Saturday 1 January 2011

Isu Kuil Sri Maha Mariamman Selesai : Yb Rodziah Ismail


Petikan blog : Shahalamkini.com

Isu Kuil Sri Maha Mariamman Selesai : Yb Rodziah Ismail

Isu Kuil Sri Maha Mariamman Selesai : Yb Rodziah Ismail
Masalah tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Rimba Jaya yang terletak di bawah DUN Batu Tiga yang berlarutan sejak tahun 2007, iaitu setelah kawasan setinggan di tempat berkenaan dirobohkan oleh Barisan Nasional akhirnya selesai setelah satu persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan Negeri Selangor dan penduduk berhubung pemberian tapak baru seluas 15 kaki persegi kepada mereka.
Logikah sebuah kuil dibina diatas tapak 15 kaki persegi? Boleh buat apa dengan keluasan itu.15 kaki persegi atau 15 kaki x 1000 kaki?
Katanya lagi : seperti isu kuil di Seksyen 19 yang telah selesai, beliau menekankan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan jika masing-masing dapat duduk semeja dan berbincang dengan hati yang terbuka”. Bila masa selesainya? kuil yang dijanji pindah masih dok kat situ lagi.
Terima kasih Yb Rodziah Ismail yang berjaya menyelesaikan isu kuil yang kalut seketika dahulu, nampaknya masyarakat Hindu dapat menikmati keselesaan beribadah di kuil baru yang dibina ditapak baru Seksyen 23 Shah Alam

Ini gambar terbaru yang di rakam pada hari Sabtu 18.12.2010 jam 10 pagi, Nampak tak!!! bangunan kuil Sri Maha Mariamman yang dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang