07 September 2009
Kuil Seksyen 19 dakwa sesak kerana tapak parkir diambil Pewaris
Salhan K Ahmad
eksklusif Pengurusan kuil di Seksyen 19 Shah Alam mendakwa kesesakan timbul apabila tapak letak kereta bagi kuil itu ini telah dipagar oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), sejak awal tahun ini, kerana penganutnya terpaksa meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan di seksyen berkenaan. |
Seorang jurucakap Pewaris, Datuk Nadzim Johan, bagaimanapun menafikannya dengan alasan penganut Hindu yang datang beribadat di situ masih boleh meletakkan kenderaan di jalan-jalan sekitar kawasan tersebut.
"Memang sesak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini minggu lepas, mengenai aduan-aduan yang diterima oleh pihaknya daripada penduduk-penduduk sekitar.
"Dulu kita boleh letak kenderaan di atas tanah itu (kini dijadikan tapak aktiviti Pewaris - editor), sekarang tidak boleh buat apa-apalah, terpaksa letak kenderaan di depan rumah orang."
Tambahnya, pihak kuil maklum dengan kegelisahan penduduk di kawasan tersebut akibat daripada aktiviti keagamaan mereka di kuil berkenaan.
Beliau, yang berkhidmat dalam jawatankuasa kuil berkenaan selama lebih 15 tahun, juga berkata hubungan di antara penganut Hindu dan masyarakat setempat yang majoritinya Islam di Seksyen 19 masih baik walaupun ada pihak cuba mengeruhkan suasana dengan menganjurkan demonstrasi dengan membawa kepala lembu di depan bangunan kerajaan Selangor, 28 Ogos lalu.
"Setiap kali kalau kami mahu membuat sambutan kebesaran apa-apa, kami akan beritahu penduduk dan minta maaf sekiranya timbul gangguan," jelasnya.
Selvakumaran berkata, kuil berusia lebih 100 tahun itu dapat digunakan kerana masih dibekalkan dengan elektrik dan air tetapi keadaan akan lebih selesa jika kuil tersebut terus dipindahkan ke tapak baru di Seksyen 23 seperti yang dirancang.
"Tapi kalau dapat pindah ke Seksyen 23 lebih baik. Di sana jauh dengan rumah orang. Kami juga boleh sembahyang dengan lebih selesa," katanya.
"Semua orang di sekitar Shah Alam, termasuk di Sri Muda mudah untuk pergi ke kuil berkenaan. Akses lebih senang sebab dekat dengan jalan besar."
Jelasnya, tapak seluas satu ekar di seksyen tersebut sesuai untuk dijadikan tapak baru kuil Sri Maha Mariamman kerana kedudukannya yang jauh daripada rumah orang Islam di kawasan berkenaan, berbanding pada kedudukan sedia ada.
Penduduk jawab laporan Malaysiakini - Pihak kuil dakwa sesak tapak parkir dimbil Pewaris:
Pertubuhan NGO Islam telah membina gelanggang bersebelahan kuil pada 10/01/2009. Pihak kuil mendakwa gelanggang menjadi punca sebab tiada parkir untuk pengujung kuil. Kenapa mereka salahkan gelanggang?. Pertubuhan NGO sudah memikirkan langkah terbaik untuk membantu mengatasi masalah penduduk Islam yang menghadapi pelbagai gangguan disebabkan aktiviti kuil yang terletak berhampiran kediaman penduduk Islam.
SEBAB-SEBAB GELANGGANG DIBINA BERSEBELAHAN KUIL :
1. Penduduk terpaksa mohon bantuan pertubuhan NGO Islam apabila situasi semasa pada masa itu sudah cukup kronik. Gangguan bising setiap hari pada waktu pagi petang dan malam kerana lagu Hindu dipasang kuat. Keadaan jadi bertambah bising pelbagai bunyi gendang dari kuil semasa diadakan keramaian. Suasana pada hari keramaian amat mengganggu ketenteraman penduduk. Kenapa pihak kuil tidak pernah memikirkan sensitiviti penduduk sekitar akibat gangguan mereka? Mereka tahu penduduk sering menghubungi polis dan penguat kuasa MBSA yang biasanya datang membuat rondaan selepas aduan dibuat.
Masalah yang sama terus berulang lagi setiap kali keramaian diadakan dikuil itu. Tindakan drastik pihak NGO Islam datang membantu penduduk untuk mengurangkan masalah kuil ialah dengan membina gelanggang bersebelahan kuil itu. Hasilnya selama 7 bulan sejak Januari 2009 hingga Julai 2009 tidak ada keramaian dikuil itu. Tetapi selepas itu pada Ogos keramaian bising dibuat semula. Gelanggang dibina dapat mengurangkan masalah gangguan dari kuil itu. Pihak kuil patut sedar kerana gangguan mereka pihak NGO terpaksa bina gelanggang bersebelahan kuil itu.
2. Hanya baru sekali sahaja pihak kuil memberitahu satu keluarga Islam berdekatan keramaian hendak diadakan pada Ogos 2009, beliau sudah mendakwa setiap kali buat keramaian akan beritahu penduduk. Tidak ada pun keluarga Islam kawasan sekitar yang diberitahu bila mereka hendak mengadakan keramaian dikuil itu. Walaupun sebelum keramaian itu pihak kuil memberitahu keluarga itu akan mengurangkan bunyi bising, tetapi gangguan bergendang dibuat juga pada 07/08/2009. Malah pada malam itu pada jam 1 pagi mereka masih bergendang. Selepas dua kereta polis peronda sampai barulah mereka berhenti bergendang. Bilakah masanya pihak kuil meminta maaf kepada penduduk?. Penduduk menafikan dakwaan ada hubungan yang baik antara penduduk dengan mereka yang tidak mahu menghormati sensitiviti penduduk tempatan.
Gambar petikan filem dokumentari Kesah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah:
Pihak kuil mendakwa hubungan mereka baik dengan jiran. Penduduk Islam sekitar kawasan kuil tidak kenal mereka. Jadi tidak mungkin ada penduduk Islam yang minta mereka simpankan kunci atau minta tolong beri kucing makan semasa cuti Hari Raya.
3. Penduduk menafikan tuduhan mengenai tapak gelanggang menjadi punca jalan sesak dan tiada tempat parkir kereta. Masalah gangguan pengunjung kuil yang meletakkan kenderaan dihadapan rumah penduduk sekitar sudah berlaku begitu lama sebelum didirikan gelanggang lagi. Mereka bukan sahaja sering memakir kenderaan sesuka hati dihadapan pagar penduduk sekitar tetapi kenderaan mereka juga mengganggu lalu lintas penduduk tempatan yang melalui Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Jadi, jangan salahkan gelanggang menjadi sebab tidak cukup parkir kereta. Parkir kereta di kawasan itu (lihat gambar longgokan batu), baru sahaja dibuat pada bulan September 2008 ia-itu selepas perjumpaan penduduk dengan Ahli Parlimen Shah Alam pada Ogos 2008.
4. Sejak gelanggang didirikan oleh pihak NGO pada 10/01/2009 yang lalu, pemuda-pemuda India yang melepak dan bising dihujung Jalan 19/28 jarang kelihatan lagi kecuali semasa diadakan keramaian. Gangguan bising dan sesak pada hari keramaian juga sudah dapat dikurangkan kerana tidak banyak khemah boleh dipasang bersebelahan kuil. Timbunan sampah selepas keramaian juga tidak kelihatan lagi. Tandas yang dibuat pada November 2006 telah masuk kedalam kawasan gelanggang. Tandas dan timbunan sampah mencemarkan pemandangan penduduk. Kawasan yang dibina tapak gelanggang banyak botol-botol arak disitu. Apabila kawasan itu dijadikan gelanggang, sebahagian masalah gangguan dihadapi penduduk tempatan sudah dapat dikurangkan.
5. Pengerusi kuil mendakwa kuil itu telah berusia 100 tahun. Semasa penduduk berpindah pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang. Jadi, tapak itu sahaja jika benar ia sudah berusia 100 tahun?. Bagaimana pula sambungan haram kuil yang dibuat ubahsuai menjadi semakin besar hingga menghampiri rumah-rumah penduduk Islam? Kenapa bilik-bilik kuil itu bertambah dari tahun ketahun dibuat tanpa pelan, permit dan kelulusan PBT? Jika dikira ubahsuai dikuil itu belum sampai 100 bulan lagi. Pengerusi kuil bertanggung jawab mengubahsuai kuil itu menjadi besar walaupun sudah ada arahan berpindah ke Seksyen 18 pada tahun 2003. Jika sudah tahu kuil akan dipindahkan kenapa ia perlu dibesarkan lagi?. Kenapa bekalan elektrik dan air dimasukkan selepas PKNS keluarkan arahan pindah kuil ke Seksyen 18?.
8. Pada 04/08/2006 persatuan penduduk telah membuat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Jabatan Perancang MBSA mohon masalah kuil diberi perhatian. Pada petang hari itu juga penguat kuasa buat rondaan dan menunggu sepanjang malam hingga kepagi di Jalan Ladung 19/28. Selepas itu, selama dua minggu berturut-turut pegawai penguat kuasa MBSA membuat rondaan kekawasan kuil setiap hari. Pihak kuil tahu penduduk Islam buat bantahan tetapi mereka teruskan juga besarkan kuil itu pada waktu malam dan cuti hujung minggu?. Gelanggang dibina oleh pihak NGO Islam untuk mengelakkan lebih banyak lagi kawasan tanah milik PKNS diceroboh. Notis larangan menceroboh tanah milik PKNS sudah dipasang dikawasan kuil itu selepas aduan dibuat kepada DYMM Sultan Selangor pada Julai 2006.
Penduduk Islam sudah lama sedar usaha-usaha yang dibuat pihak kuil untuk terus kekal ditapak itu. Penduduk tempatan sudah terlalu lama bersabar dengan pelbagai gangguan emosi, pencemaran pemandangan, pencemaran bunyi dan pelbagai gangguan lagi. Penduduk kawasan sekitar juga sudah lama berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran untuk mengatasi masalah itu. Penduduk Seksyen 19 berharap kuil itu segera dipindahkan oleh pihak berkuasa.