Saturday 25 August 2007

Aduan kepada MB Gangguan bising di Kuil Seksyen 19

Date:Tue, 25 Aug 2007 05:11:58 +0100 (BST)

From:"MOHD AYUB HARUN"
Subject: Gangguan Bising DiKuil Di Seksyen 19 Shah Alam
To:"DATO’ SERI DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO" , "Datuk Bandar Shah Alam"
CC:"Biro Pengaduan Awam" , "Badan Pencegah Rasuah Malaysia"

YAB Dato Seri,

Penduduk berhampiran kuil haram Seksyen 19 telah di ganggu dengan bunyi bising dalam jangkamasa yang lama pada malam 16.8.07 dan malam 24.8.07. Suara pemuda kuil sudah cukup kuat menjadi lebih kuat kerana mereka guna speaker. Mereka pasang lagi muzik lagu-lagu Hindu.

Setiap kali mereka buat gangguan bising penduduk terpaksa mohon bantuan adun dan MBSA. Jika tidak gangguan akan berlarutan hingga tengah malam.

Oleh kerana tiada lagi orang India yang tinggal berdekatan dengan kuil itu, di harap perkara ini diberi perhatian kerana mereka telah mengganggu ketenteraman dikawasan majoriti penduduk beragama islam. Janji pihak atasan hendak pindahkan kuil sudah terlalu lama dah.

Terima kasih. Harap dapat di selesaikan.

Daripada

Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.