Friday 10 June 2011

Dokumen MTEN Selangor - laporan pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23










Laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor - Isu pemindahan Kuil Seksyen 19:
Dokumen MTEN itu ditandakan "Rahsia" tetapi ia telah tersebar di dalam blog-blog. Dokumen itu di tandatangani oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md Nor pada 01/07/2009 dan dua Pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang MBSA. Dokumen MTEN diatas telah ditandakan "lulus", walaupun dalam laporan itu ada menulis mengenai bantahan penduduk Islam Seksyen 23.

Ulasan mengenai laporan MTEN digariskan seperti berikut:

1. Bantahan Penduduk Seksyen 19 Shah Alam - Pihak Majlis menerima aduan dan bantahan daripada penduduk berhubung struktur kuil. Penduduk mendakwa mereka mengalami tekanan emosi dalam tempuh yang panjang dan mohon kuil itu dipindahkan.

Ulasan: Datuk Bandar Shah Alam, Pegawai-pegawai Penguat Kuasa MBSA dan Pegawai-pegawai Jabatan Perancang MBSA sudah banyak menerima aduan-aduan masalah penduduk Islam Seksyen 19 dari masa kesamasa. Selepas aduan penguat kuasa datang buat rondaan, ubahsuai diberhentikan, tetapi selepas penguat kuasa beredar dari situ kerja ubahsuai kuil disambung lagi. Gangguan bising sering mengganggu penduduk hampir setiap hari dan bertambah bising apabila mereka mengadakan upacara dan keramaian. Selepas aduan gangguan bising berhenti untuk sementara waktu tetapi berulang semula selepas itu. Penduduk berterima kasih kepada pihak Majlis yang banyak memberi kerjasama kepada penduduk Islam Seksyen 19.

2. Pihak Majlis telah menerima memorandum bantahan daripada pertubuhan NGO berhubung struktur kuil Hindu tersebut. Pihak NGO telah mendirikan gelanggang bersebelahan bangunan kuil sediada dan ini telah menimbulkan ketegangan antara pihak kuil dan penduduk.
Ulasan : Penduduk berterima kasih kepada Pertubuhan NGO yang segera datang membantu selepas menerima aduan penduduk. Penduduk terpaksa mohon bantuan NGO kerana gangguan dan pelbagai masalah mejadi kronik pada Disember 2008. Pihak NGO telah menghantar memorandum bantahan kepada pihak berkuasa minta kuil itu segera dipindahkan. Tindakan drastik pihak NGO dirikan gelanggang bersebelahan kuil dapat mengurangkan sebahagian masalah penduduk sekitar.

3. Pihak Polis juga telah menasihatkan pihak Majlis agar memindahkan kuil tersebut ke tapak yang lebih bersesuaian bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini terus berlaku.
Ulasan : Terima kasih kepada pihak Polis yang telah berusaha membantu penduduk Seksyen 19 dan menasihatkan pihak majlis memindahkan kuil itu ketapak lain. Pihak polis sering menerima aduan penduduk dari masa kesemasa terutama semasa keramaian bergendang yang berlarutan hingga ketengah malam. Pelbagai gangguan dan ugutan telah berlaku kepada penduduk yang tinggal sekitar kawasan kuil. Aktiviti kuil yang biasanya bising telah mengganggu ketenteraman hidup penduduk sekitar kuil itu bertahun-tahun lamanya. Pihak kuil tahu dan sedar penduduk Islam berterusan buat bantahan kepada pihak berkuasa. Mereka melihat polis datang buat rondaan tetapi mereka tidak ambil peduli sensitiviti penduduk tempatan.

4. Kuil Seksyen 19 dibenarkan terus beroperasi ditapak asal sehingga akhir tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap untuk digunakan (dokumen t/t Adun dan AP Shah Alam dan Wakil Kuil).

Ulasan: Dalam surat itu tiga syarat yang telah dipersetujui oleh pihak kuil, YB Adun Batu 3 dan YB AP Shah Alam. Antara syarat nya: Kuil Seksyen 19 dibenarkan beroperasi sehingga akhir tahun 2010. Penduduk berharap pemindahan ketapak baru di Seksyen 23 berhampiran kilang Nitto Denko tidak akan ditangguhkan lagi.

5. Perenggan akhir ditulis “Pihak AJK Kuil hendaklah merobohkkan struktur bangunan kuil Seksyen 19 setelah pembinaan kuil baru disiapkan. Pihak PKNS hendaklah segera membina 16 unit rumah teres yang telah diluluskan oleh Majlis melalui pelan MBSA/PRG/PSA 19-16-01
Ulasan : Dalam dokumen diatas secara terang menulis selepas "kuil baru" di Seksyen 23 siap, kuil di Seksyen 19 hendaklah "dirobohkan". Pihak PKNS hendaklah segera membina rumah 16 unit yang tergendala selama 23 tahun.