Saturday 25 August 2007

Aduan kepada MB Gangguan bising di Kuil Seksyen 19

Date:Tue, 25 Aug 2007 05:11:58 +0100 (BST)

From:"MOHD AYUB HARUN"
Subject: Gangguan Bising DiKuil Di Seksyen 19 Shah Alam
To:"DATO’ SERI DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO" , "Datuk Bandar Shah Alam"
CC:"Biro Pengaduan Awam" , "Badan Pencegah Rasuah Malaysia"

YAB Dato Seri,

Penduduk berhampiran kuil haram Seksyen 19 telah di ganggu dengan bunyi bising dalam jangkamasa yang lama pada malam 16.8.07 dan malam 24.8.07. Suara pemuda kuil sudah cukup kuat menjadi lebih kuat kerana mereka guna speaker. Mereka pasang lagi muzik lagu-lagu Hindu.

Setiap kali mereka buat gangguan bising penduduk terpaksa mohon bantuan adun dan MBSA. Jika tidak gangguan akan berlarutan hingga tengah malam.

Oleh kerana tiada lagi orang India yang tinggal berdekatan dengan kuil itu, di harap perkara ini diberi perhatian kerana mereka telah mengganggu ketenteraman dikawasan majoriti penduduk beragama islam. Janji pihak atasan hendak pindahkan kuil sudah terlalu lama dah.

Terima kasih. Harap dapat di selesaikan.

Daripada

Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.

Monday 6 August 2007

Email Daripada Utusan Online


From:"Utusan Online" View Contact Details
To:"MOHD AYUB HARUN"
Subject:Re: BANTAHAN TERHADAP KEGIATAN DI KUIL SRI MAHAMARIAMMAN, SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Date:Mon, 6 Aug 2007 17:19:37 +0800

Semua komen, pendapat, rencana atau karya untuk tujuan penyiaran perlu disertakan dengan butir-butir lengkap:

1. Nama penuh:
2. Nombor MyKAD (kad pengenalan):
3. Alamat kediaman/surat-menyurat:
4. Nombor telefon bagi tujuan pengesahan.
5: Nama samaran:

Hanya komen-komen di dalam Bahasa Malaysia sahaja yang dapat disiarkan.

Penyiaran komen, pendapat, rencana atau karya adalah atas budi bicara Pengarang.
Terima kasih atas sokongan anda.
____________________________________
Pengarang Perkhidmatan Utusan Online
Utusan Online Service EditorUtusan Melayu (Malaysia) Berhad
46M Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin55200 Kuala LumpurMalaysia
Tel: 603-92217055Fax: 603-92227876
Websites:http://www.utusan.com.myhttp://www.tutor.com.my

Wednesday 1 August 2007

Surat kepada MB Selangor - BANTAHAN TERHADAP KEGIATAN DI KUIL SEKSYEN 19, SHAH ALAM

Fri, 27 Jul 2007 08:29:33 +0100 (BST)
From: "MOHD AYUB HARUN"

Subject:
BANTAHAN TERHADAP KEGIATAN DI KUIL SRI MAHAMARIAMMAN,

SEKSYEN 19, SHAH ALAM

To: "DATO’ SERI DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO"
CC: salamon@mbsa.gov.my, datukbandar@mbsa.gov.my, mohtarhani@mbsa.gov.my, khalidon@mbsa.gov.my, hakim@mbsa.gov.my, muhdanuar@mbsa.gov.my, haris@mbsa.gov.my, chekamal@mbsa.gov.my, sallehhudin@mbsa.gov.my, zakaria19@mbsa.gov.my






Yab Datuk Sri,

Kuil Sri Mahamariamman Seksyen 19 Shah Alam masih giat di aktifkan walaupun penduduk telah dimaklumkan kuil itu akan segera dipindahkan ke kawasan lain. Penduduk melihat sudah begitu banyak ubahsuai dibuat, Makin banyak lampu lampu dipasang. Mereka buat tandas dikawasan terbuka kenapa dibiarkan? Ini amat mencemar pemandangan. Kuil bawah pokok terlalu hampir rumah penduduk Islam. Makin banyak barang barang di bawa masuk kedalam kuil. Jadi dimana ketegasan pihak berkuasa?

Dalam bulan April dan Mei 07 kerja kerja menyukat kawasan telah dibuat oleh pekerja-pekerja PKNS. Penduduk telah dimaklumkan projek rumah yang tergendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Penduduk merasa hairan kerana dalam masa yang sama kerja-kerja dikuil terus dibuat, kuil terus bergiat aktif. Mereka terus bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Orang mereka sentiasa berada dikuil itu hampir sepanjang hari. Apabila dibuat aduan kepada pihak PKNS dan MBSA mereka hanya menghantar penguat kuasa yang datang ke kuil buat rondaan beberapa minit. Salepas itu terus pergi tanpa sebarang tindakan lain. Salepas pihak penguat kuasa beredar kegiatan di kuil akan terus dibuat tanpa rasa bersalah menceroboh kawasan tanah milik PKNS. Walaupun ada dua papan tanda didirikan tidak memberi apa apa makna pun. Kenapa mereka tidak pernah didakwa kerana menceroboh?. Apakah keistemewaan mereka sehingga boleh buat apa saja dikuil itu? Kuil yang dulunya kecil dan usang kini sudah ada lima bilik.

Lebih teruk gangguan bising apabila mereka mengadakan keramaian. Mereka tidak menghiraukan gangguan yang mereka lakukan itu mengganggu ketenteraman penduduk penduduk berdekatan. Mereka tidak langsung menghormati ketika waktu Solat Magrib dan Isyak, penduduk diganggu dengan bunyi gendang yang bising. Lagu lagu Tamil yang dipasang kuat amat mengganggu penduduk.

Bagaimana mereka orang luar boleh datang ke kawasan majoriti penduduk Islam buat gangguan bising? Pada masa ini tidak ada lagi Orang India yang tinggal berhampiran kuil. Jadi di manakah logiknya mereka boleh terus berleluasa? Kenapa mereka terus menceroboh? Pada masa ini mereka sedang mengadakan keramaian selama tiga hari bermula dari 27hb.Julai hingga 29 hb.Julai 2007.

Penduduk amat berharap kepada pihak berkuasa berilah perhatian kerana sudah terlalu banyak aduan dibuat. Wakil wakil penduduk sudah berjumpa dengan pihak-pihak atasan hingga keperingkat tertinggi negeri mohon bantuan tanpa henti sepanjang tahun. Sudah mengambil masa berbelas belas tahun aduan dibuat. Kenapa pihak kuil masih boleh bertahan disitu tanpa sebarang halangan.

Jadi penduduk amat berharap kepada pihak PKNS agar tunaikan janji untuk pindahkan kuil itu. Penduduk berazam akan menyerahkan memo bantahan kepada Perdana Menteri sekiranya pihak berkuasa negeri tidak bertindak keatas kuil itu.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Penduduk Islam Seksyen 19, Shah Alam.

S.K

Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri
Badan Pencegah Rasuah Malaysia.