Pertubuhan memberitahu pihak kuil itu ada menghantar permohonan untuk daftarkan kuil tetapi masih belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada MBSA.

Papan tanda " Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa" dipasang pada Ogos 2006. Semasa pembesaran kuil dibuat pada tahun 2006 pihak kuil mahu jalan masuk kekuil dibuat dari arah hadapan kuil. Penduduk Jalan 19/28 membantah dan tidak membenarkan mereka mengambil kawasan itu. Pokok-pokok ditanam untuk mengelakkan kawasan itu dijadikan jalan masuk kekuil.

Sebelum tahun 2009 pemuda India yang menjadi penjaga kuil itu datang dari Seksyen 20. Kuil dibuka selepas jam 8.30 pagi. Pada hari diadakan keramaian dan upacara baru nampak ada sami datang kekuil itu. Tetapi selepas March tahun 2009 seorang sami pindah kekuil itu. Sejak itu kuil dibuka awal pada jam 6.30 pagi setiap hari. Loceng kuil berbunyi lama diikuti bacaan mentera pada awal pagi dan menjelang malam.

Gambar kuil kecil yang dibuat di tepi jalan raya pada tahun 2006. Kawasan sekeliling pokok besar di simen semasa pembesaran kuil dibuat ketika itu. Pada tahun 1988 pokok itu masih kecil lagi.


Gambar keramaian kuil pada malam 14/08/2010


Gelanggang dibina oleh pihak NGO pada 10/01/2009. Didalam kawasan gelanggang sering dibaling botol arak. Papan tanda "Tapak Gelanggang Pewaris" telah dirosakkan pada Februari 2010.

______________________________________________________________________________

Ulasan Penduduk mengenai Filem "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah"



Seramai 17 orang penduduk dari Seksyen 19 hadir pada malam tayangan 3 filem yang telah memenangi award pada malam Sabtu 16/10/2010 bertempat diMenara PKNS Petaling Jaya. Penduduk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pengarah filem yang sudi menjemput penduduk hadir menyaksikan filem dokumentari itu. Mereka membuat penggambaran sekitar kawasan perumahan, kuil dan gelanggang yang dibina oleh pihak NGO pada Januari 2009. Pintu gelanggang disembur cat hitam oleh kumpulan 303, dinding gelanggang disembur cat merah ditulis perkataan yang diberitahu maknanya mencarut, papan tanda jalan dan atas jalan raya juga diconteng 303. Pada malam 14/08/2010 pengarah filem telah merakam suasana keramaian dikuil, persekitaran kawasan perumahan yang sesak kerana pengunjung dari kawasan luar datang dengan pelbagai jenis kenderaan, pemuda India memecut motorsikal dan berlonggok dikawasan sekitar. Pengarah filem juga telah mendengar bunyi gendang yang mengganggu ketenteraman penduduk.

Penduduk ditemubual untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dihadapi sejak kawasan ini dibuka pada tahun 1988. Pada masa itu kuil digunakan oleh penduduk setinggan dekat jalan kereta api. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan perumahan baru dibuka di Seksyen 20 datang beramai-ramai kekuil di Seksyen 19. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil itu. Kuil diubahsuai sedikit demi sedikit sebelum keramaian besar diadakan. Penduduk berhadapan dengan pelbagai masalah dan gangguan bising dari kuil itu. Aduan dan bantahan penduduk kepada pihak berkuasa dibuat berterusan tetapi tidak ada tindakan serius untuk mengatasi masalah penduduk. Pada tahun 2003 kuil diarahkan berpindah keSeksyen 18 tetapi mereka tidak pindah atas pelbagai alasan. Selepas itu bekalan elekterik dimasukkan kekuil itu. Pasti ada sebabnya, mereka mahu kuil kekal di Seksyen 19.





Persatuan penduduk menghantar surat aduan masalah gangguan kuil kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006. Salinan surat dihantar kepada bekas MB, AP, Adun, Datuk Bandar, PKNS dan MBSA. Ketika itu pembesaran kuil dibuat besaran selepas bekalan air dimasukkan pada Jun 2006. Selepas aduan, 2 papan tanda "Tanah milik PKNS - Penceroboh Akan Didakwa" dipasang dikawasan kuil. Realitinya kawasan itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah di dakwa. Pada tahun 2006 kuil besar sudah ada 3 bilik dan ada kuil kecil dibuat ditepi jalan raya. Pada 27/07/2007 aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Pada masa itu kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik sebelum keramaian besar Julai 2007. Maklumbalas diterima daripada kedua-dua jabatan untuk menyiasat aduan penduduk. Pada 29/12/2007 Pihak MBSA maklumkan kuil itu akan dipindahkan ke Seksyen 22.

Selepas April 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Bendera PKR dan PAS dipasang pada papan notis larangan ceroboh tanah PKNS. Pemuda kuil beritahu penduduk kedua-dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah sebab itu mereka gantung bendera disitu. Gangguan bising semakin teruk dan ubahsuai dibuat lagi dikawasan kuil. Masalah semakin gawat dari bulan Julai hingga Disember 2008 kerana gangguan bising sudah keterlaluan, keramaian bergendang semakin kerap dan sudah melepasi waktu tengah malam, belakang rumah penduduk di conteng besar dengan nombor 303, gangguan bising kumpulan pemuda yang minum dan mabuk dihujung Jalan Ladung, dan ada yang sudah berani membuat ugutan kepada penduduk. Aduan dan bantahan sudah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan mengatasi masalah penduduk.




Penduduk terpaksa mohon bantuan pihak NGO Islam pada bulan Disember 2008 ketika keadaan semakin kronik. Pertubuhan NGO Islam memberi jawapan dalam masa dua minggu sahaja untuk membantu mengatasi masalah penduduk. Mereka yakin penduduk menghadapi keadaan yang sukar dan memerlukan bantuan mereka. Pada awal Januari 2009 memorandum bantahan dihantar oleh pertubuhan NGO kepada pihak berkuasa minta kuil itu segera dipindahkan. Tindakan drastik oleh pihak NGO yang mendirikan gelanggang bersebelahan kuil itu pada 10/01/2009 telah berjaya mengurangkan sebahagian masalah gangguan yang dihadapi oleh penduduk bertahun-tahun lamanya. Gangguan bising telah berkurangan selama 7 bulan. Tetapi pada Ogos 2009 keramaian bising bergendang hingga tengah malam diadakan semula dikuil itu. Penduduk mengadakan sidang media bersama NGO mendesak kuil dipindahkan ketapak lain.

Filem dokumentari Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah lebih menumpukan kepada demo bantahan penduduk Seksyen 23 dan tindakan mahkamah yang dikenakan keatas mereka. Demo kepala lembu amat sensitif kepada penganut Hindu dan menjadi isu negara. Bagaimana pula sensitiviti penduduk Islam di Seksyen 19?. Pengunjung kuil tidak pernah ambil peduli sensitiviti penduduk Islam yang tinggal disekitar kawasan kuil. Banyak peristiwa yang berlaku telah mencabar kesabaran dan mengguris hati penduduk Islam. Kesabaran penduduk sudah sampai ketahap maksima. Pada malam Sabtu 14/08/2010 semasa keramaian kuil diadakan walaupun ada kedengaran bunyi gendang dalam filem itu tetapi bunyinya telah diperlahankan. Suasana pada ketika itu amat bising mengganggu ketenteraman penduduk Islam pada malam bulan Ramadhan. Tidak ada ulasan oleh pengarah filem kenapa pihak yang menceroboh tanah milik PKNS tetapi tidak didakwa walaupun ada 2 papan tanda notis larangan menceroboh tanah milik PKNS dipasang di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Namun begitu penjelasan mengenai bantahan penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam akibat gangguan aktiviti kuil yang mengganggu ketenteraman awam yang selama ini tidak diketahui umum sudah dapat diketengahkan dan dijelaskan melalui filem dokumentari tersebut.


Benarkah kuil itu sudah didaftarkan 100 tahun yang lalu? Sudah adakah pejabat Pendaftar Pertubuhan ketika itu? Pihak kuil membuat pelbagai ulasan menyalahkan pihak lain dalam filem itu. Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang terletak dikawasan semak dan terbiar. Tidak ada bekalan air dan elektrik dikuil ketika itu. Bila malam gelap, bila hujan lebat kawasan itu banjir. Logikkah kuil kecil dan usang yang membesar depan mata penduduk tempatan tanpa pelan dan permit PBT itu sudah didaftarkan 100 tahun yang lalu? Mungkin hanya satu sahaja bilik dikuil itu yang sudah berusia 100 tahun. Bagaimana pula sambungan haram yang dibuat selepas tahun 2000?. Kenapa semakin banyak penduduk buat bantahan kuil semakin membesar? Pada tahun 2009 kuil dilaporkan berusia 150 tahun, tetapi selepas itu usia kuil turun 106 tahun.



Isu kuil merupakan masalah sensitif menurut ulasan yang diberikan oleh YB DSKT dalam filem itu. YB Khalid Samad AP Shah Alam berkata isu kuil perlu ditangani oleh pentadbir sebaiknya. Jika benar, kenapa tidak ada tindakan segera selepas begitu banyak aduan dan bantahan dibuat kepada pihak berkuasa? Penduduk terima maklumat, pihak kuil mendapat sokongan padu daripada kaum dan pemimpin mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Kenapa perkara yang sama tidak berlaku kepada pemimpin Islam? Sikap pemimpin Islam sendiri yang amat bertoleransi kepada pihak kuil, sebab itu mereka terus dapat bertahan ditapak itu. Jika penduduk Islam terus bersabar menghadapi pelbagai gangguan tanpa sebarang bantahan, masalah akan berterusan, kuil pula akan terus diaktif, dibesarkan dan akan kekal ditapak itu.




Pada awal tahun 2006 pihak kuil menjadi semakin aktif. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kuil itu. Pihak Masjid Ubudiah telah mengumpul tanda tangan ramai penduduk Islam Seksyen 19 dan petisyen bantahan dihantar kepada bekas MB. Bila penduduk buat aduan penguat kuasa MBSA meronda kawasan, ubahsuai diberhentikan, tetapi selepas penguat kuasa beredar, kerja ubahsuai disambung lagi. Jadi aduan terpaksa dibuat berterusan kepada pelbagai pihak. Kedudukan kuil yang diperbesarkan sudah menghampiri kediaman penduduk Islam dipisahkan dengan jalan raya sahaja. Aktiviti kuil biasanya bising sering mengganggu ketenteraman penduduk setiap hari dan bertambah bising dan sesak bila diadakan keramaian. Pada 02/08/2006 persatuan penduduk pula telah mengumpul tanda tangan penduduk, petisyen bantahan dihantar lagi kepada bekas MB. Selepas itu pada Oktober 2006 seramai 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah Seksyen 19 membuat perjumpaan dengan bekas MB Selangor YB DSKT di bangunan SUK dengan harapan masalah kuil diberi perhatian serius. Penduduk kecewa kerana selepas perjumpaan dengan beliau, tidak ada tindakan tegas untuk mengatasi masalah penduduk Islam. Dalam filem itu beliau mengakui kesilapan perancangan yang berlaku di masa lalu. Beliau menyedari kini kenapa perlu ada kuil dikawasan yang tidak ramai penganut agama Hindu.



Penduduk Seksyen 19 juga sudah berjumpa YB Ahli Parlimen Shah Alam pada Ogos 2008 sebanyak 2 kali selepas keramaian kuil yang paling bising pada Julai 2008, mereka buat perarakan bergendang di Jalan Ladung 19/28 pada waktu tengah malam dan ada ugutan bunuh dibuat kepada penduduk. Selepas perjumpaan itu tidak ada langsung tindakan untuk mengatasi masalah penduduk Islam, malah pelbagai gangguan yang dihadapi penduduk bertambah teruk selepas itu. Penduduk merayu bantuan NGO ketika gangguan kuil semakin gawat pada Disember 2008. Kedatangan NGO ke Seksyen 19 tidak disenangi oleh YB AP. Beliau turun padang pada 08/01/2009 bertegang leher dengan pemimpin NGO depan mata penduduk, penguat kuasa MBSA dan AJK kuil. Selepas itu beliau menulis mengenai Persolan Kuil di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris dalam blog beliau. Surat tersebar dalam banyak blog dan pelbagai komen dibuat pembaca kepada penduduk dan NGO. Pelbagai tuduhan beliau buat kepada pihak NGO yang membantu penduduk Seksyen 19 pada awal Januari 2009. Persoalannya kenapa pihak luar yang prihatin dan segera membantu penduduk Islam dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil? Kenapa pihak NGO Islam pula yang dipersalahkan?. Salahkah penduduk mohon bantuan mereka selepas banyak aduan dan bantahan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan? Kenapa YB bersikap double standard kepada penduduk Islam? Penduduk terpaksa berhadapan dengan risiko kerana ada pengunjung kuil sudah berani membuat pelbagai ugutan kepada penduduk tempatan. Kenapa pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam pula yang dibela? Kenapa mereka dibiarkan berleluasa mengganggu ketenteraman dikawasan majoriti penduduk Islam? Adakah penduduk terpaksa menunggu keadaan menjadi kritikal baru hendak beri bantuan? Kenapa pemimpin Islam menunggu sehingga minyak tumpah baru hendak ambil tindakan?

Penduduk bersyukur kerana ada pihak luar yang peka dan prihatin untuk mendalami kemelut yang di hadapi oleh penduduk Islam Seksyen 19 yang berlarutan selama 22 tahun. Penduduk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua pengarah filem yang sudi meluangkan masa bersama-sama penduduk Islam Seksyen 19 berkongsi cerita tentang "Kemelut di Seksyen 19" yang telah menjadi Isu Negara.

Ulasan oleh YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.


Ulasan oleh YB Datuk Sri Khir Toyo bekas MB Selangor