SHAH ALAM 13 Sept. - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka.
Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu.
Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.
Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah.
Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.
''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.
Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka cerita tanpa fakta yang betul.
''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka.
''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti," ujarnya. Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.
________________________________________________________________
Petikan Blog:
The Unspinners.blogspot.com
Sunday, September 6, 2009
Kuil Seksyen 19 tidak lojik berumur 150 tahun
Maklumat mengatakan kuil Seksyen 19 selama 150 tahun pertama kali diakui oleh akhbar online tajaan Singapura (yang diuruskan oleh plagiarist atau kaki tiru Brendan Pereira dan pemutarbelit Kalimullah Hasan) - The Malaysian Insider.
Semua pihak yang condong ke alam putar belit dari akhbar online tajaan Soros - Malaysiakini, akhbar online anak raja gila yang ditaja CIA - Malaysia Today dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat menggunakan maklumat bohong ini.
Dari maklumat yang diperolehi di Wikipedia:
Kuil yang tertua di Malaysia adalah Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Bandar Kuala Lumpur. Kuil tersebut ditubuhkan pada tahun 1873 (136 tahun) tetapi hanya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1920an. Sebelum berada di tempat sekarang, kuil ini asalnya di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Tidak hairan ia main dibina di sebuah pokok besar.
Kuil yang paling popular di luar India, iaitu Kuil Batu Caves ditubuhkan pada tahun 1891 (118 tahun). Ia mula menjadi kuil tumpuan perayaan Thaipusam pada tahun 1892.
Kuil Sri Sunderaraja Perumal, Klang atau dikenali sebagai Kuil Klang Perumal hanya berumur 117 tahun. Ianya dianggap sebagai salah sebuah kuil tertua di Malaysia dan kuil jenis Vaishnavite terbesar di Malaysia. Kedudukkannya di bandar diraja Klang adalah di Little India.
Sini ingin sekali saya tahu dimana betulkah Kuil Sri Mahamariaman Seksyen 19 ini berumur 150 tahun yang telah wujud dari tahun 1859 sebelum kuil tertua di Malaysia yang berumur hanya 136 tahun dan kuil terpopular yang hanya berumur 118 tahun?
Lojikkah kuil Seksyen 19 berumur 150 tahun hanya berupa demikian:
Apa kata penduduk Seksyen 19? Dalam surat yang ditulis kepada Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor ada disebut berikut:
Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. ..........
Lojikah kuil 150 tahun ini hanya menyerupai dibawah ini pada masa umurnya 129 tahun pada tahun 1988?
FRIDAY, SEPTEMBER 11, 2009
UNSPIN: Penganut Hindu Seksyen 19 terus kelentong kuil wujud ratusan tahun
Laman web kerajaan Pakatan, Selangorkini Online menyiarkankenyataan dari Wakil penduduk Hindu yang juga Ahli Majlis MBSA, K.Uthayasoorian. Dia menegaskan penduduk Seksyen 19 patut mengambil tahu sejarah kuil tersebut.
Tak tau samada mereka menyedari jawapan kami The Unspinner telah menafikan saranan kuil itu berumur 150 tahun oleh The Malaysian Insiders. Ia tidak masuk akal dari segi sejarah.
Uthaya masih menegaskan bahawa "kuil itu telah wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka dan sebelum wujudnya penempatan di kawasan terbabit". Apa asas dan bukti sejarah untuknya katakan sedemikian?
Katanya asal tempat itu adalah Ladang Sungai Rengam yang dipunyai Guthrie & Company. Ia sudah "wujud 109 tahun lagi". Kemudian dia kata sudah "wujud 109 tahun sebelum Merdeka". Mana cerita pula "wujud beratus tahun dahulu sebelum merdeka"?
Dia mengatakan bahawa kawasan ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu" adalah estet-estet getah yang telah didiami oleh pekerja-pekerja dari India dan menjalankan tanaman getah. Apa punya cakap ini "dari 1873 sebelum dan selepas tahun itu"? Tahun apa, cakap betul-betul?
Mahu kelentong pun tak konsisten! Kami ada point lain tapi buat menjawab yang ini, apa yang kami sudah siarkan sudah memadai. Rajin-rajin baca mengenai Henry Ridley sini.
Kuil Hindu Sri Mahamariamman
Kuil Hindu Sri Mahamariamman di S19 Shah Alam asalnya kecil sahaja , setakat 2X2 meter pada tahun 1988. Kuil kecil ini semakin membesar akan didakwa pula ada sejarah 150 tahun. Oleh kerana saiznya kecil dan tidak ada usaha pendaftaran dibuat kepada mana-mana pihak, maka ia ia tidak terdaftar dalam pelan pembangunan bandar raya Shah Alam. Tidak ada bukti seperti resit, surat atau fail yang menunjukkan mana-mana kuil Hindu berusia 150 tahun. Hanya sekadar mengingatkan bahawa buruh India dibawa oleh majikan peladang British sejak 1800 lagi. Masjid juga tidak ada rekod, fail, resit atau batu tanda pembinaan. Penduduk Melayu di S19 yang duduk di sana sejak 1988 menyatakan saiz kuil itu kecil sahaja. Tapak kuil itu milik estet getah dan kelapa sawit Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tiada mana-mana pihak berusaha mendaftarkannya kerana tidak ada bantahan. Penduduk Melayu yang merungut juga tidak ada rekod bantahan dan rekod laporan polis kerana saiz kuil itu kecil sahaja.
Alangkah baiknya semua kuil, tokong, surau dan masjid mempunyai pelan pembinaan , rekod pendaftaran, senarai nama jawatankuasa pengurusan dan sebagainya.
Di S19 hanya ada 5 keluarga India. T.Murugiah pernah berunding pihak kuil setuju akan pindah ke S22. Malangnya MIC campurtangan dan berjanji diselesaikan selepas PRU12. Kuil ini dikendalikan oleh orang luar iaitu dari kapar dan pengikutnya sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 18 dan Seksyen 20.