Pencerobohan diatas tanah milik PKNS di Seksyen 19 Shah Alam
Tarikh : Hari Ahad - 21hb. Disember 2008
Gambar-gambar video dibawah ini telah dirakamkam dikawasan kuil Seksyen 19 Shah Alam pada hari Ahad 21/12/2008. Pada hari itu ada majlis perkahwinan sedang berlangsung di Jalan Ladung 19/28. Pada sebelah pagi kelihatan orang-orang kanan kuil berada di kawasan itu. Gambar-gambar video dibawah ini telah dirakamkan pada jam 2.00 petang. Ketika itu kerja-kerja ubahsuai sedang dibuat oleh seoarang pekerja Indonesia dan seorang India . Mereka kelihatan tidak mempedulikan orang ramai yang berkunjung ke majlis perkahwinan itu memerhatikan mereka yang sedang membuat kerja-kerja membesarkan kuil haram di situ yang pastinya tidak mendapat kelulusan pihak PBT. Sejak bulan Oktober 2008 hampir setiap minggu kelihatan ada-ada sahaja kerja-kerja tambahan yang mereke buat di kawasan kuil itu.
Info rakaman video sekitar kuil haram Seksyen 19 :
Info 1 - Gambar rakaman kerja-kerja ubahsuai yang sedang dibuat dikawasan kuil yang dibuat oleh seorang pekerja India dan seorang pekerja Indonesia . Kawasan sekitar kuil besar dan kuil kecil juga kelihatan dalam rakaman itu.
Info 2 - Gambar belakang dapur sebuah rumah di Jalan 19/29 yang telah diconteng dengan cat dan ditulis besar dengan angka kumpulan 303. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur dengan cat putih yang juga ditulis angka 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang bising, minum dan mabuk. Kenapa mereka begitu berani ganggu dikawasan majoriti Islam? Gangguan menjadi kronik mulai Julai - Disember 2008.
Info 3 - Gambar menunjukkan seorang pekerja Indonesia yang sedang membuat kerja ubahsuai dikuil. Ubahsuai besarkan bilik kuil dibuat pada 14/12/2008. Pada 21/12/2008 kerja ubahsuai disambung lagi. Walaupun sudah ada notis larangan ceroboh tanah disitu, mereka tidak peduli.
Info 5 – Gambar rakaman itu menunjukkan tandas yang dibuat di bawah pokok dikawasan terbuka mencemarkan pemandangan penduduk. Kawasan tempat rehat pengunjung kuil dan kawasan longgokan sampah yang biasanya bertimbun selepas keramaian diadakan dibuang berdekatan dengan tandas itu.
Info 6 - Gambar botol-botol arak yang bersepah berhampiran kawasan rumah yang di conteng 303. Kawasan yang dipenuhi botol arak itu masuk kedalam kawasan gelanggang yang dibina pihak NGO pada 10/1/2009. Penduduk telah membersihakan dan mengugtip semua botol arak yang bersepah semasa bergotong royong membersihkan gelanggang.
Penduduk berharap kuil itu akan dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai kerana tapak tanah milik PKNS itu sepatutnya didirikan rumah teres 2 tingkat sebanyak 16 unit. Gangguan bising pengunjung kuil sering mengganggu ketenteraman kawasan penduduk tempatan.
Penduduk Islam Seksyen 19, Shah Alam.
2) ADUAN 2 - PENDUDUK BENGKEK
Merujuk kepada komen YB Khalid Samad
“Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.
Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.
Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :
1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGING.
Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak:
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGING.
Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak:
1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PARANG DI GATE RUMAH.
3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DNGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.
# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat. Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.
1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang.
6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya : “ MELAYU-MELAYU NI
MENGADA-NGADA AJE”.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”
Tindakan dari ahli penduduk memasang ayat al-Quran dengan kuat sedikit sebanyak melegakan penderitaan dan tekanan yang selama 20 tahun yang sebelum ini, mereka hanya mendengar trompet, tabla, mentera-mentera serta bau yang tidak menyenangkan. Hasil daripada tindakan ini kumpulan India seramai 15-20 orang telah berkumpul di depan rumahnya. Tetapi dengan berkat al-Quran mereka bersurai sendiri.
Kalau dilihat nasib penduduk disini amat malang kerana sekarang kadok dah naik junjung. Mengharap pemimpin Melayu dan Islam yang ada pun dah diinjak-injak.
# Masing-masing nak selamatkan diri sendiri dan ada kepentingan. Memanglah sedih kalau dah ada pemimpin Islam mengatakan kami penduduk Seksyen 19 YAHUDI ISRAEL . Amat kecewa kami rasakan apabila saudara seIslam melabelkan kami Yahudi di hadapan orang yang bukan beragama Islam. Tentunya mereka ketawa tanda kemenangan apabila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri demi kepentingan peribadi.
Jadi memang wajar bagi kami Penduduk-penduduk mengadakan tempat bagi aktiviti sihat seperti gelanggang silat, gasing dan lain-lain. Sebab ini boleh mendidik jati diri kepada remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang serta bagi menghidupkan suasana kampung di taman-taman dalam bandar di kawasan Seksyen 19 yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk serta taman-taman berhampiran di samping memantau budaya melepak dan minum arak sehingga lewat pagi yang ditiru oleh remaja-remaja setempat yang terdiri dari bangsa Melayu dan Islam serta mengawasi anasir-anasir luar yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara serta budaya, di samping bagi menebus maruah pemimpin bangsa yang tergadai.
ALLAHHUAKBAR.
3) ADUAN 3 - Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam.
12hb. Januari, 2009
SURAT TERBUKA KEPADA YB KHALID SAMAD DAN PEWARIS.
Persoalan Kuil Seksyen 19 Dan Kenapa Penduduk Mohon Bantuan NGO
Kami penduduk Seksyen 19 merasa terpanggil untuk menjawab surat yang disiarkan dalam blog YB Khalid Samad bertarikh 10hb. Januari 2009. Penduduk sekitar tidak terlibat langsung membuat provokasi menjelang PRK-KT. Tidak ada penduduk disini yang aktif dalam mana-mana parti pun.
2. Semasa kami memilih untuk membeli rumah di sini kami mahukan kawasan kediaman kami yang aman damai dan harmoni. Tetapi, apa yang kami harapkan belum menjadi kenyataan. Kami terpaksa menerima suratan takdir, namun kami tidak putus asa terus berusaha walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan untuk mengatasi masalah-masalah di kawasan kami.
3. Semasa penduduk membeli rumah di sini pada tahun 1987, pihak PKNS telah berjanji kepada penduduk kuil kecil dan usang akan dipindahkan. Kawasan itu berpaya apabila hujan lebat akan ditenggelami air. Dalam peta Seksyen 19, kawasan itu adalah tapak rumah teres 2 tingkat sebanyak 16 unit. Semasa Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib menjadi Menteri Besar Selangor, beliau tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan di kuil itu hingga ia dipindahkan. Namun begitu, pada hari-hari tertentu, penduduk setinggan masih datang menggunakan kuil itu. Tidak ada bekalan air dan elektrik di situ. Tetapi selepas menunggu sepuluh tahun kuil itu masih tidak dipindahkan lagi, rumah sebanyak 16 unit masih tidak didirikan. Menteri Besar Selangor juga sudah bertukar.
4. Masalah gangguan bising dan pembesaran bermula pada tahun 1999 apabila ramai penduduk India berpindah dari Seksyen 16 ke kawasan perumahan baru di Seksyen 20. Mereka telah datang beramai-ramai mengaktifkan kuil di Seksyen 19. Pada masa itu, di kawasan kami hanya ada sebuah keluarga India sahaja yang tinggal berdekatan kuil. Tetapi kini, keluarga itu sudah pun berpindah. Aduan gangguan bising di kuil mengganggu penduduk terutama apabila keramaian diadakan. Kuil sudah mula diubahsuai sedikit demi sedikit setiap kali keramaian hendak diadakan. Penduduk telah membuat aduan kepada YB ADUN, MPSA dan PKNS. Apabila aduan dibuat, penguatkuasa akan dihantar membuat rondaan dan biasanya mereka akan datang mengambil gambar kuil sahaja. Pada bulan September 2000, 6 orang wakil penduduk telah berjumpa YDP Datuk Emran Kadir dan ADUN Datuk Ahmad Nawawi di bangunan MPSA. YDP berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk, tetapi beliau memberitahu adanya campur tangan Pemimpin MIC telah menyebabkan masalah kuil sering tertangguh. Pada Oktober 2000 Shah Alam jadi Bandaraya.
5. Pada 11.8.2000 Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Penduduk telah mengadakan perjumpaan dengan ADUN Datuk Ahmad Nawawi membuat permohonan agar kawasan paya dan kawasan terbiar semak di sepanjang Jalan 19/24 A hingga Jalan 19/25 dan 19/28 hingga ke komuter dijadikan taman, kawasan rekreasi beserta gazebo dan jogging track. Kesesakan lalu lintas di persimpangan sekolah amat kritikal di waktu pagi dan petang. Jadi, penduduk mahukan ada jalan baru dibuat dari persimpangan Jalan 19/28 hingga ke komuter. Namun begitu, kawasan rekreasi yang dicadangkan yang mendapat sokongan bekas ADUN Datuk Ahamd Nawawi pada 15.11.2000 belum menjadi kenyataan. Tetapi kuil pula yang telah dibesarkan tanpa pelan dan permit dari PBT. Penduduk membuat aduan dan beberapa perjumpaan dengan pihak atasan telah dibuat. Salepas aduan dibuat, kuil akan mengurangkan aktiviti mereka. Tetapi tidak lama salepas itu, mereka akan buat semula gangguan bising di situ. Begitulah yang sering dihadapi oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Aduan terpaksa dibuat berterusan kerana gangguan bising.
6. Pada tahun 2003 Pengerusi Persatuan Penduduk telah menerima salinan surat arahan pindah kuil Seksyen 19 ke kawasan kuil berkelompok di Seksyen 18. Tetapi apa yang berlaku? Kuil tidak berpindah tetapi bekalan elektrik pula yang dimasukkan. Penduduk melihat mereka membuat penyambungan haram air untuk kegunaan kuil. Penduduk beramai-ramai telah membuat aduan kepada JBA dan bekalan air telah dipotong. Apabila penduduk bertanya kepada MBSA kenapa kuil tidak berpindah? Jawapan yang diterima ialah tunggu arahan SUK. Kami juga diberitahu pihak kuil telah menolak untuk berpindah ke Seksyen 18 kerana mereka pengikut Mahamariaman sedangkan di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Pada tahun 2005 apabila penduduk setinggan dipindahkan penduduk berharap kuil itu akan dipindahkan juga. Tetapi tidak berlaku.
7. Pada tahun 2006 kuil semakin aktif digunakan apabila bekalan air dimasukkan pada bulan Jun 2006. Ubahsuai disitu bertambah rancak. Persatuan penduduk mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006. Aduan telah disampaikan kepada Sultan melalui salah seorang Adun dari luar kawasan Shah Alam. Salinan aduan telah dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Adun Batu 3, Datuk Bandar Shah Alam dan Pihak PKNS. Apabila penduduk menghantar aduan kepada Sultan Selangor ramai penguatkuasa telah dihantar untuk berunding dengan pihak kuil. Ramai pegawai-pegawai yang turun padang . Selama dua minggu setiap hari ada rondaan daripada MBSA. Pada bulan Ogos 2006, papan tanda telah dipasang di Jalan 19/24 dan 19/25 “TANAH MILIK PKNS - PENCEROBOH AKAN DIDAKWA.” Tetapi pihak kuil tidak peduli pun larangan itu. Mereka terus juga buat ubahsuai membesarkan kuil pada hari cuti dan waktu malam untuk mengelakkan penduduk mengadu kepada MBSA. Kenapa mereka dibiarkan terus menceroboh? Kenapa tidak ada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka kerana menceroboh? Kalau penduduk membuat sedikit ubahsuai rumah kenapa cepat sangat penguatkuasa sampai bertanyakan pelan dan permit. Mereka yang menceroboh di kuil itu tidak pula perlukan permit dan pelan dari PBT. Kuil telah dibiarkan membesar dan aktif di kawasan yang majoritinya penduduk Islam. Jika benar akan pindah kenapa buat ubahsuai?
8. Pada bulan September 2006 semasa perjumpaan dengan ADUN Batu 3 penduduk diberitahu kuil akan dipindahkan. Mereka telah ditawarkan tempat di Seksyen 23 tetapi mereka menolak. Pada bulan Oktober seramai tujuh orang wakil penduduk berjumpa dengan Menteri Besar Selangor mohon agar kuil segera dipindahkan kerana gangguan bising dan banyak masalah sampingan yang berlaku. Pada bulan November 2006 penduduk menerima maklumat daripada PKNS iaitu peguam PKNS telah mengeluarkan arahan kuil akan dipindahkan sebelum 30hb November 2006. Apabila kami menghubungi pihak MBSA mereka telah mengesahkan perkara ini. Tetapi kuil tidak juga pindah salepas tarikh itu, tandas pula yang mereka buat di bawah pokok. Jadi di mana ketegasan pihak berkuasa? Apabila penduduk bertanya MBSA pelbagai jawapan diberikan iaitu adanya campur tangan politik, tunggu arahan SUK. Bila kami tanya PKNS akan salahkan MBSA, tetapi bila kami tanya MBSA mereka salahkan PKNS yang bersikap lepas tangan. Sampai bila kami harus bersabar?
9. Sudah masuk tahun ke 20 kuil masih lagi disitu. Pada bulan March dan April 2007 kakitangan PKNS telah datang menyukat kawasan kuil. Penduduk telah dimaklumakan kuil akan dipindahkan kerana projek rumah yang tergendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi selepas itu tiada pun kerja-kerja dimulakan. Pada masa yang sama pihak kuil terus aktif, banyak barang dibawa masuk dan lampu-lampu dipasang. Keramaian yang bising telah diadakan pada 27hb Julai hingga 29hb Julai 2007. Penduduk terpaksa menghantar bantahan lagi. Apabila aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri barulah kerja-kerja ubahsuai diberhentikan tetapi aktiviti mereka di kuil terus berjalan seperti biasa.
10. Aduan terus dibuat berterusan akhirnya pada 29hb December 2007 penduduk telah menerima jawapan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada bulan March 2008. Pada bulan April 2008 penduduk telah menerima jawapan pemindahan ditangguhkan pula. Penduduk mohon bantuan daripada kerajaan baru.
11. Pada bulan April 2008 pihak kuil telah memasang bendera Parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat di kiri dan kanan papan tanda notis larangan menceroboh disitu. Aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan pun untuk menurunkan bendera itu. Wajarkah bendera sebuah parti Islam dikibarkan di kawasan kuil? Apa yang menyedihkan kami ialah apabila ada penduduk yang bertanya kenapa bendera dipasang di situ mereka jawab “ Dua-dua parti sudah sokong tidak payah pindah”. Kuil semakin aktif dan gangguan bising hampir setiap hari. Semasa perjumpaan penduduk dengan YB Adun yang baru pada bulan April 2008, maklumbalas penduduk yang hadir pada malam itu ramai yang tidak berpuashati dengan jawapan YB Adun yang tidak memihak kepada penduduk Islam. Jadi ada yang pulang awal kerana kecewa dengan jawapan beliau.
12. Pada bulan Jun 2008 ubahsuai telah dibuat di jalan masuk kekuil itu. Dulu papan digunakan telah diganti simen. Apabila ada ubahsuai baru pasti ada keramaian akan diadakan. Pada 21.7.08 penduduk melihat beberapa buah lori membawa masuk barang-barang ke kawasan kuil. Seorang penduduk berdekatan dengan berani telah menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu. Pemuda di kuil selamba menjawab, “Kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil”. Aduan telah dibuat kepada YB Adun Batu 3 bertanyakan masalah ini. Beliau menafikan ada arahan saperti itu. Beliau telah menghantar pegawainya ke situ untuk menyiasat. Barang-barang telah dibawa masuk semula ke dalam lori dan dibawa keluar. Apa akan jadi jika tiada penduduk yang sedar? Kuil tentu sudah semakin besar ketika itu. Penguatkuasa MBSA pun sudah lama tiada buat rondaan saperti dahulu. Jadi mereka bebas buat apa sahaja di situ kerana tidak didakwa.
13. Gangguan bising yang kami hadapi sepanjang bulan Julai 2008 adalah yang terburuk sekali selama kami tinggal dikawasan ini. Bayangkan perasaan penduduk berhampiran apabila seawal jam 8 pagi mereka sudah bergendang bising. Penduduk ramai-ramai terpaksa mohon bantuan YB Adun dan Polis. Mereka hanya berhenti bergendang pada jam 11 pagi. Hampir setiap pagi dan malam lagu-lagu dan muzik Hindu dipasang kuat seperti penduduk di sini pekak belaka. Masa bising biasanya di waktu pagi antara jam 8 hingga 10 pagi, dan sabelah petang hingga ke malam. Waktu azan kedengaran dari masjid mereka buat bising di kuil. Mereka telah mengganggu kehidupan kami untuk beribadat. Mereka mengganggu anak-anak yang hendak belajar. Mereka mengganggu kami hendak berehat. Walaupun semua tingkap ditutup rapat tetapi bunyi bising terus menembusi telinga kami. Setiap hari gangguan bising akan mengganggu penduduk di Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Tetapi apabila mereka adakan keramaian gangguan bising akan kedengaran hingga ke Jalan 19/ 27, Jalan 19/25, Jalan 19/29, dan Jalan 19/30. Keramaian biasanya diadakan dari siang hingga ke malam. Keramaian pada 25hb. Julai 2008 telah menimbulkan perasaan yang sangat menyinggung penduduk berdekatan. Pada malam itu, mereka adakan perarakan pada jam 1 pagi di Jalan 19/28 dan Jalan 19/24. Penduduk mohon bantuan YB Adun dan Polis. Apabila peronda polis sampai mereka pun berhenti bising. Apabila polis pergi kedengaran jeritan” Apa komplen-komplen-Melayu bodoh”. Sebuah keluarga berdekatan yang menegur buat bising di tengah malam telah diugut “kalau ganggu kuil semua penduduk akan dikacau”. Mereka terus berada di kuil hingga jam 3 pagi. Keluarga yang telah diugut itu telah membuat laporan polis. Sabelum keramaian diadakan, sudah beberapa malam mereka bising semasa membuat kerja-kerja menggantung bendera dan memasang lampu-lampu di situ hingga mengganggu waktu tidur kami. Keramaian bergendang bising mereka buat lagi hingga 27.7.2008. Perjumpaan dengan YB Khalid Samad dengan penduduk telah diadakan pada 9.8.2008. Walaupun YB Khalid meminta tempoh setahun untuk selesaikan tetapi ada penduduk yang telah menyuarakan mahu lebih cepat lagi. Banyak aduan disampaikan pada YB Khalid Samad.
14. Pada bulan Oktober 2008 penduduk Islam manyambut Hari Raya Puasa. Pada tahun-tahun yang lepas tidak ada gangguan pada hari raya tetapi pada tahun ini mereka telah mengadakan upacara yang mengadap ke Jalan 19/24. Sejak malam hari raya 30hb. September 2008 gangguan bising berlaku setiap malam. Kami mahu mendengar takbir hari raya tetapi mereka hidangkan lagu-lagu Hindu kepada kami. Gangguan bising juga telah berlaku pada 7.10.2008 berlaku pada jam 5 pagi. Penduduk yang pergi ke masjid untuk Solat Subuh melihat apa yang berlaku di situ. Semasa azan Subuh kedengaran dari masjid mereka buat bising disitu hingga 7 pagi.
15. Pada bulan December 2008 ubahsuai baru telah dibuat lagi. Keramaian pasti akan didakan lagi. Pada 14.12.2008 bilik-bilik kuil telah dibesarkan lagi. Pada 20.12.2008 kelihatan ada lori menghantar pasir dan simen. Ubahsuai baru dibuat lagi pada 21.12.2008 Mereka buat kerja di situ semasa ada majlis perkahwinan diadakan di kawasan berdekatan. Mereka kelihatan sudah tidak takut lagi untuk buat ubahsuai. Mereka telah mengadakan lagi keramaian bergendang pada 28.12.2008. Walaupun aduan telah banyak dibuat tidak ada pun perubahan untuk mengurangkan gangguan bising.
16. Keputusan telah kami buat dan dipersetujui ramai penduduk ialah cuba mengadu kepada NGO. Kami mengadu kepada pihak berkuasa hingga 20 tahun masalah kami tidak selesai tetapi apabila mengadu kepada NGO dalam masa dua minggu sahaja mereka telah memberikan jawapan. Jadi, salahkah kami mohon bantuan NGO? Kalau pengunjung kuil datang dari kawasan luar boleh ganggu kawasan kami, salahkah kami mohon bantuan dari luar yang seagama dengan kami? Kalau dulu YB kata beri tempoh setahun bermakna kami kena menunggu hingga Ogos 2009. Kami sudah tidak sanggup lagi menghadapi masalah gangguan bising setiap hari. Kami sudah tidak sanggup lagi menghadapi pencemaran bunyi dan pencemaran pemandangan di kawasan kami. Selain itu masalah kumpulan yang suka berlonggok di hujung Jalan 19/28 juga sering menakutkan kami kerana mereka sering mabuk. Botol-botol arak boleh kelihatan berhampiran kawasan itu. Dibelakang dapur sebuah rumah diconteng dengan nombor 303.
17. Kalau YB menyalahkan kerajaan BN kami juga boleh menyalahkan kerajaan baru kerana membiarkan kami terus diganggu di sini sejak bulan Mac hingga Disember 2008. Hakikatnya, keadaan yang kami hadapi di sini jauh lebih teruk daripada masa dahulu. Namun begitu, ramai penduduk hargai bantuan yang diterima daripada YB Puan Rodziah semasa gangguan kuil bising ramai mengadu kepadanya. Diharap dengan penjelasan ini YB tidak lagi buruk sangka dengan tindakan yang kami ambil. Mereka datang kerana kami yang mohon bantuan mereka. Apabila NGO datang ke kawasan ini perhatian besar-besaran telah berlaku. Ramai yang turun padang meninjau kekawasan kami.
Sekian sahaja daripada kami. Diharap penjelasan ini akan menyedarkan semua pihak betapa susahnya kehidupan kami di sini menghadapi tekanan kerana gangguan berterusan dari kuil itu. Masalah yang kami hadapi selama ini tidak boleh selesai dengan menunggu sahaja. Sedangkan di pihak mereka langsung tidak makan saman pun. Kami mohon maaf jika kami menyinggung mana-mana pihak. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin membantu penduduk selama ini. Kami amat berharap permohonan penduduk pindahkan kuil itu akan ditunaikan oleh pihak PKNS.
IKHLAS DARIPADA KAMI,
PENDUDUK ISLAM SEKSYEN 19 SHAH ALAM.
PENDUDUK ISLAM SEKSYEN 19 SHAH ALAM.