Thursday 12 January 2012

Jawapan penduduk berkaitan risalah "Memahami isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23" - diterbitkan oleh Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor


Ulasan Penduduk Seksyen 19 Shah Alam mengenai risalah isu pemindahan kuil:
Kenapa Bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor tidak siasat kenapa penduduk Seksyen 19 terpaksa minta bantuan daripada pihak luar? Penduduk terpaksa menjawab persoalan ini kerana penulis artikel berkaitan kuil diSeksyen 19 dan penerbit risalah tidak berlaku adil kepada NGO dan penduduk Islam.

1. Tanah tapak kuil itu sudah jadi Tanah Milik PKNS jadi tidak perlu lagi penjelasan panjang lebar adanya kuil itu sebelum kawasan perumahan Seksyen 19 dibina. Tapak lain sudah disediakan oleh pihak PKNS untuk pindahkan kuil itu. Pada tahun 2003 kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 tetapi mereka enggan pindah atas pelbagai alasan. Pada tahun 2005 penduduk kawasan setinggan telah dipindahkan tetapi kuil masih ditapak itu juga. Kebanyakan pengunjung yang meramaikan dan mengaktifkan kuil selepas setinggan dipindahkan adalah penduduk yang datang dari kawasan lain.

2. Kenapa kuil yang dahulunya kecil dan usang dikawasan semak dan terbiar itu perlu dibesarkan? Kenapa bekalan elektrik dan air dimasukkan kekuil itu?. Mereka sudah tahu kawasan itu diperuntukkan tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit, jadi kenapa hendak bertahan ditapak itu?. Pihak kuil memang berusaha agar kuil dikekalkan terus ditapak itu. Maklumat yang diterima penduduk, selain tapak di Seksyen 18 beberapa lokasi lain sudah ditawarkan kepada mereka untuk pindahkan kuil itu, tetapi telah ditolak. Pada tahun 2006 semasa penduduk buat perjumpaan dengan bekas Adun Batu Tiga, beliau beritahu hendak pindahkan setinggan lebih mudah daripada pindahkan kuil. Pelbagai tuntutan mereka buat jika hendak pindahkan kuil dari tapak itu. Pada 29/12/2007 pihak MBSA maklumkan kuil itu akan dipindahkan ke Seksyen 22.

3. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk terpaksa membuat aduan kepada pelbagai pihak mohon bantuan mengatasi masalah gangguan kuil yang semakin menjadi-jadi. Pihak kuil tidak ambil peduli sensitiviti masyarakat sekitar yang majoritinya penduduk Islam. Gangguan lagu-lagu Hindu dipasang kuat hampir setiap pagi dan malam, majlis-majlis keagamaan yang diadakan penduduk Islam sering diganggu bising lagu-lagu Hindu. Bila kuil mengadakan keramaian keadaan bertambah bising. Keramaian bergendang biasanya diadakan selama beberapa hari. Pada hari keramaian mereka mula bergendang ketika azan Maghrib kedengaran dari masjid, gangguan bising bergendang pelbagai bunyi memekakkan telinga berjam-jam lamanya waktu pagi dan malam, kawasan penduduk menjadi sesak dan bising sepanjang hari diadakan keramaian. Banyak masalah sampingan yang menjadikan keadaan semakin gawat. Perarakan bergendang membawa tiga patung besar kuda terbang melalui hadapan rumah penduduk Islam pada malam 26/07/2008 jam 1 pagi paling menyinggung penduduk sekitar. Suasana pada malam itu sangat bising dan kecoh. Penduduk yang menegur mereka buat bising ditengah malam diugut bunuh. Semasa polis peronda sampai mereka berhenti bergendang, tetapi selepas pihak polis beredar mereka jerit "Apa komplen-komplen Melayu bodoh". Pada bulan November dan Disember setiap tahun kumpulan pemuda Hindu memakai pakaian hitam bergendang sambil menyanyi dan bertepuk tangan seperti kumpulan dikir barat mengganggu ketenteraman awam hampir setiap malam. Kenapa mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk yang tinggal berhampiran kuil itu?. Bagaimana perasaan mereka jika keadaan sama berlaku di kawasan mereka sendiri?. Sampai bila penduduk sekitar kuil itu boleh bersabar?
              Info gambar: Keramaian kuil mengganggu ketenteraman awam
              
4. Penduduk mohon bantuan pertubuhan NGO Islam kerana gangguan bising sejak Julai 2008 hingga Disember 2008 sudah keterlaluan. Penduduk buat keputusan mengadu kepada NGO kerana tidak ada tindakan berkesan daripada pihak berkuasa untuk mengatasi masalah penduduk. Sebahagian masalah yang mengganggu penduduk bertahun-tahun lamanya hanya berkurangan selepas campur tangan NGO Islam pada Januari 2009. Logikkah NGO dituduh membuat provokasi dan menjadi DALANG bantahan penduduk Seksyen 19 mendesak kuil itu segera dipindahkan?. Salahkah penduduk membantah jika pengunjung kuil sering mengganggu ketenteraman awam? Adakah penduduk perlu menunggu hingga keadaan sudah menjadi kritikal baru hendak ambil tindakan? Kenapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak memahami masalah penduduk yang menghadapi tekanan emosi akibat gangguan keterlaluan aktiviti kuil yang hampir dengan kediaman penduduk Islam? Menyalahkan Pertubuhan NGO yang datang membantu penduduk,  sama seperti menyalahkan penduduk  yang minta bantuan daripada mereka.

5. Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat amat sensitif apabila penduduk Islam Seksyen 23 buat demonstrasi di hadapan SUK kerana membantah kuil yang hendak dipindahkan berhampiran kawasan kediaman mereka. Banyak laporan polis telah dibuat kerana isu kepala lembu dianggap sensitif dan mengguris perasaan penganut Hindu. Kita tidak hairan jika masyarakat India menyokong kaum mereka. Apa yang memeranjatkan ialah sokongan segelintir pemimpin Islam kepada pihak kuil. Kenapa penduduk Islam Seksyen 19 tidak mendapat sokongan padu daripada masyarakat Islam? Kenapa pihak luar lebih prihatin membantu penduduk Islam Seksyen 19 yang diganggu bertahun-tahun lamanya oleh pengunjung kuil?. Pihak NGO segera datang membantu selepas menerima aduan penduduk. Tetapi mereka telah dituduh membuat provokasi dan menimbulkan suasana yang tegang di Seksyen 19. Gambar dibawah dikatakan tindakan provokasi NGO kepada pihak kuil. Kenapa pihak kuil membuat aduan kumpulan NGO memakai T Shirt unit jihad dimasukkan dalam laporan diatas?. Adilkah jika menyalahkan pihak Islam sahaja? Jika hendak menegakkan KEADILAN untuk semua, aduan kedua-dua belah pihak wajar didedahkan kepada umum.
Penulis risalah menyalahkan NGO buat provokasi kerana pakai Tshirt Jihad. Gambar diambil ketika kumpulan NGO mendirikan tapak gelanggang bersebelahan kuil untuk mengelakkan lebih banyak tanah milik PKNS diceroboh oleh pihak kuil.  

6. Adakah NGO Islam lebih merbahaya daripada pengunjung kuil? Semasa penduduk Islam mengadakan mesyuarat pertama kali dengan pihak NGO Islam pada 04/01/2009 di Jalan Ladung ramai penguat kuasa MBSA dihantar meronda kawasan penduduk selepas pihak kuil membuat aduan kedatangan kumpulan NGO keSeksyen 19. Penguat kuasa menunggu hingga selesai mesyuarat pada jam 2 petang. Kenapa begitu cepat tindakan diambil selepas menerima aduan dari pihak kuil? Setiap hari bermula 05/01/2009 hingga 09/01/2009 penguat kuasa MBSA membuat rondaan yang kerap setiap hari dikawasan penduduk. Pada 10/01/2009 semasa majlis perasmian gelanggang NGO diadakan sejak pagi lagi ramai penguat kuasa MBSA dan polis berkawal di kawasan perumahan sekitar kuil sehingga menakutkan penduduk untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh pertubuhan NGO. Kenapa perkara yang sama tidak berlaku apabila pihak kuil mengadakan upacara dan keramaian di kuil itu? Kenapa tidak ada rondaan yang kerap walaupun ada pengunjung kuil yang minum dan mabuk?. Penduduk terpaksa merayu bantuan daripada Adun, Penguat kuasa MBSA dan Polis apabila gangguan bising dari kuil sudah keterlaluan mengganggu ketenteraman awam hingga tengah malam. Namun begitu pelbagai masalah terus berulang lagi setiap kali pihak kuil mengadakan upacara dan keramaian dikuil itu.

7. Siapakah yang menjadi DALANG perarakan bergendang pada 26/07/2008 waktu jam 1 pagi?. Siapakah yang berani membuat ugutan kepada penduduk? Pelbagai aduan sudah dibuat kepada wakil-wakil rakyat dan pihak kerajaan negeri tetapi tidak ada perubahan malah semakin kronik. Apabila penduduk mohon bantuan dari pihak luar mereka pula dituduh membuat provokasi dan menjadi dalang bantahan penduduk Islam Seksyen 19. Laporan diatas bersikap double standard memihak kepada pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam. Kenapa pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan oleh pemimpin PR? Masalah penduduk Seksyen 19 tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa peka dan mengambil tindakan lebih tegas untuk mengatasi isu ini.
   Salah satu ugutan kepada penduduk Islam Seksyen 19

8. Kenapa hanya penduduk Islam dan pertubuhan NGO Islam sahaja yang dipersalahkan dalam isu pemindahan kuil keSeksyen 23? Siapakah yang sebenarnya yang telah menegangkan suasana di Seksyen 19? Kenapa tekanan emosi dan pelbagai risiko yang dihadapi oleh penduduk Islam akibat gangguan keterlaluan oleh pengunjung kuil tidak disebut dalam laporan diatas?. Gangguan mereka sudah banyak yang menyinggung dan mengguris hati penduduk tempatan. Kenapa mesti dikaitkan bantahan penduduk yang dibantu pertubuhan NGO Islam dengan pihak UMNO?. Logikkah NGO yang membantu penduduk Islam Seksyen 19 dituduh ada agenda politik?. Sikap pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menyalahkan pihak lain telah menegangkan suasana yang dihadapi oleh penduduk Islam di Seksyen 19 dan di Seksyen 23. Melalui sidang media yang disiarkan oleh TV Selangor pemimpin BN dituduh tidak mengambil sebarang tindakan memindahkan kuil dan UMNO dituduh menegangkan suasana di Seksyen 19. Kenapa ada sikap buruk sangka sesama Islam? Kenapa pemimpin PR tidak peka sensitiviti penduduk sekitar kuil di Seksyen 19?.

TV Selangor - Sidang Media Pemindahan Kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23: