Thursday 6 January 2011

Mendalami kemelut Seksyen 19 - Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah




(Petikan berita daripada Metro Online)


Mendalami kemelut Seksyen 19

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

2010/10/10


JUDUL dipilih cukup mengusik hati untuk mengetahui lebih mendalam kisah dipaparkan. Melihat posternya menampilkan orang lidi dengan latar belakang hitam pekat serta jalinan ceritanya, ternyata filem pendek itu mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri.


Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah’ garapan wartawan Online New Straits Times (NST), Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Sheridan Mahavera Shakir, iaitu wartawan NST dan kini memilih menjadi penulis bebas, menyelongkar kisah sebenar di sebalik protes cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam yang menjadi pertikaian dan perpecahan dalam masyarakat.


Meninjau kemelut yang melanda, Nurbaiyah dan Sheridan bertemu banyak pihak untuk mendapatkan penjelasan. Antara yang ditemubual ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; penduduk Seksyen 23 dan Seksyen 19, Shah Alam; persatuan kuil dan penganut Hindu di kuil terbabit.

Menurut Nurbaiyah, menulis berita dan membikin filem pada asasnya adalah sama iaitu menghasilkan satu cerita, cuma medium berbeza.

Biarpun memiliki latar belakang dalam penulisan teater, cereka, televisyen dan radio, Nurbaiyah yang sebelum ini pernah menulis skrip telemovie dan drama TV tidak pernah mengarah filem. ‘Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah’ dengan durasi 28 minit itu adalah karya sulungnya.


Katanya, filem itu menerangkan situasi dihadapi penduduk Seksyen 19 yang terpaksa berdepan masalah selama 20 tahun tetapi masih mampu bersabar. Kuil yang dibina 100 tahun lalu dicadang dialihkan ke tempat lain kerana ia tidak lagi sesuai di situ berikutan timbul masalah parkir, manakala acara keagamaan di kuil itu berlarutan hingga malam.


“Dalam tempoh 20 tahun, penganut dan persatuan kuil itu setuju jika rumah ibadat dipindahkan kerana ia tidak lagi sesuai di situ.

“Beberapa permohonan untuk memindahkan kuil dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi proses berkenaan tidak berlaku.



“Dokumentari ini membentangkan mengenai perbezaan atau cara masyarakat berdepan masalah. Keadaan menjadi kecoh sehingga penunjuk perasaan yang terbabit dalam insiden itu memijak kepala lembu di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Ada sesi dialog antara kerajaan negeri dengan penduduk Seksyen 23, tapi medan yang sepatutnya menjadi tempat perbincangan bertukar huru hara. Nampak jelas perpecahan masyarakat.


“Pada mata awam, penduduk memprotes pemindahan kuil dan terjadi kekecohan, tapi peristiwa sebenar orang awam tidak tahu. Jadi filem ini mendalami isu sebenar di sebalik pemindahan kuil,” katanya.


“Filem bebas ini mencakupi pelbagai segi iaitu aspek kejuruteraan sosial dan kependudukan. Shah Alam sebuah bandar baru dan terancang yang asalnya daripada ladang. Sayangnya banyak perkara tidak diambil kira ketika pembangunannya.


“Filem bebas ini mencakupi pelbagai segi iaitu aspek kejuruteraan sosial dan kependudukan. Shah Alam sebuah bandar baru dan terancang yang asalnya daripada ladang. Sayangnya banyak perkara tidak diambil kira ketika pembangunannya.

“Ia berpunca daripada kepincangan perancangan dan ketandusan dasar apabila perubahan dalam masyarakat tidak diambil kira. Perancangan dibuat hanya melihat untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, tetapi tidak memikirkan tempoh lebih jauh ke depan,” katanya.


Menurutnya, mereka bersama memikirkan tajuk sesuai bagi filem itu dan dalam keadaan terdesak mencari tajuk, akhirnya timbul idea memilih perkataan menarik kira-kira 20 minit sebelum berbuka puasa.

“Kami berjaya merakam situasi sebenar di Seksyen 19 selain babak menarik seperti di bazar Ramadan dan orang menunaikan solat Tarawih,” katanya.




Pembuat filem bebas itu berkata, latar belakang sebagai wartawan banyak membantu mereka dalam menghasilkan filem indie itu.

“Sebagai wartawan, kami sudah biasa tebalkan muka berjumpa orang. Kami redah Shah Alam dan bertanya orang awam sama ada mereka pernah mendengar mengenai kejadian itu.




“Kami menemubual ramai penduduk untuk mendapatkan maklumat lebih jelas. Ada juga orang yang kita jumpa tidak mahu ditemubual.

“Bagaimanapun, kami terima dengan hati terbuka dan tidak terasa hati kerana itu menjadi sebahagian daripada tugas kami sebagai wartawan.


“Ada individu membatalkan temujanji untuk diwawancara di saat akhir. Alhamdulillah, ada hikmahnya kerana kami dapat menemubual orang lebih baik dan lebih ikhlas. Ada juga yang minta duit untuk penampilan dalam filem itu,” katanya.

Nurbaiyah berkata, ada individu yang bercakap lancar apabila ditemubual tetapi menjadi kaku sebaik berada di depan kamera, menyebabkan hasil penggambaran kurang menarik.


“Skil sebagai wartawan sangat membantu dalam penggambaran ini iaitu cara mengambil hati orang, membuat orang itu selesa bercakap dengan kita dan tidak nampak gementar ketika penggambaran dibuat.

“Kami memang mengharap filem itu menang, tetapi tidak menjangka akan menang,” katanya.

Filem itu akan ditayangkan pada jam 8 malam, 16 Oktober ini di Auditorium Menara PKNS, Petaling Jaya manakala di Johor Bahru pada 23 Oktober, Miri (31 Oktober), Pulau Pinang (13 November) dan Singapura (14 November).
_____________________________________________________________________________

Gambar-gambar Petikan dari filem "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah:

Gambar Julai 2010 - Pada tahun 1987 pihak PKNS berjanji kepada penduduk kuil itu akan dipindahkan. Pada tahun 1988 penduduk yang berpindah kesini melihat kuil kecil dan usang masih ada disitu. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan lain bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil itu. Kuil dibuat ubahsuai sebelum keramaian diadakan. Pada tahun 1988 kuil itu ada satu bilik sahaja, kini bilik kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik. Pelbagai pihak mendakwa kuil itu sudah berusia 100 tahun.

Logikkah kuil itu sudah didaftrkan pada tahun 1903? Benarkah kuil itu berusia 107 tahun? Sudah ujudkah Pejabat Pendaftar Pertubuhan ketika itu? Pada awal tahun 2006 penduduk tempatan menerima maklumat daripada rakan yang bertugas di Pejabat Pendaftar Pertubuhan memberitahu pihak kuil itu ada menghantar permohonan untuk daftarkan kuil tetapi masih belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada MBSA.

Papan tanda " Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa" dipasang pada Ogos 2006. Semasa pembesaran kuil dibuat pada tahun 2006 pihak kuil mahu jalan masuk kekuil dibuat dari arah hadapan kuil. Penduduk Jalan 19/28 membantah dan tidak membenarkan mereka mengambil kawasan itu. Pokok-pokok ditanam untuk mengelakkan kawasan itu dijadikan jalan masuk kekuil.

Sebelum tahun 2009 pemuda India yang menjadi penjaga kuil itu datang dari Seksyen 20. Kuil dibuka selepas jam 8.30 pagi. Pada hari diadakan keramaian dan upacara baru nampak ada sami datang kekuil itu. Tetapi selepas March tahun 2009 seorang sami pindah kekuil itu. Sejak itu kuil dibuka awal pada jam 6.30 pagi setiap hari. Loceng kuil berbunyi lama diikuti bacaan mentera pada awal pagi dan menjelang malam.

Gambar kuil kecil yang dibuat di tepi jalan raya pada tahun 2006. Kawasan sekeliling pokok besar di simen semasa pembesaran kuil dibuat ketika itu. Pada tahun 1988 pokok itu masih kecil lagi.


Gambar keramaian kuil pada malam 14/08/2010


Gelanggang dibina oleh pihak NGO pada 10/01/2009. Didalam kawasan gelanggang sering dibaling botol arak. Papan tanda "Tapak Gelanggang Pewaris" telah dirosakkan pada Februari 2010.

______________________________________________________________________________

Ulasan Penduduk mengenai Filem "Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah"



Seramai 17 orang penduduk dari Seksyen 19 hadir pada malam tayangan 3 filem yang telah memenangi award pada malam Sabtu 16/10/2010 bertempat diMenara PKNS Petaling Jaya. Penduduk mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pengarah filem yang sudi menjemput penduduk hadir menyaksikan filem dokumentari itu. Mereka membuat penggambaran sekitar kawasan perumahan, kuil dan gelanggang yang dibina oleh pihak NGO pada Januari 2009. Pintu gelanggang disembur cat hitam oleh kumpulan 303, dinding gelanggang disembur cat merah ditulis perkataan yang diberitahu maknanya mencarut, papan tanda jalan dan atas jalan raya juga diconteng 303. Pada malam 14/08/2010 pengarah filem telah merakam suasana keramaian dikuil, persekitaran kawasan perumahan yang sesak kerana pengunjung dari kawasan luar datang dengan pelbagai jenis kenderaan, pemuda India memecut motorsikal dan berlonggok dikawasan sekitar. Pengarah filem juga telah mendengar bunyi gendang yang mengganggu ketenteraman penduduk.

Penduduk ditemubual untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dihadapi sejak kawasan ini dibuka pada tahun 1988. Pada masa itu kuil digunakan oleh penduduk setinggan dekat jalan kereta api. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan perumahan baru dibuka di Seksyen 20 datang beramai-ramai kekuil di Seksyen 19. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil itu. Kuil diubahsuai sedikit demi sedikit sebelum keramaian besar diadakan. Penduduk berhadapan dengan pelbagai masalah dan gangguan bising dari kuil itu. Aduan dan bantahan penduduk kepada pihak berkuasa dibuat berterusan tetapi tidak ada tindakan serius untuk mengatasi masalah penduduk. Pada tahun 2003 kuil diarahkan berpindah keSeksyen 18 tetapi mereka tidak pindah atas pelbagai alasan. Selepas itu bekalan elekterik dimasukkan kekuil itu. Pasti ada sebabnya, mereka mahu kuil kekal di Seksyen 19.





Persatuan penduduk menghantar surat aduan masalah gangguan kuil kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006. Salinan surat dihantar kepada bekas MB, AP, Adun, Datuk Bandar, PKNS dan MBSA. Ketika itu pembesaran kuil dibuat besaran selepas bekalan air dimasukkan pada Jun 2006. Selepas aduan, 2 papan tanda "Tanah milik PKNS - Penceroboh Akan Didakwa" dipasang dikawasan kuil. Realitinya kawasan itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah di dakwa. Pada tahun 2006 kuil besar sudah ada 3 bilik dan ada kuil kecil dibuat ditepi jalan raya. Pada 27/07/2007 aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Pada masa itu kuil sudah dibesarkan menjadi 5 bilik sebelum keramaian besar Julai 2007. Maklumbalas diterima daripada kedua-dua jabatan untuk menyiasat aduan penduduk. Pada 29/12/2007 Pihak MBSA maklumkan kuil itu akan dipindahkan ke Seksyen 22.

Selepas April 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Bendera PKR dan PAS dipasang pada papan notis larangan ceroboh tanah PKNS. Pemuda kuil beritahu penduduk kedua-dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah sebab itu mereka gantung bendera disitu. Gangguan bising semakin teruk dan ubahsuai dibuat lagi dikawasan kuil. Masalah semakin gawat dari bulan Julai hingga Disember 2008 kerana gangguan bising sudah keterlaluan, keramaian bergendang semakin kerap dan sudah melepasi waktu tengah malam, belakang rumah penduduk di conteng besar dengan nombor 303, gangguan bising kumpulan pemuda yang minum dan mabuk dihujung Jalan Ladung, dan ada yang sudah berani membuat ugutan kepada penduduk. Aduan dan bantahan sudah dibuat kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan mengatasi masalah penduduk.




Penduduk terpaksa mohon bantuan pihak NGO Islam pada bulan Disember 2008 ketika keadaan semakin kronik. Pertubuhan NGO Islam memberi jawapan dalam masa dua minggu sahaja untuk membantu mengatasi masalah penduduk. Mereka yakin penduduk menghadapi keadaan yang sukar dan memerlukan bantuan mereka. Pada awal Januari 2009 memorandum bantahan dihantar oleh pertubuhan NGO kepada pihak berkuasa minta kuil itu segera dipindahkan. Tindakan drastik oleh pihak NGO yang mendirikan gelanggang bersebelahan kuil itu pada 10/01/2009 telah berjaya mengurangkan sebahagian masalah gangguan yang dihadapi oleh penduduk bertahun-tahun lamanya. Gangguan bising telah berkurangan selama 7 bulan. Tetapi pada Ogos 2009 keramaian bising bergendang hingga tengah malam diadakan semula dikuil itu. Penduduk mengadakan sidang media bersama NGO mendesak kuil dipindahkan ketapak lain.

Filem dokumentari Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah lebih menumpukan kepada demo bantahan penduduk Seksyen 23 dan tindakan mahkamah yang dikenakan keatas mereka. Demo kepala lembu amat sensitif kepada penganut Hindu dan menjadi isu negara. Bagaimana pula sensitiviti penduduk Islam di Seksyen 19?. Pengunjung kuil tidak pernah ambil peduli sensitiviti penduduk Islam yang tinggal disekitar kawasan kuil. Banyak peristiwa yang berlaku telah mencabar kesabaran dan mengguris hati penduduk Islam. Kesabaran penduduk sudah sampai ketahap maksima. Pada malam Sabtu 14/08/2010 semasa keramaian kuil diadakan walaupun ada kedengaran bunyi gendang dalam filem itu tetapi bunyinya telah diperlahankan. Suasana pada ketika itu amat bising mengganggu ketenteraman penduduk Islam pada malam bulan Ramadhan. Tidak ada ulasan oleh pengarah filem kenapa pihak yang menceroboh tanah milik PKNS tetapi tidak didakwa walaupun ada 2 papan tanda notis larangan menceroboh tanah milik PKNS dipasang di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Namun begitu penjelasan mengenai bantahan penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam akibat gangguan aktiviti kuil yang mengganggu ketenteraman awam yang selama ini tidak diketahui umum sudah dapat diketengahkan dan dijelaskan melalui filem dokumentari tersebut.


Benarkah kuil itu sudah didaftarkan 100 tahun yang lalu? Sudah adakah pejabat Pendaftar Pertubuhan ketika itu? Pihak kuil membuat pelbagai ulasan menyalahkan pihak lain dalam filem itu. Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang terletak dikawasan semak dan terbiar. Tidak ada bekalan air dan elektrik dikuil ketika itu. Bila malam gelap, bila hujan lebat kawasan itu banjir. Logikkah kuil kecil dan usang yang membesar depan mata penduduk tempatan tanpa pelan dan permit PBT itu sudah didaftarkan 100 tahun yang lalu? Mungkin hanya satu sahaja bilik dikuil itu yang sudah berusia 100 tahun. Bagaimana pula sambungan haram yang dibuat selepas tahun 2000?. Kenapa semakin banyak penduduk buat bantahan kuil semakin membesar? Pada tahun 2009 kuil dilaporkan berusia 150 tahun, tetapi selepas itu usia kuil turun 106 tahun.



Isu kuil merupakan masalah sensitif menurut ulasan yang diberikan oleh YB DSKT dalam filem itu. YB Khalid Samad AP Shah Alam berkata isu kuil perlu ditangani oleh pentadbir sebaiknya. Jika benar, kenapa tidak ada tindakan segera selepas begitu banyak aduan dan bantahan dibuat kepada pihak berkuasa? Penduduk terima maklumat, pihak kuil mendapat sokongan padu daripada kaum dan pemimpin mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Kenapa perkara yang sama tidak berlaku kepada pemimpin Islam? Sikap pemimpin Islam sendiri yang amat bertoleransi kepada pihak kuil, sebab itu mereka terus dapat bertahan ditapak itu. Jika penduduk Islam terus bersabar menghadapi pelbagai gangguan tanpa sebarang bantahan, masalah akan berterusan, kuil pula akan terus diaktif, dibesarkan dan akan kekal ditapak itu.




Pada awal tahun 2006 pihak kuil menjadi semakin aktif. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kuil itu. Pihak Masjid Ubudiah telah mengumpul tanda tangan ramai penduduk Islam Seksyen 19 dan petisyen bantahan dihantar kepada bekas MB. Bila penduduk buat aduan penguat kuasa MBSA meronda kawasan, ubahsuai diberhentikan, tetapi selepas penguat kuasa beredar, kerja ubahsuai disambung lagi. Jadi aduan terpaksa dibuat berterusan kepada pelbagai pihak. Kedudukan kuil yang diperbesarkan sudah menghampiri kediaman penduduk Islam dipisahkan dengan jalan raya sahaja. Aktiviti kuil biasanya bising sering mengganggu ketenteraman penduduk setiap hari dan bertambah bising dan sesak bila diadakan keramaian. Pada 02/08/2006 persatuan penduduk pula telah mengumpul tanda tangan penduduk, petisyen bantahan dihantar lagi kepada bekas MB. Selepas itu pada Oktober 2006 seramai 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah Seksyen 19 membuat perjumpaan dengan bekas MB Selangor YB DSKT di bangunan SUK dengan harapan masalah kuil diberi perhatian serius. Penduduk kecewa kerana selepas perjumpaan dengan beliau, tidak ada tindakan tegas untuk mengatasi masalah penduduk Islam. Dalam filem itu beliau mengakui kesilapan perancangan yang berlaku di masa lalu. Beliau menyedari kini kenapa perlu ada kuil dikawasan yang tidak ramai penganut agama Hindu.



Penduduk Seksyen 19 juga sudah berjumpa YB Ahli Parlimen Shah Alam pada Ogos 2008 sebanyak 2 kali selepas keramaian kuil yang paling bising pada Julai 2008, mereka buat perarakan bergendang di Jalan Ladung 19/28 pada waktu tengah malam dan ada ugutan bunuh dibuat kepada penduduk. Selepas perjumpaan itu tidak ada langsung tindakan untuk mengatasi masalah penduduk Islam, malah pelbagai gangguan yang dihadapi penduduk bertambah teruk selepas itu. Penduduk merayu bantuan NGO ketika gangguan kuil semakin gawat pada Disember 2008. Kedatangan NGO ke Seksyen 19 tidak disenangi oleh YB AP. Beliau turun padang pada 08/01/2009 bertegang leher dengan pemimpin NGO depan mata penduduk, penguat kuasa MBSA dan AJK kuil. Selepas itu beliau menulis mengenai Persolan Kuil di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris dalam blog beliau. Surat tersebar dalam banyak blog dan pelbagai komen dibuat pembaca kepada penduduk dan NGO. Pelbagai tuduhan beliau buat kepada pihak NGO yang membantu penduduk Seksyen 19 pada awal Januari 2009. Persoalannya kenapa pihak luar yang prihatin dan segera membantu penduduk Islam dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil? Kenapa pihak NGO Islam pula yang dipersalahkan?. Salahkah penduduk mohon bantuan mereka selepas banyak aduan dan bantahan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan? Kenapa YB bersikap double standard kepada penduduk Islam? Penduduk terpaksa berhadapan dengan risiko kerana ada pengunjung kuil sudah berani membuat pelbagai ugutan kepada penduduk tempatan. Kenapa pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam pula yang dibela? Kenapa mereka dibiarkan berleluasa mengganggu ketenteraman dikawasan majoriti penduduk Islam? Adakah penduduk terpaksa menunggu keadaan menjadi kritikal baru hendak beri bantuan? Kenapa pemimpin Islam menunggu sehingga minyak tumpah baru hendak ambil tindakan?

Penduduk bersyukur kerana ada pihak luar yang peka dan prihatin untuk mendalami kemelut yang di hadapi oleh penduduk Islam Seksyen 19 yang berlarutan selama 22 tahun. Penduduk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua pengarah filem yang sudi meluangkan masa bersama-sama penduduk Islam Seksyen 19 berkongsi cerita tentang "Kemelut di Seksyen 19" yang telah menjadi Isu Negara.

Ulasan oleh YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam.


Ulasan oleh YB Datuk Sri Khir Toyo bekas MB Selangor




Wednesday 5 January 2011

Keramaian Bergendang dalam bulan Ramadhan pada 11/08/2010 - 15/08/ 2010



Kain rentang dipasang di jalan masuk kekuil di Seksyen 19 Shah Alam untuk keramaian kuil yang diadakan pada 11/08/2010 hingga 15/08/2010. Dua batang pokok pisang diikat pada tiang elektrik dan pokok besar ditepi jalan. YB Adun Batu Tiga Puan Rodziah Ismail memberitahu penduduk tempatan yang membuat aduan mengenai gangguan bising kuil itu memberitahu upacara itu diadakan untuk kali terakhir sebelum kuil dipindahkan ke tapak baru di Seksyen 23 pada September 2010. Gambar Tuhan Merah dipasang dihadapan papan tanda notis larangan menceroboh Tanah Milik PKNS. Gangguan bising keterlaluan yang berlaku dalam bulan Ramadhan mengganggu ketenteraman awam dan mengguris perasaan penduduk Islam yang tinggal disekitar kawasan itu. Gangguan amat bising berlaku pada malam Jumaat 13/08/2010. Pada hari Sabtu 14/08/2010 gangguan bising berlaku pada awal pagi hingga jam 3 petang. kemudian disambung lagi pada jam 6.30 petang hingga jam 11 malam. Sampah-sampah kelihatan ditinggalkan ditepi jalan disitu selepas keramaian selesai. Semua penduduk Islam yang tinggal berhampiran kawasan kuil berharap kuil di pindahkan seperti dijanjikan oleh Wakil Rakyat Shah Alam.


Kronologi Aduan, Info dan Cabaran dihadapi penduduk mulai tahun 1987 - Januari 2011


Masalah Kuil Seksyen 19 Shah Alam:

Peta Seksyen 19 Tahun 1987
Tapak asal kuil

Tahun 1987 - Penduduk yang terbeli rumah dikawasan ini tidak mengetahui ada kuil lama berhampiran rumah yang dipilih. Dalam peta yang diberikan oleh pihak PKNS tidak ada tanda kuil disitu. Penduduk hanya mengetahui selepas perjanjian jual beli dibuat. Kenapa pihak PKNS tidak berterus terang kepada penduduk? Penduduk Islam tidak akan membeli rumah dikawasan ini jika dari awal tahu ada kuil bermasalah disitu. Aduan penduduk telah dijawab oleh pihak PKNS kuil akan dipindahkan kerana rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit akan didirikan ditapak itu.


Tahun 1988 - Penduduk mula berpindah kekawasan perumahan ini pada awal tahun 1988. Pada masa itu ada sebuah kuil kecil dan usang dikawasan rendah yang terbiar. Tidak ada bekalan air dan elektrik disitu. Selepas hujan lebat kawasan kuil yang rendah itu akan banjir. Maklumat yang diterima oleh penduduk, kuil lama yang asal sudah dirobohkan semasa kawasan perumahan disini dibangunkan. Hanya bilik kecil yang ada kubah diatasnya yang masih ditinggalkan disitu. Tapak kuil yang baru sudah diperuntukkan di Seksyen 15. Pada masa itu Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan dikuil itu sehingga ia-nya dipindahkan. Penduduk setinggan yang tinggal berdekatan jalan keretapi datang kekuil itu pada hari-hari tertentu. Ketika itu penduduk menghadapi masalah anjing berkeliaran dan sering berlaku kecurian dikawasan penduduk. Selepas 10 tahun kuil belum dipindahkan. Rumah teres 16 unit yang tergendala belum didirikan ditapak itu. MB Selangor juga sudah bertukar.

23. 09.2000 - Perjumpaan persatuan penduduk dengan bekas YDP MPSA, Datuk Emran Kadir dan bekas Adun Batu 3, Datuk Ahmad Nawawi di Wisma MPSA, Shah Alam. Aduan penduduk mengenai masalah kuil lama usang dikawasan yang terbiar mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai dari kawasan perumahan yang baru dibuka di Seksyen 20. Mereka bergabung dengan penduduk kawasan setinggan mengaktifkan kembali kuil lama itu. Struktur bangunan lama mula dinaikkan semula di tapak itu. YDP MPSA maklumkan kepada penduduk adanya kaitan Adun/Exco MIC yang menyokong pihak kuil menghidupkan kembali kuil itu.

Oktober 2000 - Shah Alam menjadi bandaraya. Persatuan penduduk membuat permohonan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam melalui bekas Adun Datuk Ahmad Nawawi mohon agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk digunakan oleh penduduk dikawasan perumahan ini. Pada 15/11/2000 - maklumbalas diterima daripada bekas Adun, beliau menyokong jogging track dibina dikawasan hijau, dan sebuah jambatan kecil sebagai jalan pintas dibina di Jalan Tambatan 19/16 untuk laluan motorsikal dan pejalan kaki antara Seksyen 19A dan Seksyen 19 B bagi memudahkan penduduk yang hendak naik komuter. Menurut maklumat dalam dokumen dibawah ini yang dikeluarkan pada November 2000, kedudukan kuil lama pada masa itu masih berada didalam kawasan semak yang terbiar.

Januari 2001 - Perjumpaan Persatuan Penduduk Seksyen 19 dengan Datuk Abu Sujak, yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang pertama di Wisma MBSA Shah Alam. Penduduk mohon bantuan Datuk Bandar yang baru untuk selesaikan masalah kuil Hindu.

Julai 2002 - Perjumpaan Persatuan penduduk dengan Wakil Datuk Bandar Shah Alam, Adun Batu 3, Wakil Polis, Wakil PKNS dan Wakil Pejabat Tanah Petaling, di Pejabat PKNS, Shah Alam. Maklumat - kuil akan dipindahkan ke tapak baru, gangguan bising tidak dibenarkan lagi dikuil itu.
16.09.2003 - Pengerusi Persatuan Penduduk menerima faks salinan surat daripada pegawai PKNS kepada Pengerusi Kuil Seksyen 19. Menurut keputusan mesyuarat pada 23/05/2002 kuil diarahkan berpindah kekawasan Kuil Berkelompok di Seksyen 18, Shah Alam. Dalam surat itu dinyatakan PKNS akan segera membangunkan segera tapak kuil yang telah lama tertangguh.

Tetapi pihak kuil tidak patuhi arahan berpindah. Maklumat yang diterima daripada Jabatan perancang MBSA, pihak kuil enggan berpindah ke Seksyen 18 dengan alasan mereka berlainan pengikut. Pengunjung Kuil di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Pengunjung Kuil di Seksyen 19 pula adalah pengikut Mahamariamman.



Tahun 2004 - Bekalan elektrik dimasukkan kekuil. Bekalan air diambil secara haram dari paip tepi jalan. Penduduk buat aduan kepada Jabatan Bekalan Air Klang. Selepas bekalan elektrik masuk, mereka buat ubahsuai dikuil itu sebelum keramaian besar diadakan. Keramaian telah diadakan selama beberapa malam. Mereka buat perarakan sambil bergendang dari kuil naik kekawasan setinggan, kemudian turun semula ke kuil. Gangguan bising bunyi gendang berjam-jam pada waktu pagi dan bersambung pada waktu malam bermula azan Maghrib amat mengganggu penduduk. Penduduk mohon bantuan bekas Adun Batu 3 Datuk Nawawi untuk mengatasi masalah gangguan kuil bising. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan di Balai Polis Seksyen 15.



Tahun 2005 - Semua penduduk India yang tinggal di kawasan setinggan berhampiran jalan keretapi dipindahkan. Tetapi kuil lama masih dibiarkan disitu juga. Pada masa itu kuil sudah ada tiga bilik. Kuil berjaya dibuat ubahsuai setiap kali sebelum keramaian diadakan. Waktu ramai penduduk bercuti panjang balik kampung semasa hari raya mereka ambil kesempatan membesarkan kuil itu. Ramai penduduk Islam yang terkejut tiba-tiba saja kuil semakin membesar. Jika benar kuil akan berpindah kenapa bekalan elektrik dimasukkan? Kenapa ubahsuai dibiarkan tanpa pelan dan permit dari PBT?. Selepas aduan penduduk kepada penguatkuasa MBSA, mereka biasanya datang buat rondaan dan ambil gambar kuil sahaja. Kenapa penduduk buat ubahsuai rumah cepat sahaja penguat kuasa MBSA datang bertanya tentang pelan dan permit. Jadi, dimana ketegasan pihak berkuasa?.

Tahun 2006 - Ada penduduk tempatan menerima maklumat daripada rakan beliau yang bekerja di Pejabat Pendaftar Pertubuhan, pihak kuil ada menghantar permohonan untuk daftarkan kuil itu dipejabat Pendaftar Pertubuhan tetapi masih belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada pihak MBSA. Kenapa kuil itu hendak didaftarkan? Mereka pasti merancang untuk kekal di tapak itu.



June 2006 - Bekalan air dimasukkan ke kuil. Ubahsuai bertambah rancak membesarkan lagi kawasan kuil. Jentolak digunakan untuk meninggikan kawasan rendah yang sering ditakungi air banjir selepas hujan lebat. Berlori-lori pasir, simen dan bahan binaan dibawa masuk kekawasan kuil. Aduan telah dibuat kepada penguat kuasa MBSA, tetapi mereka datang buat rondaan sekitar kawasan kuil dan terus beredar. Kenapa tidak ada tindakan lebih tegas daripada pihak berkuasa?
28.07.2006 - Persatuan Penduduk membuat keputusan menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Aduan dihantar kepada DYMM Sultan melalui seorang Adun luar kawasan Shah Alam. Salinan surat dihantar kepada bekas MB Selangor, AP, Adun Batu 3, Datuk Bandar, Jabatan Perancang MBSA, Penguatkuasa MBSA dan PKNS Shah Alam. Selepas aduan kepada DYMM Sultan Selangor barulah nampak ada tindakan segera daripada pihak berkuasa. Ramai pegawai yang turun padang meninjau kawasan penduduk. Penguat kuasa MBSA ramai dihantar ke Seksyen 19 untuk berunding dengan pihak kuil. Pihak kuil mendapat sokongan daripada kaum mereka. Tiba-tiba sahaja ramai kaum mereka yang datang kekawasan kuil memberi sokongan semasa Penguat kuasa MBSA berunding dengan pihak kuil. Kawasan timbunan pasir dan simen telah dikepung oleh penguat kuasa. Ada surat arahan dikeluarkan oleh pihak MBSA. Tetapi, selepas penguat kuasa beredar kerja-kerja ubahsuai kuil telah disambung semula pada sebelah malam dan semasa cuti hujung minggu. Kawasan yang disimen semakin panjang. Kawasan diceroboh bertambah besar. Kuil kecil dibuat dibawah pokok ditepi jalan juga disimen sekeliling pokok itu. Kedudukan kuil diubahsuai semakin menghampiri rumah penduduk Islam. Mereka tidak ambil peduli langsung bantahan penduduk Islam yang telah membuat aduan berterusan kepada pihak berkuasa.

Kakitangan PKNS dengan kerjasama MBSA telah memasang dua papan tanda di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25, tertera disitu “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Walaupun sudah ada dua notis larangan menceroboh tanah milik PKNS, realitinya kerja-kerja ubahsuai membesarkan kuil diteruskan oleh pihak kuil tanpa rasa takut kerana mereka tidak pernah didakwa.

Perjumpaan penduduk dengan pelbagai pihak diteruskan lagi. Penduduk Islam terus merayu kepada pihak atasan mohon kuil yang bermasalah itu dipindahkan.

01.08.2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Jabatan Kontroller di Pejabat PKNS Shah Alam. Salah seorang pegawai yang ditemui oleh penduduk ialah Tuan Haji Ibrahim Surib yang telah menandatangani surat bertarikh 16/09/2003, iaitu arahan daripada PKNS kepada Pengerusi kuil supaya pindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 18. Tetapi pihak kuil enggan berpindah.

09.08.2006 - Perjumpaan penduduk dengan Pegawai-pegawai Penguat kuasa dan Pegawai-pegawai Jabatan Perancang MBSA. Maklum balas diterima - tindakan akan diambil jika ada arahan daripada pihak SUK. Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penduduk mahukan penjelasan kenapa ubahsuai membesarkan kuil diteruskan tanpa rasa takut walaupun kawasan itu telah dikepung oleh penguat kuasa MBSA. Penduduk dimaklumkan adanya campur tangan pemimpin MIC yang menyokong pihak kuil. Semasa kawasan itu dikepung oleh penguat kuasa MBSA pemimpin atasan MIC telah menghubungi pihak MBSA. Penduduk diberitahu nama-nama pemimpin MIC yang menyokong pihak kuil. Penguat kuasa juga maklumkan kepada penduduk mereka sering diancam dan diugut jika mengambil tindakan terhadap kuil itu. Selepas perjumpaan, Penguat kuasa membuat rondaan selama 2 minggu berturut-turut dikawasan penduduk.

15.09.2006 - Perjumpaan penduduk dengan Adun Batu 3, diPejabat Adun Seksyen 11, Shah Alam. Adun maklumkan kuil akan dipindahkan. Bekas Adun beritahu memindahkan setinggan lebih mudah daripada pindahkan kuil. Maklumat daripada bekas Pegawai Khas Adun pihak kuil pernah menolak apabila di tawarkan berpindah ke Seksyen 23 dengan alasan tapak itu dekat tempat najis Loji Indah Water. Penduduk terpaksa merayu bantuan Adun, MBSA dan Polis apabila gangguan bising keterlaluan mengganggu ketenteraman selama berjam-jam semasa keramaian diadakan dikuil itu.

09.10.2006 - Perjumpaan 7 orang wakil penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor di Pejabat MB Bangunan SUK diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah Seksyen 19. Sudah banyak aduan dibuat tetapi penduduk terima jawapan “Tunggu arahan SUK”. Penduduk buat temujanji selama 3 bulan baru dapat bertemu beliau. Penduduk kecewa kerana bekas MB DSKT tidak bertindak tegas untuk mengatasi masalah penduduk Islam. Masa yang diberikan untuk penduduk membuat aduan terlalu singkat dengan alasan beliau sangat sibuk. Penduduk berasa kecewa dengan perjumpaan ini. Sebagai ketua kerajaan negeri Selangor dan Pengurusi PKNS keputusan adalah ditangan beliau. Beliau seharusnya sedar pelbagai tekanan, risiko, dan masalah sampingan yang dihadapi oleh penduduk akibat gangguan pengunjung kuil seringkali mencabar kesabaran penduduk. Aktiviti kuil kerap mengganggu ketenteraman masyarakat Islam yang tinggal sekitar kawasan kuil itu.



November 2006 - Maklumat diterima daripada Jabatan Kontroller PKNS, Peguam PKNS sudah keluarkan arahan minta kuil dipindahkan sebelum 30/11/2006. Jabatan Perancang MBSA juga mengesahkan perkara ini. Tetapi selepas tarikh itu kuil tidak juga dipindahkan dari situ. Mereka dirikan tandas dikawasan yang terbuka dibawah pokok berdekatan tempat pembuangan sampah.



20.12.2006 - Aduan dihantar kepada bekas Pengurus Besar PKNS Datuk Harun Salim, yang ditandatangani ramai penduduk tempatan. Surat telah dihantar ke Ibu Pejabat PKNS, Petaling Jaya. Maklum balas yang diterima dari Pegawai Perhubungan Awam, PKNS “Tunggu Arahan SUK”.

Tahun 2007:
Makin banyak penduduk buat aduan dan perjumpaan dengan pihak-pihak berkuasa kuil menjadi semakin besar dan semakin aktif. Pada bulan Januari 2007 dikuil besar sudah ada 5 bilik. Ada kuil kecil di tepi jalan raya yang hanya dipisahkan jalan raya sahaja dengan rumah penduduk Islam.

April dan Mei 2007 - Ramai Juru Ukur PKNS dihantar untuk mengukur disekitar kawasan kuil. Penduduk berhampiran dimaklumkan projek rumah teres 16 unit yang tergendala akan diteruskan. Tetapi tidak ada langsung tindakan susulan yang dibuat selepas itu untuk meneruskan kerja-kerja membina 16 unit rumah ditapak itu. Pihak kuil meneruskan aktiviti mereka. Makin banyak barang dibawa masuk dan semakin banyak lampu-lampu dipasang dikuil itu.


27.07.2007 - Keramaian besar diadakan beberapa hari. Oleh kerana tidak ada tindakan serius kerajaan negeri untuk pindahkan kuil, penduduk terpaksa mohon bantuan dari pihak luar. Aduan telah dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklumbalas diterima daripada kedua-dua jabatan untuk menyiasat aduan penduduk dengan pihak MBSA. Pelbagai jabatan kerajaan berkaitan memberi maklumbalas kepada penduduk untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah dihadapi penduduk Islam di Seksyen 19.

29.12.2007 - Penduduk terima makluman daripada Jabatan Perancang MBSA. Kuil Seksyen 19 dalam proses pemindahan ke tapak kuil baru di Seksyen 22. Pihak majlis dalam proses kelulusan pelan susunatur kuil Seksyen 22. Selepas maklumat diterima ubahsuai dikawasan kuil diberhentikan pada masa itu. Jika penduduk tidak buat aduan dan bantahan kuil itu pasti akan dibesarkan lagi.



Mac 2008 - Kerajaan Barisan Nasional di Selangor telah digantikan dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat yang menang selepas Pilihan Raya Umum diadakan pada 8hb. Mac 2008.

April 2008 - Aduan dihantar kepada YB Adun Batu 3, YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YAB MB Selangor yang baru dilantik. Penduduk mohon agar masalah kuil Seksyen 19 diberi perhatian.


April 2008 - Bendera Parti PAS dan Parti PKR di gantung disebelah kiri dan disebelah kanan pada papan tanda notis larangan menceroboh tanah milik PKNS. Penduduk tempatan bertanya kenapa pasang bendera disitu? pemuda kuil menjawab “dua-dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah”. Aduan sudah dibuat oleh penduduk kepada pihak berkuasa dan wakil rakyat, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Kenapa pihak kuil persendakan notis PKNS itu? Adakah disebabkan mereka kebal dari sebarang tindakan walaupun menceroboh tanah milik PKNS? Kenapa bendera parti Islam PAS dibiarkan berkibar dikawasan kuil itu walaupun aduan sudah dibuat?

Perjumpaan penduduk dengan YB Adun Batu Tiga diadakan didewan Masjid Ubudiah Seksyen 19. YB Adun maklumkan tapak kuil baru di Seksyen 22 jauh kedalam. Jadi beliau syurkan pasang tembuk tinggi sekeliling kuil Seksyen 19. Maklumbalas penduduk yang hadir pada malam itu ramai tidak berpuas hati dengan jawapan oleh YB Adun yang tidak memihak kepada penduduk Islam.

Julai 2008 - Ubahsuai besarkan jalan masuk dan tangga kuil dibuat sejak akhir bulan Jun. Pada 12/07/2008 ada kerja ubahsuai dibuat dibahagian tangga kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun Batu 3. Beliau telah datang kekawasan kuil pada waktu tengah hari. Penduduk Jalan 19/28 melihat YB Adun datang berjumpa dengan AJK kuil itu. Pada 13/07/2008 komen yang keluar dalam blog YB. “Diatas aduan penduduk ada pembinaan ditapak kuil, tetapi setelah dilihat tiada pembinaan disitu.” Beliau seperti tidak percaya aduan penduduk. Pihak kuil tidak akan mengaku mereka buat ubahsuai disitu. Dalam gambar dibawah kerja-kerja ubahsuai yang dibuat dekat kuil kecil. Lapik papan atas longkang untuk jalan masuk kekuil digantikan simen dan bahagian tangga kekuil dibesarkan.


21.7.2008 - Beberapa buah lori membawa barang-barang binaan masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk berhampiran dengan berani menahan sebuah daripada lori di Jalan 19/28. Beliau telah bertanya kepada pemuda kuil untuk apa barang-barang itu? Mereka menjawab “Kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil”. Dua orang penduduk buat aduan kepada YB Adun. Beliau telah menghantar seorang pegawai kekawasan kuil. Barang-barang dinaikkan semula keatas lori dan dibawa keluar. Kuil pasti berjaya dibesarkan lagi jika tidak ada penduduk yang melihat kejadian itu. Jika benar kuil akan dipindahkan dari tapak itu kenapa mereka hendak membesarkan lagi kuil itu? Kuil hendak di buat ubahsuai lagi sebelum keramaian besar pada akhir bulan Julai 2008.

26.07.2008 - Biasanya sebelum kuil mengadakan keramaian mereka buat ubahsuai baru disitu. Sebelum hari keramaian pelbagai persediaan dibuat seperti menggantung bendera dan memasang lampu-lampu. Mereka nampak ramai berkerjasama membuat persediaan dikuil itu. Gangguan bising bila mereka berkumpul hingga ke tengah malam beberapa hari sebelum keramaian diadakan. Pada hari keramaian, kumpulan bergendang pelbagai bunyi akan mengganggu bising berjam-jam lamanya. Bila ada upacara pemujaan mereka buat unggun api besar disitu menyebabkan kawasan sekitar berjerebu dan bau kemenyan yang kuat. Gangguan keramaian paling kerap diadakan pada bulan Julai 2008. Pada malam 25/07/2008 mereka mula bergendang pada jam 9 hingga 11 malam. Pada jam 12 tengah malam kedengaran bunyi perarakan bergendang dimulakan. Perarakan yang ramai itu membawa 3 ekor patung besar kuda terbang kelihatan keluar dari kawasan lama setinggan. Mereka sampai dihadapan rumah penduduk Islam di Jalan 19/28 pada jam 1 pagi (26/07/2008). Suasana pada malam itu amat bising, sesak dan kecuh. Penduduk berhampiran telah diugut bunuh kerana menegur mereka buat bising ditengah malam. Kereta peronda polis sampai pada jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang. Tetapi, selepas polis beredar penduduk mendengar jeritan dari kuil “Apa komplen-komplen - Melayu Bodoh”. Mereka kelihatan masih ramai dikuil itu sehingga jam 3 pagi. Keesukan paginya kumpulan bergendang mengganggu lagi selama beberapa jam. Pada sebelah malamnya, bermula semasa azan Maghrib kedengaran dari masjid mereka bergendang lagi selama beberapa jam lagi. Gambar tuhan merah diletakkan berhadapan rumah penduduk Islam. Wajarkah keramaian seperti dalam gambar dibawah ini pada 26/07/2008 pada jam 9 pagi diadakan dalam kawasan majoriti masyarakat Islam? Mereka datang dari kawasan lain langsung tidak ambil peduli sensitiviti penduduk tempatan. Pada hari keramaian pasti ada makan besar disitu. Selepas keramaian kelihatan timbunan sampah berhampiran kawasan tandas. Bagaimana perasaan mereka jika gangguan bising keterlaluan seperti itu berlaku dalam kawasan mereka sendiri? Penduduk yang diugut pada malam itu sudah membuat lapuran polis di Balai Polis Seksyen 15.

Wajarkah keramaian bising seperti itu berlaku dalam kawasan penduduk majoriti Islam?

09.08.2008 - Perjumpaan penduduk dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam didewan Masjid Ubudiah, Seksyen 19. YB Khalid Samad minta tempuh setahun untuk selesaikan masalah penduduk Islam. Tetapi ada penduduk yang minta agar ia dipercepatkan lagi. Banyak aduan masalah kuil disampaikan oleh penduduk kepada YB semasa perjumpaan itu. Salinan lapuran polis penduduk yang diugut dan aduan masalah gangguan kuil juga telah diserahkan oleh penduduk kepada YB Ahli Parlimen.

12.08.2008 - Perjumpaan wakil penduduk Islam, YB Adun Batu 3, YB Ahli Parlimen, Wakil MBSA dan wakil PKNS di Pejabat Adun Seksyen 23. Wakil penduduk Islam dari Seksyen 19 yang hadir hanya lima orang sebab penduduk diberitahu jemput wakil-wakil jalan berdekatan kuil sahaja. Kenapa pihak kuil datang ramai walaupun dalam surat diedarkan jemput AJK kuil itu sahaja?
Tidak ada perubahan di kuil itu selepas aduan-aduan dan perjumpaan dengan kedua-dua YB. Majlis-majlis keagamaan yang diadakan penduduk kawasan sekitar sering di ganggu bunyi bising dari kuil. Malah ada penduduk yang mengadakan majlis tahlil selepas ahli keluarga beliau meninggal telah diminta membayar wang jika mahu kuil senyap. Keluarga beliau membayar wang yang diminta sebelum pihak muslimin sampai dari Masjid Ubudiah untuk mengadakan majlis tahlil malam itu.

Oktober 2008 - Beberapa hari sebelum penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak kuil sibuk membuat tempat bertangga untuk upacara dikuil itu. Semasa takbir raya kedengaran dari masjid pada malam raya mereka pula ganggu bising pasang lagu-lagu Hindu. Mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk Islam yang sedang menyambut Aidilfitri. Upacara kuil pada malam itu diadakan mengadap kerumah penduduk Islam. Gangguan bising lagu-lagu Hindu dipasang kuat mengganggu ketenteraman penduduk setiap malam. Aduan dibuat kepada pihak berkuasa.

14.12.2008 dan 21.12.2008: Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat pada pada 14/12/2008 dan 21/12/2008. Pada 21/12/2008 ada video rakaman kerja ubahsuai kuil yang dibuat pada hari itu. Mereka semakin berani menceroboh tanah milik PKNS, ubahsuai dibuat tanpa pelan dan permit dan kelulusan pihak PBT. Gangguan bising mengganggu penduduk hampir setiap hari waktu pagi, petang dan malam.
Gambar bilik pada 14/12/2008 .........................Gambar bilik pada Apr 2009

28/12/2008 - Pihak kuil adakan keramaian selepas ubahsuai besarkan bilik siap. Banyak khemah didirikan disitu. Kumpulan bergendang mengganggu ketenteraman penduduk sepanjang hari.



31.12.2008 - Aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising keramaian bergendang yang mengganggu ketenteraman awam dari pagi hingga ke petang pada 28/12/2008. Sudah banyak aduan dibuat kepada Wakil-wakil rakyat Shah Alam dan pihak berkuasa tetapi tidak ada tindakan berkesan diambil untuk mengatasi masalah penduduk.

Tahun 2009


Januari 2009 - Penduduk buat keputusan mengadu kepada pertubuhan NGO apabila gangguan pengunjung kuil sudah menjadi gawat. Gambar dibawah ini kelihatan belakang dapur rumah penduduk diconteng besar angka 303. Kawasan belakang rumah itu menjadi tempat melepak pemuda India yang sering buat bising, minum dan mabuk. Kumpulan itu menjadi lebih ramai semasa di adakan keramaian dikuil itu. Mereka memecut motorsikal setiap kali masuk dan keluar kawasan penduduk. Ada yang sudah berani membuat ugutan kepada penduduk apabila ditegur sikap mereka. Penduduk mohon bantuan NGO Islam kerana pelbagai gangguan sejak Julai hingga Disember 2008 sudah keterlaluan. Banyak masalah sampingan dihadapi penduduk sekitar apabila mereka berkumpul ramai dikawasan penduduk. Pihak NGO memberi maklumbalas yang segera untuk membantu penduduk. Ramai penguat kuasa MBSA dihantar meninjau kawasan selepas campur tangan NGO di Seksyen 19.

08.01.2009 - Ahli Parlimen Shah Alam turun padang pada 08/01/2009. Beliau membuat tuduhan pihak NGO datang membuat provokasi kepada pihak kuil. Beliau sanggup bertegang leher dengan pemimpin NGO dihadapan mata penduduk, Hindu kuil dan Penguat kuasa MBSA. Adakah logik tuduhan itu? Kenapa provokasi dikaitkan dengan PRK KT? Penduduk kecewa dengan sikap pemimpin Islam PAS yang menyerang pemimpin NGO Islam tanpa menyiasat kenapa penduduk mohon bantuan dari luar. Penduduk tahu dan melihat sendiri pihak kuil langsung tidak takut dengan penguat kuasa MBSA. Sebab itu penduduk buat keputusan mengadu kepada NGO setelah aduan dan bantahan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan malah gangguan sudah menjadi kronik.

10.01.2009 - Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad menulis artikel melalui blog beliau pada 10 Jan 2009 - “Persoalan Kuil di Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris”, dan pada 12 Jan 2009 “Undang-Undang Double Standard atau BN”, telah menyinggung penduduk Islam dan pihak NGO. Jelas sekali beliau lebih bersimpati kepada pihak yang menceroboh tanah milik PKNS dan mengganggu ketenteraman awam penduduk Islam. Penduduk Seksyen 19 sudah berusaha begitu lama mohon kuil itu dipindahkan. Pemindahan kuil ke Seksyen 22 kenapa dibatalkan?. Gangguan yang dihadapi menjadi kronik selepas itu. Siapakah yang telah memulakan provokasi kepada penduduk? Kenapa AP salahkan NGO yang segera membantu selepas menerima aduan penduduk? Kenapa gangguaan pengunjng kuil kepada penduduk Islam AP langsung tidak sebut dalam artikel yang ditulis? Kenapa YB Khalid Samad bersikap double standard kepada penduduk Islam? Beliau menyebut gelanggang yang hendak dibina oleh NGO tidak mendapat kebenaran MBSA. Persoalanynya kenapa YB Khalid Samad tidak menulis bahawa pihak kuil yang menceroboh tanah milik PKNS tidak mendapat permit dan kekulusan PBT?. Walaupun pelbagai surat amaran telah dikeluarkan oleh penguatkuasa MBSA tetapi ubahsuai membesarkan kuil terus dibuat juga dikuil itu.

Pertubuhan NGO dirikan gelanggang untuk mengurangkan masalah yang dihadapi ia-itu gangguan bising dari kuil dan pencerobohan berterusan tanah milik PKNS . Bendera PAS dan PKR diturunkan dari papan tanda PKNS. Wajarkah penduduk menunggu sehingga keadaan menjadi kritikal baru hendak bertindak? Siapa yang harus di persalahkan dalam isu ini? Penduduk, NGO Islam atau pemimpin politik? Kenapa AP tidak bersimpati kepada penduduk yang menghadapi situasi yang sukar dikawasan sendiri? Artikel Persoalan Kuil Seksyen 19 tersebar dalam banyak blog dan banyak komen yang memuji tindakan AP daripada bukan Islam dan blog-blog pro pembangkang. Mereka tidak mengetahui keadaan sebenar yang dihadapi oleh penduduk Islam Seksyen 19. Tindakan drastik yang diambil oleh pihak NGO telah dapat mengurangkan sedikit ketegangan dan tekanan yang dihadapi oleh penduduk sejak bulan Julai 2008 hingga bulan Disember 2008.
Info gambar pada 08/01/2009 - Bendera PKR diturunkan oleh penguat kuasa MBSA.

08.02.2009 – Selepas tandas lama masuk kedalam kawasan gelanggang, pihak kuil buat tandas dan bilik air yang baru dibelakang kuil. Bila penduduk berhampiran datang bertanya, mereka beri alasan tandas lama sudah masuk kedalam gelanggang. Mereka beritahu sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Dalam artikel YB Ahli Khalid Samad pada 12/1/2009 ada menulis pihak kuil tidak dibenarkan membuat sebarang pembinaan sehingga kuil dipindahkan. Jadi kenapa mereka dibenarkan membuat tambahan baru di kuil itu? Selepas tandas siap seorang sami (dari India) pindah kebilik yang dibesarkan pada Disember 2008. Tandas itu dibuat khas untuk sami yang menjadi penjaga baru kuil itu. Sejak sami pindah kesitu kuil dibuka jam 6.30 pagi. Muzik Hindu, bacaan mentera dan bunyi loceng kuil yang panjang kedengaran pada awal pagi, dan akan berbunyi lagi menjelang waktu Maghrib dan selepas Maghrib. Selama 20 tahun tidak pernah ada sami tinggal disitu. Sebelum March 2009 penjaga kuil datang dari Seksyen 20 pada waktu pagi dan pada sebelah petang hingga ke malam.

Tandas tahun 2006 Tandas dibuat pada 08/02/2009

05.05.2009 - Aduan dihantar kepada MB Selangor, Adun Batu 3 dan Adun/Exco Agama mohon kuil di Seksyen 19 segera dipindahkan.

08.05.2009 - Terima jawapan YB Adun Persatuan Kuil bersetuju kuil di Seksyen 19 dipindahkan. Insya Allah masalah kuil akan selesai dalam masa terdekat.

31.05.2009 - YB Adun maklumkan kepada pihak AJK Masjid Ubudiah Seksyen 19, kuil Mahariaman akan dipindahkan dari Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23.


Ogos 2009 - Apabila pemindahan kuil Seksyen 19 menjadi Isu Negara, pelbagai pihak mendakwa kononnya kuil Mariaman Seksyen 19 kini sudah berusia 150 tahun. Tidak lama selepas itu usia kuil itu turun kepada 106 tahun sebelum merdeka. Penduduk Seksyen 19 menafikan kepada pihak media kuil yang ada ditapak itu sekarang berusia 106 tahun. Ubahsuai besarkan kuil yang dulunya kecil dan usang disitu belum pun 100 bulan lagi. Pelbagai alasan dibuat untuk kekalkan kuil ditapak itu.
Kuil yang dikatakan berusia 150 tahun, selepas itu usia kuil turun 106 tahun


September 2009 - Surat pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang bertarikh 07/05/2009 tersebar luas dalam blog. Surat itu telah di tandatangani oleh YB Adun, YB Ahli Parlimen Shah Alam, dan wakil kuil telah dibuat dua hari selepas aduan penduduk minta dipindahkan kuil kepada YAB MB Selangor. Menurut surat keputusan mesyuarat itu, kuil Seksyen 19 dibenarkan beroperasi sehingga akhir tahun 2010.

Selepas campur tangan NGO Islam aktiviti kuil senyap sedikit beberapa bulan. Tetapi, pada bulan Ogos 2009 mereka buat semula keramaian bergendang selama beberapa hari. Mereka bergendang semakin kerap pada bulan November dan bulan Disember 2009.


Tahun 2010:

Usaha penduduk Islam Seksyen 19 meminta pihak berkuasa memindahkan kuil ketapak lain masih belum ada tindakan sehingga berakhirnya tahun 2010.


Januari Tahun 2011:


Bilakah kemelut yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 19 akan selesai?


Tahun 1987 - Penduduk yang terbeli rumah-rumah disini dijanjikan oleh PKNS kuil akan dipindahkan tetapi hingga hari ini kuil masih disitu juga. Kuil yang dahulunya kecil sudah berjaya dibesarkan.

Tahun 2003 - Kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 tetapi pelbagai alasan diberikan walaupun kawasan tapak kuil baru sudah disediakan oleh kerajaan BN dahulu.

November 2006 - Maklumat daripada Jabatan Kontroller PKNS Shah Alam maklumkan peguam PKNS arahkan kuil pindah sebelum 30/11/2006 tetapi kuil tidak pindah juga.

29/12/2007 - Jabatan Perancang MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Seksyen 22. Tetapi pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PKR dan PAS pada papan notis PKNS. Pemuda kuil beritahu penduduk yang bertanya mereka menjawab dua-dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah.

09/08/2008 - YB Ahli Parlimen Shah Alam berjanji kepada penduduk akan selesaikan masalah penduduk dalam tempuh setahun daripada tarikh itu. Hingga kehari ini masalah belum selesai lagi.
08/05/2009 - YB Adun beritahu Persatuan Kuil setuju pindah setelah begitu lama rundingan dibuat. Masalah kuil akan selesai dalam masa terdekat. Masalah sudah berpanjangan dan belum selesai.

16/06/2010 - YB Adun maklumkan kepada pihak media kuil akan pindah September 2010. Kini sudah masuk Disember 2010 belum nampak tanda-tanda kuil pindah masa terdekat.

16/10/2010 - YB Ahli Parlimen Shah Alam membuat kenyataan melalui filem dokumentari Kesah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah pemindahan kuil mungkin akan selesai sebelum Hari Raya Haji November 2010 tetapi hingga hari ini kuil masih ditapak itu juga.


31 Disember 2010 - kuil masih belum dipindahkan seperti dijanjikan pada November 2010.

Penduduk berharap pihak berkuasa dan PKNS tunaikan janji kepada penduduk untuk pindahkan kuil ketapak baru. Masalah penduduk akan berterusan selagi kuil berada ditapak itu. Pelbagai usaha telah dibuat sejak penduduk berpindah kekawasan perumahan ini. Aduan berterusan dibuat kepada pihak berkuasa jika dikumpulkan sudah menjadi sebuah buku teks yang tebal. Selain daripada aduan melalui surat-surat yang ditandatangani ramai penduduk, aduan juga dibuat melalui telefon, e-mel dan perjumpaan penduduk dengan pelbagai pihak. Pelbagai cabaran dan risiko telah dihadapi oleh penduduk Islam dalam mengatasi isu kuil itu. Cabaran itu bukan sahaja daripada pengunjung kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri yang amat bertoleransi dengan pihak kuil itu. Sampai bila penduduk tempatan boleh bersabar jika pihak kuil berterusan menggangu ketenteraman awam dikawasan majoriti masyarakat Islam?

Penduduk Seksyen 19 berharap masalah pemindahan kuil akan diselesaikan seperti yang dijanjikan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat. Dalam filem dokumentari "Kesah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" Setiausaha Persatuan Penduduk yang ditemubual dalam filem itu sudah memberitahu jika tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa untuk selesaikan isu pemindahan kuil dalam masa terdekat penduduk akan buat perjumpaan dan mengumpul dana untuk saman pihak PKNS. Pihak berkuasa dan pihak PKNS sepatutnya sedar bahawa kemelut yang dihadapi oleh penduduk Seksyen sudah berlarutan selama 22 tahun.