Sunday 12 December 2010

Cerita Rumah Berhala Kuil Hindu di Shah Alam. - Petikan dari blog wénkt


September 15th 2009 02:33 pm
Ianya satu isu yang menarik dan sensitif.
Isu adalah seperti berikut:
Kuil di seksyen 19 dibina secara haram oleh penduduk beragama Hindu setempat dan dikelilingi oleh penempatan orang Melayu. Ianya kemudian dicadangkan supaya dipindahkan. Kerajaan BN sebelum Piliharaya Umum ke 12 mencadangkan tapak di Seksyen 18. Tetapi Kerajaan PR selepas memenangi pilihan raya memindahkan cadangan ke seksyen 23. Isu timbul apabila 95% penduduk seksyen 23 yang berbangsa Melayu membantah pembinaan tersebut dengan alasan hanya beberapa keluarga beragama Hindu di kawasan tersebut.
Saya pernah melawat ke semua tempat yang disebutkan iaitu:
1/ Tapak asal kuil haram di seksyen 19
2/ Tapak cadangan kerajaan BN di seksyen 18
3/ Tapak cadangan kerajaan PR di seksyen 23
Dan saya akan jelaskan di sini tanpa memihak kepada BN ataupun PR.
Tapak Asal Kuil Haram di Seksyen 19


Ini adalah gambar dari udara lokasi Kuil Sri Mahamariaman Seksyen 19.
(klik utk besarkan)


ini ialah kuil di seksyen 19. asalnya ialah kecil di bawah pokok.
Tanah milik PKNS. Penceroboh akan didakwa. Well, sudah terang lagi bersuluh
Apa yang kita nampak dalam permandangan dari udara pada gambar pertama di atas ialah kedudukan kuil itu memang dikelilingi oleh kawasan perumahan. Saya tertanya kenapa kuil yang dianggap haram ini perlu diberikan tanah oleh kerajaan negeri untuk dibina secara teratur? Maksud saya, kalau saya ceroboh tanah PKNS, buat rumah sendiri, kemudian PKNS datang, saya boleh request tapak lain secara percuma? Berapa banyak duit rakyat Selangor perlu dihabiskan untuk bayar kos tanah. Harga rumah dan tanah kat Shah Alam ni pun merepek je.
The Malaysian Insider mengatakan kuil Seksyen 19 ini berumur 150 tahun. Namun bila kita baca wikipedia: Kuil tertua di Malaysia adalah Sri Mahamariamman di Jalan Bandar Kuala Lumpur. Kuil tersebut ditubuhkan pada tahun 1873 (136 tahun) tetapi hanya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1920an. Kuil Sri Sunderaraja Perumal, Klang atau dikenali sebagai Kuil Klang Perumal hanya berumur 117 tahun. Ianya dianggap sebagai salah sebuah kuil tertua di Malaysia dan kuil jenis Vaishnavite terbesar di Malaysia. Kedudukkannya di bandar diraja Klang adalah di Little India.
Tapi yang menariknya, Kuil Sri Mahamariaman Seksyen 19 ini berumur 150 tahun yang telah wujud dari tahun 1859 sebelum kuil tertua di Malaysia yang berumur hanya 136 tahun dan kuil terpopular yang hanya berumur 118 tahun?
Petikan HarakahDaily:
Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ. Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.
Persoalannya, bila masa pulak BN buat kuil kat situ? Maksudnya BN sudah wujud sejak 150 tahun dahulu? kuil itu tidak mendapat bantuan pembinaan dari kerajaan Barisan Nasional. Kuil pembinaannya dimana sahaja modus operandi yang sama digunakana iaitu pacak dan pasang (stake claim)
Tapak cadangan kerajaan BN di seksyen 18

ini ialah permandangan udara tapak cadangan BN di seksyen 18
(klik untuk besarkan)
tapak di seksyen 18. di hadapan itu ialah laluan komuter, di kiri ada jalan raya dan di belakang ada sungai.
Ada pro dan con. Pro ialah ianya jauh dari kawasan perumahan, jauh dari kawasan kilang. Jalinan pengangkutan yang sangat jelas dan berkesan. Kawasan yang dicadangkan ialah yang nampak ada benda kuning tu. Di atas kawasan ini ialah laluan komuter. Di bawah pula ialah sungai. Di kiri ialah jalan raya yang menghubungkan seksyen 2 Hotel UiTM dan seksyen 18. Yang kawasan ada kilang Cadbury tu. Dari Hotel UiTM, lalu kilang Cadbury then naik jambatan yang ada laluan komuter kat bawah dia, kemudian terus masuk kiri. Strategik kot? Kawasan luas dan boleh buat tempat parking kereta yang sangat banyak.
Paling jelas, Shah Alam yang kebanyakkan penduduknya adalah orang Melayu dan rumah di seksyen 18 dipisahkan oleh sungai, dan juga bahagian landai di tepi kiri kanan sungai. Kalau kuil ketuk loceng sekalipun, bunyi kurang didengari. Kalau bakar kemenyan pun, asap tidak sempat seberang sungai.
Con ialah di atas itu ialah laluan komuter dan mungkin bising. Tapi sebenarnya, korang pun tahu, komuter bukan selalu ada pun. Komuter kat Klang valley ini hanya 1 per tiga daripada jadual. Banyak tertunda, banyak tersangkut, skali lalu padat, tak berhenti semua stesen. KPI Menteri Pengangkutan pun aku rasa tak lepas. Tak reti buat kerja gak la tu.
Tapak cadangan kerajaan PR di seksyen 23
tapak cadangan PR di seksyen 23. Klik untuk besarkan.
Yang kuning ialah tapak cadangan Pakatan Rakyat. Yang atap coklat itu ialah kawasan perumahan seksyen 23 yang 95% adalah keluarga Melayu Islam. Atas biru ialah dewan komuniti. Sebelah dewan itu ada Taska dan juga taman permainan kanak – kanak. Kawasan hijau itu ialah tapak cadangan. DI atas dan di kanan ialah kilang2, di bawah ialah LOJI RAWATAN KUMBAHAN IWK. Di kanan ialah jalan raya yang menghubungkan exit Kesas dan Puchong ke Shah Alam. 24jam sehari sibuk dengan kenderaan termasuk lori trelar mengangkat barang. Lagi bising berbanding laluan komuter.
Kerajaan PR memindahkan ke seksyen 23 kerana tanah di seksyen 18 bakal dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kawasan rumah mewah sebab kawasan strategik.
Sebagaimana yang disebut rakan-rakan, tidak rasional kenapa perlu mereka mahukan tapak kuil Seksyen 23.
Untuk faham, fikirkan muslihat mereka. Buat setakat ini, kerajaan dulu dah tawar tapak Seksyen 18 dan siap dah sedia. Seksyen 22 dah disediakan menggantikan tapak Seksyen 18 yang mereka tidak mahu. Diputar punya putar, mintak Seksyen 23 dan baghal-baghal Pakatan Rakyat layan pula.
Dapat Hindu-Hindu tiga tempat tapak kuil. Jangan hairan mereka masih enggan keluar dari Seksyen 19. Dapat 4 tapak kuil. Ye la, berdosa kot runtuhkan tempat ibadat. Juga saper nak guna tempat seksyen 19 tu? Sure berhantu selepas dipuja sejak 150 tahun dahulu.
Well, saya tak kisah dengan kewujudan tempat ibadat cuma ianya tidak sesuai dengan bilangan penduduk beragama lain.