Saturday 26 December 2009

KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPTEMBER 2000 – DISEMBER 2009):


DISEMBER 26, 2009
KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPTEMBER 2000 – DISEMBER 2009):

Info, Aduan dan Perjumpaan penting dbuat oleh penduduk mulai September 2000 - DIsember 2009:

23. 09. 2000 - Perjumpaan penduduk dengan YDP MPSA dan Adun Batu 3 di Wisma MPSA.

Januari 2001- Perjumpaan dengan Datuk Bandar Shah Alam yang pertama diWisma MBSA.

Julai 2002 - Perjumpaan penduduk dengan Wakil Datuk Bandar Shah Alam, Adun Batu 3, Wakil Polis, Wakil PKNS dan Wakil Pejabat Tanah Petaling, di Pejabat PKNS, Shah Alam.

16. 09. 2003 - Penduduk menerima salinan surat dari PKNS yang mengarahkan kuil dipindahkan kekawasan Kuil Berkelompok di Seksyen 18. Pihak kuil tidak mematuhi arahan berpindah.

Tahun 2004 - Bekalan elektrik dimasukkan, tetapi air diambil secara haram dari paip jalan. Gangguan bising keramaian beberapa malam. Penduduk buat aduan di Balai Polis Seksyen 15.

Tahun 2005 – Semua penduduk India yang tinggal di kawasan setinggan berhampiran jalan keretapi telah dipindahkan secara berperingkat hingga selesai.

Tahun 2006 -Terima maklumat pihak kuil menghantar permohonan untuk daftarkan kuil dipejabat Pendaftar Pertubuhan tetapi belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada MBSA.

Jun 2006 - Bekalan air dimasukkan ke kuil. Ubahsuai bertambah rancak membesarkan lagi kawasan kuil. Aduan dibuat kepada Penguat kuasa MBSA, mereka datang meronda sahaja.

28. 07. 2006 - Penduduk hantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS - Penceroboh Akan Didakwa”. Notis itu tidak dipedulikan pihak kuil.

01.08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Jabatan Kontroller di Pejabat PKNS Shah Alam.

04. 08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Penguatkuasa & Peg. Jabatan Perancang MBSA.

15. 09. 2006 - Perjumpaan penduduk dengan Adun Batu 3, di Pejabat Adun Seksyen 11, Shah Alam. Maklumat daripada PA Adun En. Badaruddin pihak kuilmenolak ditawarkan pindah ke Seksyen 23. Mereka beri alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan loji Indah Water.

09. 10. 2006 - Perjumpaan 7 orang wakil penduduk dengan Menteri Besar Selangor di SUK.
Nov. 2006 - Maklumat dari Jab. Kontroller, Peguam arahkan kuil pindah sebelum 30.11.2006

20. 12. 2006 - Aduan dihantar kepada Pengurus Besar PKNS, Ibu Pejabat PKNS, Petaling Jaya.


April dan Mei 2007 - Pekerja-pekerja PKNS dihantar mengukur kawasan disekitar kuil itu. Penduduk berdekatan dimaklumkan projek rumah teres 16 unit yang tergendala diteruskan.

June 2007 - Kuil yang sudah diubahsuai ada 5 bilik. Banyak barang dibawa masuk kekuil itu.

27. 07. 2007 - Aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan BPR. Pada masa itu keramaian bergendang dan amat bising sedang diadakan beberapa hari. Selepas aduan diterima BPAJPM, ubahsuai kuil diberhentikan, gangguan bising berkurangan.

29.12.2007 - Terima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA, kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. 

Mac 2008 - Kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

01. 04. 2008 - Aduan dihantar kepada YB Adun Batu 3, Ahli Parlimen Shah Alam dan MB baru. Pihak kuil pasang bendera PAS dan PKR pada papan tanda notis PKNS. Mereka beritahu penduduk dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Aduan dibuat kepada wakil rakyat tetapi tidak ada tindakan menurunkan bendera itu.

April 2008 - Perjumpaan penduduk dengan YB Adun Batu 3 yang baru dimasjid Ubudiah Seksyen 19. YB Adun syurkan pasang tembok keliling kuil. Ramai penduduk tidak bersetuju cadangan YB Adun. Penduduk kecewa pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan. Usaha penduduk bertahun-tahun menjadi sia-sia sahaja.

June 2008 - Ubahsuai besarkan jalan masuk kekuil. Gangguan lagu-lagu Hindu bising hampir setiap pagi dan malam.

Julai 2008 - Keramaian bising sering diadakan. Pada 26/7/2008 perarakan bergendang membawa patung besar kuda terbang dibuat pada jam 1 pagi dihadapan rumah penduduk Islam. Penduduk sekitar diugut bunuh kerana menegur mereka buat bising ditengah malam. Suasana malam itu kecuh. Bila peronda polis beredar keluar kawasan penduduk mendengar jeritan “Apa komplen-komplen Melayu bodoh”.

09. 08. 2008 - Perjumpaan penduduk dan YB Ahli Parlimen Shah Alam di masjid Ubudiah Seksyen 19. Salinan laporan polis penduduk diugut bunuh diserah kepada YB Khalid Samad. Banyak aduan masalah kuil disampaikan kepada YB Ahli Parlimen Shah Alam.

12. 08. 2008 - Perjumpaan wakil-wakil penduduk Islam, wakil-wakil kuil dengan YB Adun Puan Rodziah, YB Xavier, YB Ahli Parlimen, Wakil Datuk Bandar, Wakil PKNS dan wakil Polis di pejabat Adun Seksyen 23. Wakil Penduduk Islam Seksyen 19 hanya 5 orang sahaja kerana surat diedar jemput wakil-wakil jalan berdekatan kuil. Tetapi pihak kuil terlalu ramai yang datang walaupun dalam surat jemputan hanya tulis AJK kuil itu.

07.10. 2008 - Aduan kepada YB Adun gangguan bising semasa penduduk menyambut Aidilfitri.

14. 12. 2008 - Ubahsuai dibuat membesarkan bilik-bilik dikuil. Gangguan bising pagi dan malam.

18. 12. 2008 - Penduduk hantar aduan mohon bantuan NGO Islam atasi masalah gangguan kuil.

31. 12. 2008 - Hantar aduan keramaian 28.12.2008 kepada YB Adun Batu 3, MB & Datuk Bandar.

08. 01. 2009 - Hantar rakaman video ubahsuai dikuil pada 21.12.2008 kepada pihak berkuasa. YB Ahli Parlimen Shah Ahli serang pemimpin NGO tuduh mereka datang buat provokasi kepada kuil Hindu. Bendera PAS dan PKR diturunkan daripada papantanda PKNS. Pertubuhan NGO hantar memorandum minta kuil segera dipindahkan ketapak lain.

10. 01. 2009 – Majlis silatulrahim penduduk dan pertubuhan NGO Islam. NGO bina gelanggang untuk mengelakkan lebih banyak kawasan diceroboh. Tindakan drastik oleh NGO Berjaya mengurangkan sebahagian daripada masalah penduduk sekitar kuil.

08. 02. 2009 - Penduduk hubungi Bilik Gerakan MBSA pihak kuil buat tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan Ladung 19/25.

23. 02. 2009 - Hantar aduan masalah tandas baru dikuil kepada Pengarah Penguat kuasa MBSA. Seorang sami dibawa masuk selepas tandas itu siap.Tandas dibuat khas untuk sami yang menjadi penjaga baru di kuil itu.

17.03.2009 - Surat mohon tiada gangguan digelanggang yang dibina NGO kepada Pengarah Penguat kuasa MBSA.

05. 05. 2009 - Hantar aduan kepada MB, Adun Batu 3 dan Exco Agama mohon kuil dipindahkan.

08.05.2009 - Jawapan YB Adun Persatuan Kuil setuju pindahkan kuil dan selesai masa terdekat.

12.05.2009 - Balasan surat kepada YB Adun mohon pemindahan kuil tidak ditangguhkan lagi.

31.05.2009 - YB Adun sampaikan berita kepada AJK Masjid Ubudiah kuil akan pindah ke Seksyen 23.

02.08.2009 – Aduan kepada YB Adun, MB, Exco Agama dan Datuk Bandar Shah Alam kuil dicat baru walaupun hendak dipindahkan, gangguan di gelanggang senaman penduduk Islam dan masalah dikuil kecil.

05.08.2009 - Keramaian diadakan selama beberapa hari. Gangguan bising bergendang pada 07.08.2009 pada jam 8 hingga10 malam. Disambung pula pada jam 12 malam. Aduan kepada YB Adun pada Jam 1 pagi kerana kuil masih bergendang. YB Adun dan 2 peronda polis datang jam 1.15 pagi. Selepas polis beredar gangguan bising pemuda India hingga jam 2.30 pagi.

08.08.2009 - gangguan bergendang mula pada jam 6.45 pagi. Aduan kepada YB Adun. Pada malam Sabtu 08/08/2009 gangguan bising bergendang beberapa jam walaupun ada majlis kenduri Doa Selamat diadakan dirumah berhampiran.

09.08.2009 - gangguan bising lagu-lagu Hindu pada sebelah pagi dan malam.

28.08.2009 – Demonstrasi bantah kuil di SUK. Penduduk Islam Seksyen 23 mengadakan demonstrasi membantah kuil yang hendak dipindahkan berhampiran kawasan mereka. Bantahan mereka tidak dipedulikan malah tapak kuil satu ekar sudah siap dipagar.

Ogos  2009 - Penduduk Seksyen 19 dan Pertubuhan NGO mengadakan sidang media desak pindahkan kuil ketapak lain. Kenapa pemindahan ke Seksyen 22 dibatalkan oleh PR?

15.09.2009 - Penduduk Seksyen 19  mengadakan sidang media menafikan kuil sudah berusia ratusan tahun seperti yang dilaporkan dalam media Pakatan Rakyat.

30.09.2009 – Sebuah risalah diterbitkan bahagian secretariat akhbar kerajaan negeri Selangor bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23” tersiar dalam website dan blog PR. Laporan yang berat sebelah memihak kepada pihak kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam Seksyen 19.  Pertubuhan NGO , penduduk Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23 dipersalahkan .

November 2009 - Disember 2009 - Gangguan bising semakin kerap apabila kumpulan berpakaian hitam mengadakan upacara berkumpulan. Mereka menyanyi, bergendang sambil bertepuk tangan. Mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk dikawasan majoriti masyarakat Islam.