Tuesday 4 January 2011

Ahli Parlimen Shah Alam pertahankan kuil - petikan blog Minaq Jinggo


Gambar-gambar petikan daripada blog Minaq Jinggo 08/01/2009:


Lokasi: Jalan Ladung 19/28, Seksyen 19 Shah Alam.
Tarikh : Hari Khamis - 08/01/2009.

Info gambar : Gambar-gambar diatas dipetik daripada blog Minaq-Jinggo. Jurugambar blog berada ditempat kejadian bersama dengan pihak NGO pada pagi hari Khamis 08/01/2009. Kelihatan dalam gambar diatas Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad sedang bertegang leher dengan pemimpin NGO, Encik Rahimudin Mad Harun, Timbalan Pengerusi Pewaris berkaitan isu kuil. YB Khalid Samad telah menuduh pertubuhan NGO Islam datang ke Seksyen 19 kerana hendak membuat provokasi kepada pihak Hindu Kuil. Semasa pertengkaran itu berlaku, pegawai-pegawai penguat kuasa MBSA, AJK Kuil, dan beberapa orang penduduk Islam Jalan Ladung 19/28 berada berhampiran kawasan itu. Penduduk terpaksa mohon bantuan pertubuhan NGO Islam selepas aduan-aduan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan. Pada masa itu pelbagai masalah gangguan oleh pengunjung kuil sudah menjadi kronik. Wajarkah provokasi itu dikaitkan pula dengan PRK KT hanya kebetulan pada masa itu pilihanraya kecil hendak diadakan di Kuala Terengganu?. YB Khalid Samad menulis artikel melalui blog mengenai "Persoalan kuil di Sek 19 dan tindakan Pewaris" pada 10/01/2009 sempena hari perasmian gelanggang oleh pertubuhan NGO di Seksyen 19. Kenapa beliau minta surat itu disebarkan dan ada peringatan agar berwaspada jangan terpedaya. Persoalannya siapakah sebenarnya yang telah memperdayakan siapa selama bertahun-tahun lamanya?. Siapakah pula yang dikatakanya harus berwaspada?. Penduduk tempatan kecewa dengan sikap Wakil Rakyat PAS Ahli Parlimen Shah Alam yang menyerang pihak NGO tanpa menyiasat dahulu kenapa penduduk terpaksa minta bantuan dari pihak luar. Kenapa pihak kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam pula yang dibela? Yang pasti penduduk Islam yang perlu berwaspada dan jangan terpedaya.


Untuk info klik : http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1776895

Lokasi kuil berhampiran kediaman penduduk Seksyen 19