Sunday 12 September 2010

Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19 - petikan Blog YB Khalid Samad


SUNDAY, AUGUST 30, 2009
Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]
Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]
Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.
[PETA 3 - Seksyen 19]
Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]

Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD
Comments:
kau belit org yg tak tahu boleh lah khalid.kau tak sedar yg diri kau tu sombong dan berlagak hanya kerana hang ahli parlimen. hang dtg berjumpa dgn penduduk dgn penuh lagak dan eksyen. hang ckp sombong. hang bawa gengstar india bersama hang.itu kah ciri wakil rakyat. ckp sombong dan berlagak dgn rakyat.tapi dlm blog hang kelentong cara lain seolah- olah penduduk yg jahat.
Anonymous said...
Assalam,
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam.

Islam juga tidak menghalang penganut agama lain seperti hindu untuk membina rumah ibadat mereka.

Dalam konteks di Selangor, berdasarkan peta yang dipaparkan oleh YB Khalid, lokasi di Seksyen 22 yang tiada umat Islam adalah yang paling sesuai dan ia juga memudahkan penganut hindu melakukan aktiviti mereka dimasa hadapan tanpa apa-apa masalah berbangkit dari penduduk setempat dan ianya akan dapat mengelakan salah faham (terutamanya kepada penduduk/penganut hindu yang kurang sensitif).

Kenapa pula Kerajaan Negeri Selangor meluluskan cadangan memindahkan kuil tersebut ke Sek. 23. Adakah ini kerana desakan dari ADUN hindu yang mahukan kawasan yang lebih baik?

Sekiranya semua pihak menuding jari menyatakan penduduk Sek. 23 tiada sikap toleransi. Adakah penganut hindu boleh bertoleransi dengan bersedia dipindahkan ke Sek. 22 dan bukannya memaksa Kerajaan Negeri Selangor memindahkan kuil mereka ke Sek 23 yang ramai penduduk Islam.

Sikap bertolak ansur dan tolerasi tidak boleh dipaksa keatas umat Islam/Melayu sahaja. Penganut agama atau bangsa lain pun harus bertoleransi. Paksaan keatas satu pihak adalah satu ketidakadilan yang jelas.

YB Khalid selaku wakil PAS terlebih dahulu perlu memikirkan sensitiviti orang Islam sebelum memperjuangkan hak agama lain.

Secara kasarnya kita dapat lihat sifat toleransi umat Islam di Malaysia begitu baik sehinggakan penganut agama lain bebas melakukan amalan keagamaan mereka tanpa ada apa-apa halangan malahan umat Islam yang bekerja sebagai anggota keselamatan turut terlibat memastikan amalan keagamaan mereka berjalan lancar.

Islam memang tidak menghalang penganut agama lain membina rumah ibadat mereka TETAPI sikap bertolak ansur dan toleransi tidak boleh dipaksakan keatas satu pihak semata-mata, semua pihak yang harus memberikan kerjasama.

Takbirrr....
August 31, 2009 1:32 AM
jgn cakap banyak lah wahai khalid gereja. jika sekarang pas pembangkang di selangor dan bn yang nak buat kuil disana, hang lah yang akan jadi kepala demo membantah perkara tersebut.

ptuiii..... menyampah betul dengan syaitan yg bertopeng manusia seperti kau ni.
Anonymous said...
Saya tinggal di seksyen 19 dan pada pendapat saya kuil di situ wajar dipindahkan memandangkan ia terletak betul-betul dihadapan rumah dan keadaan jalan yang sempit di situ memang menyukarkan lagi keadaan. Rumah saya terletak lebih kurang 2 simpang dari kuil tersebut dan jarang sekali saya merasai kewujudan kuil di kawasan tersebut tetapi saya dapat merasakan yang penduduk di sekeliling kuil itu pasti mengharapkan ia dapat segera dipindahkan.

Berkenaan tapak baru di seksyen 23 pada pendapat saya ia berada agak jauh dari rumah yg terdekat dan ini sepatutnya tidak mejadi masalah kepada kita rakyat Malaysia yg hidup berbilang kaum. Cuma ia berada berdekatan dengan jalan besar ke seksyen 25 dan kemungkinan jalan utama untuk masuk ke seksyen 23 satu hari nanti. Diharap pihak yg berkenaan akan menyediakan ruang letak kereta secukupnya agar tidak menganggu lalu lintas di kawasan tersebut di kemudian hari.
Anonymous said...
Tahniah khalid. Perjuangkan lah islam ala PAS hamPAS kau ni.
Dah sah2 kuil tu dibina di tanah haram. Banyak cerita pulak.
Melayu saja kena kompromi, bangsa lain tak payah. Nak buat pembahruan kunun.

POrahhhh cittt kau khalid.


Anonymous said...
Saya bersetuju jugak dengan yang bertanya "kenapa plan asal di seksyen 22 tu tak diteruskan?"

Apakah terdapat penolakan oleh penganut hindu di Shah Alam atau hanya kerana orang hasrat orang politik untuk mengekalkan pengaruh.

Saya rasa kita tak perlu perpanjangkan isu ini. Biarkan orang seksyen 23 tu buat keputusan. Keputusan (yang sah) majoriti mereka kita pertahankan jika ditolak kerajaan negeri.

Selagi belum jelas isu ini saya lebih memilih untuk bediam diri..., takut kurang pulak pahala puasa...., hehe
dino_yps@yahoo.com said...
Untuk pengetahuan En Khalid, org. Hindu bukan suadara kita . Islam menuntut keadilan tetapi bukan bermakna sama rata. Kalau konsep keadilan yang En Khalid pakai itu Islamik, sudah tentu nabi membiarkan patung2 di keliling baitul atiq. Saya rasa En Khalid ni kuat semangat tetapi kena belajar lebih dari org. yang betul2 alim. Saya cadangkan buat kuil kat depan rumah YB.

Anonymous said...
//Islam menuntut keadilan tetapi bukan bermakna sama rata.//
Keadilan tetapi bukan sama rata?Hahahaha..waah,pandainya engkau memutar belit kebenaran Al Quran..

Anonymous said...
Go and ask why the people (Rakyat!) in Seksyen 19 want the Kuil to be relocated. The people of Seksyen 23 does not want the same thing to happen to them. It's that simple.
Anonymous said...
YB Khalid "Gereja",
Sepatut nya penduduk seksyen 23..patut bawa kepala lembu di depan pintu pagar rumah YB. Penjelasan yang dangkal...kenapa tidak berbincang dengan penduduk sebelum membuat keputusan? Jangan jadi mcm lembu dicucuk hidung.
Anonymous said...
Bangang punya komen yang menyokong pembinaan kuil tersebut... Korang semua cakap senang.. Sebab bukannya dekat dengan rumah hangpa.. YB Khalid / YB Rodziah!!!.. Kenapa YB tak rancang pindah rumah berdekatan dengan rumah ibadat agama lain.. YB semua jangan nak mengelat oleh kerana lokasi rumah YB bagus2 belaka... Aku rasa kalau Kuil tu dibina berdekatan dengan rumah YB Khalid.. aku rasa dia la yang pertama sekali berjuang habis-habisan... Demi untuk kesinambungan politik murahan YB semua habis maruah agama dan bangsa di lacurkan..
mae1000 said...

Di Seksyen 25 sudah ada kuil yang besar, siap dengan parkir boleh memuat beratus kereta. Jarak antara tapak kuil sec 23 dengan kuil sec 25 hanya lebihkurang 2 km ! Kuil sec 19 adalah kuil haram. Tidak perlu diganti. Arahkan saja pengunjung kuil supaya ke kuil sec 25. Biar penduduk sec 25 saja yang mengalami masalah bila ada perarakan Hindu, jangan ditambah kepada penduduk muslim sec 23.
Anonymous said...
Salam YB Khalid,

Mohon bertanya, kenapa tidak dibuat pungutan suara dikalangan penduduk sebelum plan asal diubah ke Seksyen 23?
nz said...
Tak kena batang hidung sendiri, boleh le buat teori, buat peta, pandai le cakap. Kalau tok kong tu di buat disebelah rumah YANG BERHORMAT DATO' KHALID BAGAIMANA??Cakap tak serupa macam mana rasa orang yang kena.

Walau pun Malaysia untuk semua, tapi ada batas nya, semak balik kontrak social kita. jangan pandai cakap aje. Elakkan hidung tu di cucuk.
Anonymous said...
YB,
buat malu je la..nak tegakkan benang basah buat apa??

apa faedah??
kami tak bantah kuil YB..tapi kami bantah kenapa YB bengap sangat nak pindahkan kuil tu drp seksyen 22 ke seksyen 23?? lepas tu siap bagi peta lagi..kenapa perlu bagi peta??..itu yang saya musykil nihh..nak tunjuk kepada org yang bukan penduduk shah alam ke?? yang kuil tu amat patut di letakkan di seksyen 23??..

lagi musykil YB kata seksyen 22 tu ada orang tuduh kata kawasan majoriti kaum hindu..lagi lah bengap YB ni..orang shah alam tau la kawasan tu kawasan kilang..

kerajaan dahulu dah bagi tanah kat seksyen 22...yang YB pandai pandai dgn Rodziah sign suratsetuju sapa suruhhhhh........

pokok kalau tak goyang jangan di goyangkan...

sarang tebuan kalau dah duduk situ lama jangan lah nak jolok...

kan dah kena...nak pusing kot mana lagi YB!!..

baik balik johor la...
Zakaria said...
WOI KHALID....
KAMU JANGAN MEMUSINGKAN FAKTA DENGAN MENUNJUKKAN PELBAGAI PETA LAAAA... KAMU MENIPU PADA ORANG TAK TAHU BOLEH LEE!!! KENAPA KAMU TAK PINDAH RUMAH KAMU SEBELAH DENGAN KUIL KE? TOKONG KE? GEREJA KE? KAMU MEMANG PEMUTAR ALAM LAAA... AKU RASA KALU SEBELAH RUMAH KAMU DGN RODZIAH TU BUAT LE KUIL TU.. KAMU BERDUA LAAA YANG PALING KUAT MENYALAK!!!! AKU INGATKAN KAMU SEMUA BOLEH MENGUBAT LUKA YG UMNO BUAT SELAMA INI... RUPA2NYA KAMU SEMUA LAGI LAKHNAT!!!!! KALAU AKU TAHU BEGINI LA SUDAHNYA.. HARAM TANGAN AKU MENGUNDI KAMU BERDUA...!!! LAKHNAT!!!
Mencari Kebenaran said...
Salam,

Saya ambik kesempatan di sini untuk berbicang isu perpindahan kuil Hindu di Shah Alam…

Saya mengamati kes ini…dan saya percaya perpindahan ini dilakukan bukan semata-mata protes dari penduduk seksyen 19 atau 23 tetapi lebih kepada permintaan oleh penganut Hindu itu sendiri…

Ini kerana kuil di seksyen 19 sempit dan terbatas…maknanya tiada harapan untuk diperbesarkan lagi dan merumitkan upacara keagamaan mereka…sebab itulah ada usaha utk mengubahnya ke lokasi syeksen 23 yg strategik berdekatan padang permainan, dewan dan sbgnya…untuk plan masa hadapan…kuil ini bolehlah diperbesarkan lagi utk menampung ‘jemaah’ yg mungkin bertambah ramai suatu hari nanti…

Persoalannya…PAS sering mengaitkan dosa meluluskan lesen arak dan judi walaupun diketahui ianya untuk kegunaan orang bukan Islam…

Saya tertanya apakah hukum meluluskan atau dgn kata lain memberi kemudahan yang lebih baik dlm pembinaan kuil?….dosa arak dan judi lebih berat daripada dosa syirik?

Saya faham orang Islam kena bersikap toleransi….tapi bagi saya ada baiknya perpindahan ini ditangguhkan..biarlah di seksyen 19….kita berdakwah kepada org Islam dan bukan Islam tentang keindahan Islam…tapi kalau beri kemudahan mereka untuk menyembah tokong..sampai bila mereka nk mendekati Islam?

Saya berhujah bukan bermakna saya menyokong tindakan demonstari hingga menggunakan kepala lembu tu…tapi saya sedih kerana orang sekarang ni lebih berpihak kepada parti bukan berpihak kepada kebenaran..sebagai contoh projek 16 September…semua pemimpin pembangkang menghalalkannya…bila di Perak…dikata pula ni kerja lanun……Wallahu’alam…
Zakaria said...
MASYARAKAT MALAYSIA:
1- DEMOKRASI SEPERTI NEGARA TERMAJU
MINDA SEPERTI DUNIA KE 3
2- MELAYU SELALU MENGAMALKAN BUDAYA TOLAK ANSUR... TAK LAMA LAGI MELAYU KENA TOLAK BERANSUR-ANSUR...
azmie sek 17 said...
salam yb
Saya nak tegaskan..org melayu bukan racist..mmpunyai hati yg baik thadap kaum lain dan mmpunyai hasad dengki thadap kaum sendiri.. itulah peranan yb spatutnya bgaimana utk mgurangkan hasad dengki antara bangsa melayu ..bukannya mghina bangsa sendiri,yb kena sedar skrg yb jadi pmimpin kami smua harus dipimpin,pmimpin bn yg dulu juga perlu dipimpin...apabila org mconteng khalid/rodziah pgkhianat bangsa yb kata tidak paham undang2 dan suruh parti yg memusuhi yb mmadamkanya tp bila banner hmpir satu shah alam digantung 'untuk keadilan beng hock'mendahului undang2 tak pe pulak...pusing la sy yb

kpd en sirin..mgkin anda tidak pernah berada didlam organisasi yang bangsa lain adalah bos/owner..sy mmpunyai pgalaman tentang itu..
Berapa ramai yn betul2 ikhlas thadap bangsa melayu..mgkin ada tp boleh dikira dgn jari..saya nasihat anda cuba bykn bergaul dgn org yg tak sehaluan dgn anda untuk anda nilaikan...

yb,buat pbandingan antara keadilan kehidupan dimsia n di indonesia,disini sy ingin bkongsi pgalaman hidup tp mgkin yb lebih bnyak pgalaman:di indonesia bilangan rakyatnya hampir 20% bbangsa/keturunan cina n kurang dpd 10% lain2 ktrunan dan selebihnya kturunan jawa/melayu,selama saya menjelajah di sana satu org kturunan cina saya tak jumpa yg meminta sedakah tepi jln,jadi driver lori,mmungut sampah,jual paper lama n keje2 yng dianggap rendah martabatnya..ttpi di msia smua kaum ada mmbuat keje2 yang saya sebutkan diatas...adakahan dasar kita yg selama ini adil?

Dari segi agama mreka bebas utk kahwin walaupun tidak btukar agama,wpun ada diantara yg sanggup kartus pgenalan dirinya ditukar keagama lain utk mluluskan pmohonan kahwin,pengunaan nama allah di gereja dan pbincangan didlam tv,pada mula sgt mgelirukan ttpi apb diamati dgn teliti ianya perbincangan antara mubaligh kristian..kalau la ada anak muda muslim yg pegangan islam tidak kuat apa akan terjadi sya pun tak tau...

Jadi yb,sekali lagi sy tekan kan adakah mreka ini ikhlas terhadap bangsa melayu beragama islam ini..dgn persepsi dunia thadap islam skrg adakah imej islam mjadi fobia kpd mreka..hanya allah shj yang tahu..selagi kita brada didunia ini kita cubalah mdptkan kuasa utk kesenangan smua bangsa..bangsa melayu mesti di utamakan dan bangsa lain jgn dizalimi,

yb,apa salahnya berkopromi dgn bangsa sendiri dan ubah apa yang spatutnya di ubah..jgn letakan pendekatan menolak..

yb,sy dan kawan2 berbangsa melayu sgt kesal dgn tingkah laku yb..harap2 yb menang pru13 nanti..
September 6, 2009 8:28 PM
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan Blog YB Khalid Samad

Tuesday, August 18, 2009

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke BatuCaves dengan begitu gah ceria, 1 Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka puak-puak bantah juga”.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Posting terdahulu yang berkaitan:

Persoalan Kuil Sek 19 & Tindakan Pewaris (10 Januari 2009)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan blog YB Khalid Samad.

Wednesday, August 19, 2009

Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23

Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

[Update 21/8/09 Peta Seksyen 23 Shah Alam, ihsananak_perelih]


Ada beberapa point yang perlu saya respon dan jelaskan di sini seperti berikut:-

1. Public Hearing / Pertemuan dengan penduduk
Seperti yang dijelaskan, pertemuan dengan penduduk akan diadakan. Status isu ini buat masa ini masih merupakan cadangan. Namun cadangan ini merupakan cadangan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk dikemukakan. Ini adalah seperti yang saya jelaskan kepada penduduk di Surau Seksyen 23 beberapa bulan dahulu. Ya, saya pernah berjumpa dengan mereka. Pada masa itu cadangan lokasi baru hendak disampaikan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Saya telah nyatakan bahawa sekiranya ianya diluluskan, maka saya akan bertemu dengan penduduk untuk mendapat pandangan dan feedback. Sekiranya tidak diluluskan, nak bincang buat apa?

Dulu pernah diluluskan cadangan di kawasan lain di Seksyen 23 juga, tengah-tengah kawasan Industri. Selepas itu diadakan pertemuan dengan pengilang-pengilang. Atas faktor keselamatan, disebabkan lalu lalang container dan fork-lift yang beroperasi tak tentu waktu. Dikhuatiri nanti ada pula wanita dan kanak-kanak yang akan kesitu, maka cadangan itu dibatalkan.

Ada yang bertanya “Bukankah untuk menukar tanah industri kepada tanah komersial memerlukan public hearing”?

Sebenarnya kalau “dari sudut undang-undang, public hearing tidak perlu”. Itu undang-undang sekarang yang sedia wujud dan ianya belum lagi ditukar. Namun, amalan Kerajaan PR ialah amalan mendengar pandangan rakyat. Oleh itu, seperti yang disebut, public hearing tetap akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23. InsyaAllah selepas Permatang Pasir saya akan turun bersama YB Roziah. Tiada apa-apa kerja yang telah dimulakan, berhubung pembinaan kuil ini, maka tak perlu disegerakan sangat. Hanya dihangatkan oleh golongan tertentu sehingga turunnya Noh Omar. Kenapa dia tak turun ke Sek 19 dulu?

Sambil kami mendengar pandangan dan pendapat penduduk Seksyen 23, kami harap mereka juga akan mendengar penjelasan kami. Biarlah 2-way dan kedua-dua pihak datang dengan pemikiran yang terbuka. Ada yang berkata “apa guna pertemuan, kerajaan tidak mahu dengar pandangan kami!” Begitulah juga sebaliknya. Oleh itu sama-sama bersikap terbuka dan dengar hujah dan penerangan masing-masing. Pada masa yang sama, kita sama-sama mencari penyelesaian yang terbaik.

2. Kawasan majoriti Hindu
Ada pula yang bijak pandai berkata “Majoriti penduduk di seksyen 19 dan 23 adalah Islam. Kuil tak sepatutnya berada dikawasan tersebut. Pindahkan saja ke kawasan penduduk majoriti Hindu di kawasan lain”.

Hakikatnya tiada kawasan di Shah Alam yang mana masyarakat Hindu majoriti. Oleh itu, kuil ini akan memenuhi keperluan untuk Seksyen 19, 20 dan 23. Keseluruhannya saya dimaklumkan melebihi 1,000 penganut Hindu. Ada yang kata dah banyak kuil di Seksyen 19, 20 dan 23. Mereka berbohong. Hanya ada satu sahaja dan ianya di Seksyen 19. Dan kuil inilah yang ingindipindahkan. Dasarkerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’.

Ada juga yang menyatakan ada kuil hanya 1 km dari Seksyen 23, iaitu di Sri Muda. Kuil Sri Muda terletak 3 km dari lokasi berkenaan. Bukan 1 km, harap maaf ya.

Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.

Cadangan tapak di Seksyen 23 terhasil bukan kerana ikut cakap ataupun telunjuk sesiapa, hanya kami semua berusaha mencari penyelesaian yang wajar untuk semua pihak.

Adakah sekiranya mereka minoriti, maka bererti mereka tidak ada hak untuk beramal dengan agama mereka? Tidak boleh adakan kuil? Dasar sebegini adalah tidak wajar. Cubalah merantau sedikit dan tinjau di negara-negara yang orang Islamnya adalah minoriti. Sebaliknya, kaedah satu kuil untuk beberapa ratus orang penganut seperti yang dicadangkan adalah lebih wajar. Inilah yang sedang diusahakan.

Ada yang bertanya “Apakah YB sendiri ingin mendera, menyeksa ataupun menderhaka pula kepada penduduk seksyen 23?” Hakikatnya, kalau dicadangkan letak depan rumah macam di Seksyen 19, bolehlah dituduh mendera, menyeksa ataupun derhaka. Itu yang UMNO buat selama ini. Tetapi yang dicadangkan adalah 200 meter dari rumah dan 200 meter juga dari Surau.

Di seksyen 16, kuil Hindu hanya 200 meter dari Masjid Jami' Tun Raja Uda. 50 meter sahaja rasanya dari Flat yang majoritinya orang Melayu. Pada masa itu tiada pula ‘hero Melayu’ datang membantah. Maklumlah, BN punya kerja. Pada masa itu lain cakapnya. Kami sebagai pembangkang dulu pun tidak membantah. Kerana kami faham, masyarakat Hindu pun ada hak untuk mengamalkan agama mereka. Inilah yang dikatakan pembangkang yang bertanggung jawab. Bukan macam sekarang. Nak perhangat tanpa memikirkan penyelesaian bagi ummat Islam di Seksyen 19 dan keperluan masyarakat Hindu secara menyeluruh.

3. Masalah pembinaan kuil di merata tempat
Masalah yang disebut berhubung pembinaan kuil secara ‛pacak sahaja’ memang diatasi dengan adanya garis panduan yang jelas. Berdasarkan garis panduan inilah kuil yang sedia ada ingin dipindahkan. Ianya bukan kuil baru dan ianya bukan melalui dasar ‛pacak sahaja’. Satu kuil ini adalah untuk kegunaan penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23 yang dimaklumkan jumlahnya melebihi 1,000 orang.

Ada pula yang berkata “Kebelakangan ini kita dapat melihat pelanggaran-pelanggaran undang-undang yang telah wujud dan didapati sesuai dengan semua rakyat berhubung dengan pembinaan Masjid, Surau serta rumah-rumah ibadat yang lain”.

Hmmm, mungkin yang menulis ini lupa Seksyen 19 kut? Oleh kerana tiada garis panduan yang jelas pada zaman dulu (BN) maka suasana ini terhasil. Harap ingat, kita nak selesaikan masalah yang sedia wujud. Begitu juga dengan beberapa kuil yang lain yang menanti penyelesaian.

4. Masalah sosial masyarakat India
Ada yang timbulkan isu masalah sosial dan jenayah yang membabitkan masyarakat India. Kata mereka, “Kami peniaga dan dalam satu tahun ditimpa kes rompakan berparang. Cara mereka masuk, terus serang dan tetak. Selama 10 tahun, kaum ini lah yang membuat kawasan kami tidak aman”.

Persoalannya, sekiranya benar sekalipun, bagaimana mahu selesaikan masalah ini kalau tidak melalui mengukuhkan aspek moral dan keagamaan mereka? Kerajaan PR memilih pendekatan bersepadu, sambil ditingkatkan kemudahan persekolahan mereka (di mana bantuan tidak disonglap MIC), dibantu aspek ekonomi mereka dan sambil itu juga aspek sosial mereka, persoalan moral dan keagamaan (kuil) tidak dinafikan. Barulah wajar untuk diharapkan perubahan.

Kalau pendekatan sebaliknya diusahakan, seperti amalan BN selama ini yang membuncitkan golongan tertentu sahaja, adakah akan berlaku perubahan?

5. Teguran terhadap diri saya dll.
Ada yang komen, “satu lagi, selama 25 tahun duduk di shah alam ini saya belum ada dengar cerita org bantah nak buat kuliyyah..so, kenyataan YB tu saya sanggah lah..kalau setakat hearsay tu YB..buang je lah berita tu..tapi kalau tempat lain selain drp Shah ALam yg aman damai ni YB..saya tak tahu lah...”.

Eh, tuan tak dengar ke? Bukan sekadar kuliyyah dibantah, SURAU DI KUNCI oleh puak-puak tu! Surau Seksyen 8 dikunci, selama 9 bulan bermula 3 hari sebelum bulan puasa tahun 2007. Para penceramah disenarai hitamkan, termasuklah Dato’ Dr. Haron Din.

Ada juga yang sebut “tapi saya rasa YB lebih hebat lagi sebab membenarkan kalimah ALLAH digunakan utk penganut kristian. Jangan lah YB salahkan UMNO pulak sebab penganut kristian guna kalimah ALLAH..”

Apa nak buat tuan, bukannya saya sendiri yang reka, Al-Quran sendiri sebut “Dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kami ini anak Allah dan kekasihNya..” (Al-Maaidah 18). Yang jelas menunjukkan nama Allah digunakan oleh orang kristian. Harap bacalah penerangan saya dalam artikel yang bertajuk Ismu Allah.

Akhirnya, komen seorang lagi pengunjung, “sementara kita ada kuasa ni..bantulah org melayu..shah alam bandar melayu..kerana gaji yang seciput tu..janganlah kita hina agama kita..haram kita makan gaji yang tak halal...darah daging kita pun haram..juga daging anak2 kita...satu peringatan jangan sampai Allah butakan mata hati kita..tak sempat bertaubat nanti...tapi nampaknya perbuatan kamu lebih kepada menghina agama kau sendiri”.

Inilah sedih bila kita baca. Bukan kerana teguran keatas diri saya ini. Tetapi, sedih kerana apabila kita ingin zahirkan keadilan Islam yang membela semua manusia, kita dibelenggu oleh kefahaman Islam tajaan UMNO selama ini. Islam adalah Melayu. Perjuangan Islam adalah perjuang untuk orang Melayu. Sampai bila kita akan terperangkap dengan fahaman yang sebegini. Adakah dengan membantu kaum lain yang beragama lain maka kita menghina Islam? Bukankah Islam itu menuntut keadilan. Bukankah adil itu lebih hampir kepada keTaqwaan? Mungkin inilah sebabnya mengapa selama ini Islam tidak menawan hati manusia lain di Malaysia ini. Kita hendak Islam untuk Melayu sahaja dan tidak mahu menzahirkan keadilan Islam itu sendiri.

Zahirkan keadilan Islam! Yang lemah dibela, samada Muslim dan bukan Muslim. Hak dipenuhi, Muslim dan bukan Muslim. Mengajak, mempelawa dan menarik bukan melawan dan menentang memanjang. InsyaAllah manusia lain akan tertarik. Kalau tak bersama Islam sekalipun, sekurang-kurangnya tidak menentang Islam.

Satu hari kelak, insyaAllah saya akan ceritakan pula kisah Saidina Umar Al Khattab semasa di Palestine. 

WaLlahu ‘Alam

KHALID SAMAD