Sunday 5 February 2012

Pemindahan kuil telah tertanguh beberapa kali. Isu pemindahan kuil hanya diselesaikan pada Februari 2012



Kuil Baru Seksyen 23, Siap November Ini

Wednesday, 20 October 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 20 Nov – Pembinaan bangunan baru kuil di Seksyen 23 di sini dijangka siap sepenuhnya November ini.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pembinaan bangunan baru itu akan dibina seperti bangunan asal dengan penambahan kekurangan yang ada pada bangunan lama.
Menurut Rodziah, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dibuat dan mengambil kira semua maklumat daripada pihak yang terlibat serta mengambil kira kepentingan semua pihak.
Rodziah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga menegaskan, isu pemindahan kuil yang ‘panas’ seketika dulu sebenarnya bukan berdasarkan isu agama semata-mata.
Sebaliknya ia merupakan satu persepsi yang silap dan sengaja dipolitikkan oleh golongan tertentu.

Selangor Kini.

Petikan filem "Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" - YB Ahli Parlimen Shah Alam maklumkan pemindahan kuil diselesaikan sebelum Hari Raya Aidil Adha November 2010.


HarakahDaily.Net

Isu kuil Seksyen 19 Shah Alam selesai

SHAH ALAM, 9 Dis: Isu kuil di Seksyen 19 di sini akhirnya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor menyediakan tapak baru di Seksyen 23 yang kini sudah 90 peratus pembinaannya.

Bercakap pada satu sidang media di pekarangan Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19, Exco Wanita Kebudayaan, Sains dan Inovasi, Kebajikan, Rodziah Ismail memberitahu Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah mencapai satu usaha yang baik berkenaan kuil di Seksyen 19 yang mana telah menimbul banyak masalah termasuk isu ‘kepala lembu’.
“Projek ini sepatutnya siap lebih awal tetapi disebabkan oleh masalah teknikal serta menunggu bantahan awam setelah pendengaran awam dilakukan, maka pembinaan telah dianjak sedikit dari perancangan awal.“Dan hasilnya hari ini iaitu 90 peratus pembinaannya telah siap dan ia akan beroparasi sepenuhnya pada tahun hadapan setelah operasi pemindahan dari Seksyen 19 dilakukan sepenuhnya,” jelasnya.
Tambah Rodziah lagi, tanah tapak kuil itu akan diwartakan sebagai tapak rumah ibadat dan ia mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.“Ini usaha Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lakukan bila pentadbiran yang sempurna serta telus menjadi pegangan, maka setiap permasalahan yang rumit dalam diselesaikan dengan lebih baik “Kita juga ucapkan terima kasih kepada PKNS kerana memberi kerjasama dalam usaha memindahkan kuil tersebut, malah pembinaan ini juga dilakukan oleh PKNS dan yang selebihnya akan disiapkan oleh pekerja-pekerja kuil,” jelasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga hadir memberitahu kerajaan negeri sentiasa prihatin dan kekecohan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan. “Kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian setiap apa yang berlaku dan kekecohan sebelum ini hanyalah dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin mengambil kesempatan sahaja.
“Pakatan Rakyat tidak pernah menafikan hak kaum lain, cuma kadang kala bila berlaku sesuatu itu kita kena bersama kerana ianya ada jalan penyelesaian, apa yang diharapkan agar tidak akan ada pihak yang cuba mempolitikkan tentang isu kuil yang baru dibina ini.“Dari segi parti PAS, kita tidak pernah ada musuh dengan agama lain dan apa yang dilakukan hari ini adalah PAS di dalam Pakatan Rakyat juga mempunyai suara serta hasrat yang sama seperti mana PKR mahu pun DAP, semuanya untuk kebaikkan rakyat serta semua pihak,” jelasnya.
Sebelum itu, pembinaan kuil ini menelan belanja melebihi RM320 ribu yang mana kerajaan telah memperuntuk kan sebanyak RM50 ribu bagi pembinaan bangunan melalui kerjasama PKNS dan menyediakan tanah. Setiausaha Kuil, Chitra Narayanasamy pula berterima kasih kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang sentiasa perihatin dalam soal kehendak kaum India.“Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin jika dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini, yang mana soal kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa yang lama untuk mencari jalan penyelesaian tetapi pemerintah Pakatan Rakyat yang hanya baru masuk empat tahun segalanya selesai “Tapak yang baru ini akan menyenangkan semua pihak dan kita lihat dari segi kedudukannya serta tempat letak kereta, saya pasti tiada apa yang kita perlukan lagi,” beritahu beliau.