Monday 13 December 2010

Bilakah Selesai Permasalahan Kuil Seksyen 19 Shah Alam - petikan blog shahalamkini



Bilakah Selesai Permasalahan Kuil Seksyen 19 Shah Alam

Tinggal beberapa hari lagi tarikh pembicaran 12 orang kena tuduh (OKT) kerana menyertai demonstrasi kuil dihadapan SUK Selangor, tiada Kuil ganti Seksyen 19 seperti yang dijanjikan kerajaan PR Selangor didirikan. walaupun tapak telah berpindah dari Seksyen 23 ke tapak baru yang berada sepagar dengan NITTO DENKO telah dibersihkan
Jika mengikut kekecohan berlaku semasa bantahan terhadap pembinaan Kuil di Seksyen 23 macamlah esok lusa kuil itu akan dirikan,namun ia sudah berlarutan setahun walaupun 12 OKT dalam peroses pembicaraan di mahkamah Shah Alam
Kini sebatang kayu atau sekeping batu bata untuk dirikan Kuil pun belum ujud walupun tapak baru telah disediakan bagi menggantikan tapak diseksyen 23.jika ini dikira ,’ nampaknya tidak ada kesudahanlah untuk memindahkan Kuil di Seksyen 19 yang dijanjikan oleh kerajaan Selangor walupun pilihanraya umum 13 sudah hampir waktunya
Tapak perpindahan Kuil dari seksyen 19 ke Seksyen 23 telah dipagar juga telah dipacak papan tanda dilarang menceroboh,setelah ia berpindak kesebelah NITTO DENKO
Apakah janji-janji yang diberi oleh YB-YB PR sekarang merupakan gula-gula pada rakyat walupun ia telah mencetuskan kekecohan di Selangor


17/OKTOBER//2010 :

Ulasan penduduk Seksyen 19

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan kuil diganggu lagi apabila pihak Hindu kuil mengadakan upacara yang di kunjungi ramai penduduk India dari kawasan lain pada malam ini. Keadaan sekitar menjadi sesak apabila mereka berkumpul ramai disitu. Mereka pasang bunga api dan lagu-lau Hindu. Keadaan ini mengganggu ketenteraman penduduk yang sedang mengadakan majlis Doa Selamat dan Tahlil dikawasan berhampiran. Kenderaan mereka di letakkan sesuka hati dihadapan pagar penduduk sekitar. Mereka mengganggu kelancaran lalu lintas Jalan 19/24 dan 19/28. Pengunjung kuil tidak peduli kesusahan dihadapi oleh penduduk tempatan. Sejak dari minggu lepas mereka semakin kerap mengadakan upacara di kuil itu.

Benarlah seperti tajuk diatas "Sampai bila kah permasalahan Kuil Seksyen 19 akan selesai." Janji wakil rakyat kepada penduduk untuk pindahkan kuil berubah-ubah dari satu bulan ke bulan yang lain. Yang terpaksa menanggung pelbagai kesulitan dan gangguan emosi ialah penduduk yang tinggal dikawasan sekitar yang sudah terlalu lama bersabar. Penduduk menunggu janji ditunaikan oleh pihak berkuasa untuk pindahkan kuil ke tapak baru.