Tuesday 14 December 2010

Dokumen dam Makluman berkaitan isu Kuil Seksyen 19

Senarai Dokumen dan Makluman penting berkaitan Masalah Kuil Seksyen 19:

1. Tahun 1987 - Peta Seksyen 19 yang telah diterima oleh penduduk yang membeli rumah disini tidak menunjukkan ada tanda kuil dipeta itu. Kawasan yang bertanda dibawah adalah untuk tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit.


2. Tahun 1988 - Penduduk mula berpindah ke kawasan perumahan baru disini melihat ada sebuah kuil lama dikawasan terbiar ditapak rumah teres 16 unit. Pada masa itu kuil kecil dan usang sahaja. Tidak ada bekalan elektrik dan air disitu. Ketika itu kuil digunakan oleh penduduk setinggan yang tinggal berdekatan jalan keretapi.


3. 15 November 2000 - Cadangan dibuat oleh Persatuan penduduk Seksyen 19 kepada MBSA melalui bekas Adun Datuk Ahmad Nawawi mohon kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti. Menurut lapuran surat itu, kedudukan kuil masih didalam kawasan yang terbiar pada masa itu. Hanya jogging track sahaja diluluskan oleh MBSA dibuat dikawasan hijau pada tahun 2001.




4. 16 September 2003 - Pengerusi persatuan penduduk menerima salinan surat daripada pihak PKNS kepada Pengerusi Kuil Mahamariaman Seksyen 19. Pengerusi kuil telah diarah pindahkan kuil ke kawasan Kuil Berkelompok di Seksyen 18. Tetapi selepas beberapa bulan kuil tidak pindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik dimasukkan kekuil itu. Pihak MBSA maklumkan mereka tidak mahu berpindah kerana berlainan pengikut dengan pengunjung kuil di Seksyen 18.


5. 2 Ogos 2006 – Petisyen bantahan Persatuan Penduduk Islam Seksyen 19 kerana aktiviti kuil yang mengganggu ketenteraman awam masyarakat Islam. Bantahan telah dihantar kepada bekas Menteri Besar Selangor. Ramai penduduk Islam Seksyen 19 menandatangani surat bantahan itu.



6. 29 Disember 2007 - Makluman diterima melalui e-mel daripada Jabatan Peracang MBSA. Kuil Seksyen 19 akan di pindahkan ke tapak yang baru di Seksyen 22. Surat susulan diterima daripada Pembantu Tadbir Aduan mengenai status tindakan diambil pihak PBT untuk mengatasi isu ini.




7. April 2008 - Maklumbalas telah diterima daripada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri yang maklumkan telah menerima jawapan daripada pihak MBSA berkaitan isu kuil Seksyen 19 Shah Alam. Aduan masalah kuil kepada pihak Biro Pengaduan Awam JPM dihantar pada 27/07/2007. Pada 29 Disember 2007 makluman diterima daripada MBSA, kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Selepas Pakatan Rakyat berkuasa March 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 telah ditangguhkan. Jawapan diterima tunggu tindakan selanjutnya daripada pihak SUK.



8. 13 Julai 2008 - Petikan daripada blog YB Adun Batu Tiga yang mempertikaikan aduan penduduk tempatan mengenai ubahsuai baru yang dibuat dikawasan kuil Seksyen 19. Ketika itu pihak kuil sedang membuat ubahsuai dibahagian tangga dan membesarkan jalan masuk. Lapik papan atas longkang telah diganti simen. Penduduk Jalan Ladung melihat YB Adun berjumpa AJK Kuil itu. Ubahasuai di buat sebelum keramian kuil yang paling bising pada akhir Julai 2008.



9. 26 Julai 2008 - Lapuran polis dibuat oleh penduduk selepas beliau dan keluarganya diugut bunuh oleh pemuda India pada malam keramaian kuil 26/7/2008 pada jam 1 pagi. Mereka buat perarakan bergendang membawa 3 patung kuda terbang lalu dihadapan rumah penduduk Islam Jalan Ladung. Pemuda India berani mencabar penduduk tempatan yang menegur mereka buat gangguan bising waktu tengah malam. Suasana pada malam itu sangat bising, sesak dan kecuh. Jumlah mereka yang buat perarakan bergendang pada malam itu ramai. Mereka hanya bersurai selepas polis sampai. Gangguan yang paling terburuk dan bising berlaku sejak penduduk tinggal dikawasan perumahan ini.


10. 10 Mei 2009 - Surat mohon kuil Seksyen 19 dipindahkan dihantar kepada MB Selangor pada 05/05/2009. Jawapan surat diterima melalui emel daripada YB Adun Batu 3, Puan Rodziah Ismail. Menurut beliau setelah sekian lama berunding dengan Persatuan kuil tersebut, persetujuan telah dicapail mereka telah bersetuju kuil dipindahkan dari Seksyen 19. Masalah kuil akan selesai dalam masa terdekat.


11. Ogos 2009 - Maklumat yang tersebar dalam blog-blog berkaitan surat mesyuarat pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 bertarikh 07/05/2009 yang di tandatangani oleh YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam, YB Rodziah Ismail Adun Batu Tiga, dan wakil Kuil Mahamariaman Seksyen 19. Perjanjian itu telah ditanda tangani 2 hari selepas penduduk menghantar aduan pada 05/05/2009 kepada Menteri Besar Selangor mohon kuil Seksyen 19 dipindahkan. Ada 3 perjanjian bersyarat dipersetujui dalam surat itu. Pihak kuil mendapat tapak baru di Seksyen 23 seluas setengah ekar untuk tapak kuil, dan setengah ekar lagi untuk kawasan lapang atau pakir kereta. Kuil Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga akhir tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap untuk digunakan. 

12. 13/12/2010 - Peta Seksyen 19 menunjukkan tapak rumah teres 2 tingkat sebanyak 16 unit yang telah tergendala masih gagal didirikan ditapak itu kerana pihak kuil enggan berpindah dari tapak itu dengan pelbagai alasan. Kuil kecil pada tahun 1988 sudah dibesarkan, bilik-bilik sudah bertambah dan kawasan juga bertambah besar. Pemindahan kuil itu ke Seksyen 18 dan ke Seksyen 22 telah dibatalkan. Penduduk harap isu pemindahan kuil akan selesai dalam masa terdekat.