Wednesday 29 February 2012

Isu pemindahan Kuil Seksyen 19 selesai. Penduduk menunggu mercu tanda yang baru.




Gambar kuil Seksyen 19 Shah Alam pada Julai 2008

Lokasi kuil terletak dikawasan majoriti penduduk Islam. Tahun 1987 PKNS berjanji kepada penduduk kuil itu akan dipindahkan. Tapak itu untuk 16 unit rumah teres dua tingkat seperti dalam pelan asal PKNS. Pada tahun 1988 kuil itu kecil digunakan oleh penduduk setinggan berhampiran jalan kereta api. Ketika itu kuil hanya ada satu bilik sahaja, tidak ada bekalan air dan elektrik dikuil itu. Pada tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan perumahan baru dibuka di Seksyen 20 datang kekuil itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil. Pada tahun 2003 kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 tetapi pihak kuil menolak. Selepas bekalan elektrik dimasukkan kuil diubahsuai sedikit demi sedikit sebelum keramaian diadakan. Semua setinggan dipindahkan pada tahun 2005. Pada Jun 2006 bekalan air dimasukkan, ubahsuai kuil bertambah rancak. Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang "Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa". Realitinya tanah itu terus diceroboh. Pada Julai 2007 aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri dan BPR kerana kuil sudah dibesarkan jadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kepada penduduk kuil akan pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa MAC 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan. Usaha penduduk selama bertahun-tahun minta kuil itu dipindahkan jadi sia-sia.

Gambar bendera PAS dan PKR yang dipasang pada papan tanda PKNS

Pada April 2008 bendera PAS dan PKR dipasang pada papan tanda PKNS. Pihak kuil beritahu dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah. Aduan dibuat kepada Wakil Rakyat tetapi tidak ada tindakan untuk turunkan bendera itu. Aktiviti kuil bertambah aktif dan sering mengganggu ketenteraman awam. Pada Julai 2008 hingga Disember 2008 gangguan bising dari kuil semakin menjadi-jadi. Pelbagai masalah sampingan mengganggu penduduk sekitar sehingga berlaku beberapa ugutan kepada penduduk. Aduan demi aduan dibuat kepada pihak berkuasa namun tidak ada tindakan berkesan. Penduduk mohon bantuan Pertubuhan NGO Islam ketika keadaan bertambah serius pada Disember 2008. Selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam bendera diturunkan daripada notis PKNS itu pada 08/01/2009.

Tahun 2009:
Bantahan berterusan penduduk kerana gangguan bising dan pelbagai masalah menjadi kronik pada Julai 2008 hingga Disember 2008. Penduduk terpaksa meminta bantuan Pertubuhan NGO Islam pada Januari 2009. Pertubuhan NGO Islam telah menghantar memorandum minta kuil segera dipindahkan. Pada Mei 2009 penduduk menerima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Tapak yang dipilih berhampiran kawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 maka bantahan besaran telah berlaku. Masalah pemindahan kuil Seksyen 19 telah tertangguh lagi. Aduan demi aduan telah dibuat mohon kuil dipindahkan ketapak lain.





22/8/2011: Aduan dibuat kepada YB Dato' Khusrin Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mohon bantuan agar masalah gangguan kuil diberi perhatian. Penduduk mohon kuil segera dipindah seperti yang dijanjikan.

9/9/2011 Wakil Rakyat Shah Alam telah memberi taklimat kepada wakil penduduk Seksyen 19 bahawa pemindahan kuil akan selesai pada November 2011. Menurut YB Adun pada Disember 2011 PKNS akan memulakan projek mendirikan rumah teres dua tingkat yang sebanyak 16 unit di tapak itu.

22/09/2011 : Aduan dibuat sekali lagi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Surat aduan isu kuil telah ditandatangani lebih daripada 100 orang penduduk telah dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato' Khusrin bin Haji Munawi mohon bantuan agar isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23 diselesaikan segera oleh pihak berkuasa kerajaan Ngeri Selangor.

26/12/2011 : Gangguan bising dari kuil hampir setiap pagi selepas Subuh dan menjelang Maghrib kerana sami kuil sering memasang kuat lagu-lagu Hindu. Gangguan bergendang waktu malam berlarutan hampir empat minggu dalam bulan November dan Disember 2011. Kumpulan berpakaian kain hitam membuat upacara dikuil itu. Mereka bergendang sambil menyanyi mengganggu ketenteraman penduduk dari 17/11/2011 hingga malam 14/12/2011. Mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk sekitar.


27/1/2012 - 28/01/2012: Kuil mengadakan upacara mereka yang terakhir dikuil itu. Gangguan bising bunyi gendang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar selama dua hari. Selepas itu pemindahan barang-barang dan patung-patung diangkut dengan lori.

Februari 2012:
Kuil Seksyen 19 dirobohkan.



         Gambar-gambar Kuil Seksyen 19 yang telah dirobohkan pada 02/02/2012


Penduduk Seksyen 19 mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah membantu penduduk untuk menyelesaikan masalah kuil yang telah begitu lama mengganggu ketenteraman penduduk dikawasan majoriti Islam. Usaha penduduk sekitar mohon kuil itu dipindahkan ketapak lain akhirnya berjaya. Kuil lama telah di robohkan pada hari Khamis 02/02/2012. Kerja-kerja meroboh kuil itu mengambil masa satu jam sahaja dengan menggunakan jentolak. Hanya sebahagian daripada kuil lama itu tidak dirobohkan untuk dijadikan rumah sementara untuk pekerja binaan. Kawasan tapak itu sudah dipagar oleh pihak pemaju. Kini penduduk menunggu rumah teres 16 unit seperti dalam pelan asal akan segera didirikan ditapak itu.